Khamis, Mei 31, 2012

Orang nak berblog, awak pun nak berblog jugak

Blog...blog...blog.... Orang lain nak berblog, awak pun nak berblog jugak Tapi pandai ke awak buat blog? Apa yang awak nak tulis dan cerita dalam blog awak? Rajin ke awak ni nak update blog? Itulah soalan saya untuk diri sendiri semasa terfikir untuk membina blog sendiri, hehehee...  Jawapannya sudah tentulah saya nie tak pandai camner cara nak berblog. Cerita apa yang saya nak kongsikan yer.... entah, saya pun tak tahu. Rajin ke nak update blog, tengok blog ni pun dah tau.... malas.

Orang lain nak berblog, awak pun nak berblog jugak. Bagi saya yang memang tak tahu langsung caranya, memang letih. Letih???? Dok depan laptop sambil mengadap TV pun letih ke? Ye lah letih, sebab saya nak kena selongkar semua tutorial-tutorial kat blog otai-otai yang baik hati membuat tutorial dan memberi tips yang berguna untuk blogger baru seperti saya. Cewahh....., amik hati nampak. Bukan itu aje, nak memahami istilah seperti blogwalking, apa itu shout box, html code dan banyak lagi la, ha.... fenin...fenin... Tapi takpe, usaha tangga kejayaan dan jangan berputus asa. (dengan penuh semangat tau, tak tipu... hehehee..). Kepada rakan-rakan blogger, silalah beri tunjuk ajar yer, supaya saya tidak menjadi kurang ajar ketika berblog, hehehee....

Orang lain nak berblog, awak pun nak berblog jugak. Tapi, awak ni malas nak update blog, jadi macamana orang nak kenal awak. Saya bukannya malas nak update, tapi takde idea nak cerita (alasan semata-mata). Saya takut saya merepek meraban aje sampai orang pun malas nak baca.  Ini pun salah satu entri yang merepek meraban je......hahahahaa. Lagi pun ada ke orang nak singgah ke blog saya dan baca apa yang saya cerita.  Kalau takde orang nak baca, saya aje la baca sendiri..ish..ish..ish..kesian saya. Tujuan asal saya membuat blog nie pun hanya untuk menghilangkan kebosanan saya di ofis di samping ingin menambah kenalan sekiranya ada yang sudi untuk berkawan. Tapi, kadangkala teringin gak nak jadi blogger glamer dan popular cam Ben Ashaari, Lyssa Faizureen ke kan... takpe, berangan aje la dulu.  Itu aje..... semoga bertemu lagi lain kali di entri merepek meraban ni.

Apapun korang tengok aje lah gambar yang takde kena mengena ngan cerita-cerita  di atas. Layannnnnn...... 

Cuti sekolah yang BEST !!!

Minggu nie memang best pergi ofis. Sebab? Haa... mestilah pasal cuti sekolah yang bermula minggu nie selama 2 minggu. Jadi, saya happy kerana perjalanan saya ke ofis berjalan dengan lancar saja, tak perlu menempuh jalan yang sesak dan jem seperti biasa. Kalo tak mau tension dan stress saya. Mana taknya, saya bertolak dari umah jam 7:30 pagi dari Puchong, kadang-kadang sampai ofis di area LRT Kelana Jaya jam 9:30 pagi. Pastu, dah sampai ofis pasti ler bos tarik muka.
Lagi satu, saya kata best sebab saya keseorangan aje kat ofis ni. Bos saya gi holiday bersama anak-anak sempena cuti sekolah nie. Tak ke best tu. Saya leh wat sesuka hati saya..... Ini ofis saya yang punya....... hahahaha. Best ke? Bosan sebenarnya, kerna takde teman untuk diajak sembang. Tapi, nasib baik ada korang sumer walaupun hanya di alam maya. Apa-apa pun cuti sekolah memang best. Teringat plak masa zaman cuti-cuti sekolah dolu-dolu :)

Segmen:Misi Mencari Bloglist Jun


Disebabkan pagi ni masih tiada idea lagi untuk entri baru... apakata kita join segmen ler plak. Kali nie Ieza nak join segmen dari blog Gadis Pencinta Pink. Segmen yang dimaksudkan ialah Segmen:Misi Mencari Bloglist Jun. Jadi, sesiapa yang berkeinginan untuk tersenarai di dalam bloglist blog yang serba pink tu sila ler join segmen nie.Cepat-cepat sebelum terlewat. Esokkan 1 Jun.
Oh yer, sebelum terlupa nak kena jawab siapa bloglist yang memberi inspirasi untuk berblog. Kalau saya semestinya ramai dah salah satunya dari SINI

Rabu, Mei 30, 2012

Korang amik kesah tak?

