- Jaga pergaulan. Jika hendak keluar dating janganlah keluar berduaan. Sebaiknya bawa teman/adik kerana ini boleh mengelakkan orang lain memandang serong serta mengelakkan diri dari gejala maksiat.
- Sayang tidak semestinya diperlihatkan dengan perbuatan.Jangan menjadikan alasan sayang semata-mata untuk menghalalkan yang haram. Berpegang-pegangan tangan atau berpelukan adalah ditegah sama sekali. Cinta tetap akan mekar kalau tak pegang-pegang pun. Macam lagu Ana Rafali tu ler Kalau Berpacaran.
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya
- Apa salahnya jikalau ingin berjumpa, suruh sahaja si dia bertemu anda di rumah. Lebih manis jika pertemuan itu berlaku di depan mata ibu bapa sendiri. Mana tau lagi cepat dapat lampu hijau untuk kahwin. Macam saya... heheheee....
- Jika ingin keluar bersama, pilih saja tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Ini juga untuk mengelakkan daripada dicurigai orang dan.... ditangkap pencegah maksiat pula nanti. Kes naya jadinya....
- Ramai yang memandang remeh perkara ini. Mungkin ramai remaja masih tidak mampu berkereta dan hanya ada motosikal. Jadi apa kata lebih baik keluar dating dengan naik pengangkutan awam sahaja. Kelihatan kurang manis menunggang motosikal bersama.
2 comments:
dah 40 tahun..baru kenal Islam..sapa dia,,jom usar
khas untuk adik2 yg bercinta... akak2 ni takpe dah :)
Catat Ulasan