Salam tengahari. Dah makan lunch ke? Saya seperti biasalah memang tak lunch kalo kat opis. Kalo lunch pun, biasanya makan roti atau biskut jer.... sampai dah naik muak dah. Tapi, kenapa berat badan tak turun pun, naik lagi ada la kot....huhuhu. Bukan nak jimat duit beli nasik, tapi tak tau nak makan kat mana. Kalo saya ada member kat opis, boleh gak gi makan jauh sikit, tapi sorang-sorang tak best ler. Dah tu kenapa tak tapau dari umah? Bukannya tak mau tapau, kadang-kadang saya bawak jugak, tapi bila dah bawak tu, takde selera plak nak makan, kadang buang atau bawak balik umah semula. Opis ni pun letaknya kat kawasan yang majoriti kaum Cina, jadi faham-faham le. Memang ada food court baru kat sebelah opis ni, tapi bagi saya cam tak best je, jadi dah tiga bulan di bukak, baru gi dua tiga kali jer kot, itu pun tapau. Sebab apa saya kata tak best? Sebab kalo korang makan kat sini korang kena order air dekat satu tempat yang telah dikhaskan yang terletak di bahagian tengah food court. Masalahnya, food court tu bahagian sebelah kanan untuk makanan non halal dan sebelah lagi halal. Memang ler cuma minum, tapi kadang saya tengok orang yang bancuh air tu pun saya was-was. Jadi, kesimpulannya tak payah la gi makan kat situ. Kalau betul-betul teringin nak makan tapau ajelah. Tapi, saya tengok ramai jer orang melayu minum kat situ.... mungkin diorang tak was-was cam saya. Masa baru bukak dulu, ada satu kedai cina yang goreng kuey teow di bahagian halal, tapi sebulan selepas tu pindah ke bahagian non-halal plak. Pelik tu. Masa gerai tu di bahagian halal, ramailah orang Melayu yang makan, kata mereka sedappp. Mungkin sebab diorang fikir cuma Kuey Teow Kerang aje kot, bukannye Kuey Teow K******, jadi diaorang tak kesah. Bagaimana pulak dengan korang... amik kesah tak??

Isnin, Mei 28, 2012

Segmen : Follower Pilihan Niera



                                           Join klik sini....
Segmen lagi. Hari ni saya nak join segmen dari blog Aisyah Humaira' pula iaitu segmen FOLLOWER PILIHAN NIERA. Pemilihan berdasarkan blog yang ringan,tak serabut dengan gadjet yang bertimbun dan menarik hati :) Best la kalau blog kita dipilih oleh adik Niera ni. Sebab blog 3 follower yang terpilih akan direview selama 2 MINGGU. Maklumlah blog Aisyah Humaira' nie pun semakin glamer dan dikenali tak macam blog kite nie.... huhuhu. Jadi apa kata kita FOLLOW blog Niera nie untuk join segmen. Cepat sebelum terlepas tarikh akhir, kalo tak silap 22 Jun 2012.

Sabtu, Mei 26, 2012

MITOS berkaitan keguguran...

  • Mendukung kanak-kanak atau mengangkat benda berat akan menyebabkan keguguran. Faktanya, wanita hamil boleh mengangkat berat dari 6kg hingga 9kg.
  • Jatuh atau memukul perut boleh menyebabkan keguguran. Faktanya ialah bayi dilindungi cecair amniotik jadi jika anda terjatuh pada trimester pertama, bayi anda masih lagi selamat.
  • Bersenam ketika hamil. Sebenarnya, jika anda melakukan senaman ia sebenarnya lebih baik untuk perkembangan tubuh anda dan bayi di dalam kandungan.
  • Seks boleh menyebabkan keguguran. Memang benar wanita hamil berpengalaman mengalami pendarahan kecil selepas melakukan hubungan intim. Namun, ia bukan disebabkan keguguran tetapi ia keluar dari serviks dan bukan daripada bayi atau uterus.
Tetapi adalah lebih baik anda perbanyakkan rehat sewaktu hamil.

Jumaat, Mei 25, 2012

"Segmen 2: Bloglist June 2012"


Satu hari satu segmen, dua hari dua segmen, tiga hari berapa segmen daaaa...
Okeylah, pada hari Jumaat yang mulia hari ni, saya nak join satu segmen dari blog adik Nur Amalina. Segmen ini adalah bertujuan untuk blog kita-kita ni disenaraikan di dalam bloglist Amalina pada bulan June 2012. Jadi, cepat-cepatlah join sebelum tiba tarikh tutup pada 1.6.12 jam 10 malam.

<<<< Kempiskan Perut? Baca sini !!!! >>>>

Jalan Cepat. Pastikan kasut yang dipakai bersesuaian agar selesa untuk berjalan dan tidak menyebabkan kaki melecet. Kalau tak sesuai pergi aje beli yang baru.

Mendaki Tangga. Memang mudah kalau menggunakan lif untuk ke tingkat atas, tetapi kalau ianya baik untuk tubuh,  apa salahnya sekali-kala mendaki tangga? Peluh kecil  yang mengalir sebenarnya bagus untuk kesihatan tubuh. Jadi, lepas ni korang anggap ajelah lif umah / ofis rosak, pastu naiklah tangga demi untuk mendapatkan perut yang kempis.

Berenang. Suka berenang? Jadi, berenanglah dengan laju beserta nafas yang dalam. Berenang pun tak tau, camner plak? Hehehee....

Regangan otot. Stretching atau regangan otot sangat baik untuk menguatkan sendi dan otot anggota badan seperti lengan dan kaki. Aktiviti melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan.

Berbasikal. Selain dapat mengeluarkan peluh, berkayuh juga dapat mencantik dan merampingkan peha.  Wow! Kalau camtu nak kena pergi beli basikal la lepas ni.

Berblog. Cara ni boleh ke mengempiskan perut????? Membuncitkan perut bolehla kot, sebab jari jemari menaip sambil menyuap makanan ke dalam mulut. Haahahaaaa. Okey, cara yang ini jangan diikut........

Khamis, Mei 24, 2012

Tahukah anda? Protien Ikan kekalkan kesihatan


Lazimnya, ramai orang lebih menggemari ayam berbanding ikan. Kononnya berbau hanyirlah, banyak tulanglah dan macam-macam alasan lagi.Tetapi kalo korang nak tahu, ikan adalah penyumbang utama protien untuk badan manusia. Ia dipercayai membekalkan 60 hingga 70 peratus protien haiwan kepada badan manusia. Korang mesti nak tahukan kenapa pentingnya protien kepada tubuh manusia. Ini kerana protien ni sebenarnya amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan. Ia berfungsi untuk membina tisu, kulit, kuku, rambut dan organ dalaman termasuk otak serta jantung. Bukan setakat itu sahaja, protien juga digunakan sebagai sumber tenaga dan haba sekiranya bekalan lemak dan karbohidrat dalam badan tidak mencukupi. Jadi, lepas ni jangan ada alasan lagi untuk katakan tidak pada ikan. Tengah menanti siapalah nak belanja Ieza makan kari kepala ikan ni. Heheheheee....

"SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012"


                                            Nak join klik sini.....
 
Okey, hari nie Ieza nak join satu segmen. Segmen ni dari MOHD NASER.COM iaitu Bloglist Nasz June 2012. Jadi kalo join, blog kite-kite nie leh ler tersenarai dalam bloglist MOHD NASER.COM, jadi leh ler glamer sekejap bulan June nanti dalam blog Nasz. Moga-moga dengan join segmen nie, akan bertambah kenalan lagi. Jadi, apa kata kite pakat-pakat join segmen nie.

Rabu, Mei 23, 2012

Segmen 24 Jam : Bloglist Miss z

                                                                          Join klik sini..... 

Baru aje jumpa segmen nie 5 minit tadi. Jadi harap-harap sempat ler nak join. Kalo join leh tersenarai dalam bloglist Miss Z. Nanti kita masukkan blog awak dalam bloglist kita ek....

Selasa, Mei 22, 2012

Percutian Ke Cameron Highlands

Bestnya kalau bulan Mei aje mesti gi cuti-cuti. Sebabnya bulan Mei birthday Ieza. Tambahan pulak my dear ada bonus sikit, so gi cuti-cuti Malaysia ler. Tq my dear..... sebab dia pasti simpan budget untuk gi bercuti kalo dapat bonus. Ala... cuti-cuti Malaysia kat Cameron Higlands aje. Pergi hari Sabtu pagi 12 Mei dan petang Isnin baru balik. Di sana kami menginap di Natasya Resort. Memang best dok kat situ sebab sejukkkkkk dan pemandangan pun cantik. Balkoni yang besar, TV LCD yang ada ASTRO Ria, jadi leh tengok Mania. Cuma tak best dapat dua buah katil single. Nak cerita lebih pasal percutian ni malas la pulak. Lagipun semua orang mesti dah tahu apa yang ada kat sana dan apa aktiviti yang dibuat kalau ke Cameron Highlands. Biasala gi ladang teh, pasar malam, shopping strawberi, sayur-sayuran. Jadi, apa kata layankan aje gambar-gambar percutian dari Ieza...... Bye.

<<< Larangan Ketika Bercinta >>>

Setiap insan pasti tidak akan lari dari perasaan untuk dicintai atau mencintai, namun kita perlu tahu batas dan sempadannya. Jadi, apa kata baca di bawah nie sebagai peringatan dan juga panduan kita bersama. 
  • Jaga pergaulan. Jika hendak keluar dating janganlah keluar berduaan. Sebaiknya bawa teman/adik kerana ini boleh mengelakkan orang lain memandang serong serta mengelakkan diri dari gejala maksiat.
  • Sayang tidak semestinya diperlihatkan dengan perbuatan.Jangan menjadikan alasan sayang semata-mata untuk menghalalkan yang haram. Berpegang-pegangan tangan atau berpelukan adalah ditegah sama sekali. Cinta tetap akan mekar kalau tak pegang-pegang pun. Macam lagu Ana Rafali tu ler Kalau Berpacaran.
                     Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
                            Menjaga susila ibu bapa adik abang
                            Apabila berdua carilah tempat yang terang
                            Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
                            Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
                            Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
                            Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
                            Bertambah sayang (bertambah sayang)
                            Biar malu-malu (biar malu-malu)
                            Biar segan-segan (biar segan-segan)
                            Kerna malu itu perisai orang beriman
                            Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
                            Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
                            Hantarkan rombongan meminang dengan segera
                            Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

  • Apa salahnya jikalau ingin berjumpa, suruh sahaja si dia bertemu anda di rumah. Lebih manis jika pertemuan itu berlaku di depan mata ibu bapa sendiri. Mana tau lagi cepat dapat lampu hijau untuk kahwin. Macam saya... heheheee....
  • Jika ingin keluar bersama, pilih saja tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Ini juga untuk mengelakkan daripada dicurigai orang dan.... ditangkap pencegah maksiat pula nanti. Kes naya jadinya....
  • Ramai yang memandang remeh perkara ini. Mungkin ramai remaja masih tidak mampu berkereta dan hanya ada motosikal. Jadi apa kata lebih baik keluar dating dengan naik pengangkutan awam sahaja. Kelihatan kurang manis menunggang motosikal bersama.
Apa apapun korang renung-renungkanlah dan selamat beramal. :)

Isnin, Mei 21, 2012

Penting.... Peringatan ketika Memandu


  • Sentiasa pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu.
  • Bawalah telefon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu.
  • Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci.
  • Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok. Part yang ini paling penting, sebab Ieza pun selalu terleka.
  • Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat daripada orang yang tidak dikenali. Kalau nak tanya jugak, carilah orang di stesen minyak atau jurutol.
  • Jika diekori, pandulah ke balai polis yang berhampiran.
  • Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja terutama di kawasan terpencil dan tidak ramai orang.
  • Catat nombor pendaftaran kereta tersebut, warna dan lain-lain. Anda juga boleh terus balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
  • Jika  anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling

Ahad, Mei 20, 2012

Pembaziran....

Azam baru, x nak beli hp dalam tempoh paling lama 2 tahun. Boleh ke saya laksanakan. Kalo korang nak tahu, saya ni takde la giler sangat dengan hp, tapi pantang menyinggah ke kedai hp, mesti nak tukar baru. Kadang tujuan asal nak tukar skrin protector je, tp bila dah sampai, jadi lain. Lepas beli, bukannya kesah pun dgn hp tu, nak tunggu hp bunyi pun payah.. ye la siapa nak call, kena tunggu suami call baru le berdering. Sepanjang tempoh enam tahun ni entah berapa kali la tukar hp. Ada yang pakai 4 bulan dah tukar. Terbaru, baru pakai tak sampai 3 minggu, semalam dah tukar. Bukan hp tu rosak pun, tp saja nak pakai Galaxy Tab yang konon mudah cket nk update blog. Jadi, say good bye kpd HTC One V Sense. Iskk...3x, teruk la macam ni. Ini satu pembaziran..... kena dibendung nie :) bercakap memang pandai cubala Pn Ieza buat. Kesimpulannya, pasni jangan gatai nak singgah kedai hp, lalu depan pun takleh....hahaha...

Jumaat, Mei 18, 2012

Petua Atasi Kulit Muka Berminyak......

Semua orang, khususnya mestilah wanita kan... pasti kurang senang jikalau kulit muka mereka berminyak. Mana taknya, kalo dah berminyak, mestilah ada jerawat nak menempek kat muka kan. Kalo dah ada jerawat, pastilah segan nak keluar rumah. Nak pergi beli aiskrim kat pakcik motor lalu depan umah pun malu....huhuhuu. Tapi, jangan risau, sebab Ieza ada satu petua yang harap-harapnya leh ler membantu anda sekalian. Ini petuanya....jeng!jeng!jeng!. Caranya ambil kunyit basah yang telah dibersihkan, tumbuk biar halussss. Campurkan dengan sesudu madu lebah dan air perahan sebiji limau nipis. Gaulkan bahan-bahan tersebut. Kemudian, makan sehingga menjilat jari sapukan pada muka yang telah dibersihkan dahulu. Lebih kurang macam pakai masker la nie. Biarkan selama 15 minit. Setelah kering, cuci dengan air suam. Ulanglah beberapa kali sehingga masalah anda hilang. Kalo tak hilang, janganlah marah. Ini sekadar petua sahaja.

“SEGMEN BLOGWALKING DAN FOLLOWER DIARI FARISHA BULAN JUN”



          


                       Klik Sini Kalo Nak Join.....

Okey, hari ni Ieza nak join satu segmen yang moga-moga boleh menambahkan follower Ieza. Tapi kalo malas nak BW balik, ape citer.... takde guna juga. Hehehee.. Baiklah, Ieza akan cuba untuk rajin BW dan follow balik follower yang datang blog Ieza. Jadi, apa kata kita join segmen ni ramai-ramai.... Tak tahu pe nak tulis lah tu. Thanks Farisha buat segmen ni moga leh tersenarai dlm bloglist.


Rabu, Mei 16, 2012

Wanita.... beri perhatian sikit!!!

  1. Elakkan kebiasaan buruk yang boleh mempercepatkan kerosakan kulit seperti merokok. Ops! Jangan ingat wanita bertudung tak ada yang merokok tau.
  2. Ganti alat solek yang digunakan setiap 3 tahun sekali, bagi mencegah kulit menjadi 'lali' dengan produk kecantikan tersebut.
  3. Minum air putih sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari dapat mengelakkan kulit dari dehidrasi. Kulit pun nampak lebih lembab dan lebih berseri.
  4. Tangan kamu mungkin penuh dengan pelbagai jenis bakteria.  Jadi, elakkan dari memegang mata yang boleh menyebabkan jangkitan. Bersihkan tangan terlebih dahulu sebelum memakai mekap mata.
  5. Penggunaan produk atau perawatan kecantikan sebaiknya atas pengawasan doktor atau pakar kecantikan yang bertauliah sahaja.

Selasa, Mei 15, 2012

5 Etika Mengkritik

Jika kamu kurang senang terhadap seseorang dan ingin memberitahunya, usah bersikap melulu dan terburu-buru. Kenali dahulu 5 etika mengkritik agar kritikan yang diberikan itu dapat diterima secara positif. Yelah kalau korang main kritik je tak pasal-pasal korang yang kena ketuk. Jadi kalau nak komen tu biar kena caranya supaya tak menyakitkan hati dan korang sendiri tak sakit. Kalau nak tahu 5 etika tu korang bacalah sampai habis bawah nie:-
  1. Jangan sesekali mengkritik di depan orang lain. Perbuatan ini pasti akan memalukan dirinya dan tindakan korang ini tidak menunjukkan sikap yang profesional. Silap hari bulan, korang balik yang kena kritik oleh orang lain. Baru padan muka.....heheheee..
  2. Mulakan dengan pujian dan kata-kata aluan yang membina dahulu.
  3. Cipatakan suasana "bersahabat" sebelum korang memulakan "serangan".
  4. Kritiklah perbuatannya dan bukan orangnya, Ingat tu!
  5. Ikhlas ketika mengkritik. Bukan kerana sebab nak tunjuk kuasa atau nak tunjuk yang korang  ni pandai.
Tapi apa yang penting, sebelum memberi kritikan tu, cerminlah diri sendiri dahulu.  Jangan pulak jadi macam ketam mengajar anak berjalan dengan betul, tapi...... korang fikirlah sendiri.

Sabtu, Mei 12, 2012

5 Tips Memberus Gigi Anak Anda

  1. Mula memberus sebaik sahaja gigi susu mereka telah tumbuh (lebih kurang 6 bulan) dengan menggunakan berus gigi khas untuk bayi atau menggunakan kain yang bersih.
  2. Jika anak anda tidak suka giginya diberus, bermain dengan mereka. Biarkan anak anda memberus gigi anda dan anda boleh memberus gigi mereka. Akhirnya anda juga boleh membiarkan mereka memberus gigi mereka sendiri.
  3. Apabila anak anda sudah mula tumbuh gigi susu yang banyak, anda harus memberus gigi mereka dengan lebih kerap lagi sekurang dua minit pada setiap kali.
  4. Jika anak anda tidak mahu membuka mulut mereka dengan elok, berikan mereka cermin dan letakkan di hadapan anak anda supaya dia boleh melihat giginya sendiri semasa memberus.
  5. Kawal waktu memberus gigi anak anda sehingga mereka berumur tujuh hingga lapan tahun. Bawa mereka berjumpa doktor gigi secara berkala.

Jumaat, Mei 11, 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan


                                            Klik sini kalo nak join

Hari nie Ieza nak join satu segmen yang Ieza jumpa. Segmen dari blog misszberceloteh iaitu Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan. Syaratnya mesti beritahu berapa follower yang korang ada dan korang nie kelahiran negeri mana. Mudah aje kan.  Tapi Ieza malulah nak beritahu berapa orang follower Ieza, sebab follower kita raaamaaiii ler sangat.

Okeylah terpaksa gak beritahu sebab nak join segmen nie kan. Follower Ieza cuma ada 5 orang jer dan kita asal kelahiran dari negeri Melaka. Moga kalo Ieza join segmen nie, follower tu bertambah ler. Insya Allah.



Khamis, Mei 10, 2012

****** NUKILAN KHAS BUAT GIGIKU ******

Gigiku, maafkanku…..Ku tahu semua ini salahku kerana selama ini ku tidak menjagamu dengan baik. Tapi, itu bukan alasanmu untuk selalu menyakitiku. Tahu tak betapa sakitnya diriku apabila kau mula membuat ragam. Kadangkala ku rasa sakitnya bagaikan sakit ingin bersalin iaitu di saat berada di dalam ruangan bilik “Labour Room”. Memang sakit waktu itu, tapi terpaksa ku tahan juga wahai gigiku.

Gigiku, maafkanku …Aku berjanji kepadamu bahawa aku tidak akan mengabaikan tanggungjawabku untuk menjagamu. Akan sentiasa ku berusmu dengan sebersih-bersihnya sehingga bersinar dan berkilau seperti batu permata. Bukan ke semalam aku telah membeli Colgate Sensitive Pro Relief, yang memang leh tahan harganya itu, jadi memang pro lah kan hasilnya. Bukannya selama ini ku tidak memberusmu dan menjagamu, tapi kadangkala terlalu banyak makan manis yang ku makan dan mungkin aku tidak memberusmu dengan sebetulnya. Jadi, ia telah menjejaskan kesihatanmu.


Gigiku, maafkanku …. dek kerana tak tahan menanggung sakit, aku telah pun mengambil MC pada hari Selasa itu dan membawamu berjumpa doktor di Puncak Jalil. Doktor itu telah mengesyorkan supaya kau dicabut. Tapi, bukan sekarang, tunggu bengkak surut dulu katanya. Mungkin dalam 3 hari atau minggu depan saja. Jadi, adakah kerana itu kau merajuk denganku? Bukan sengaja untukku melukaimu, tapi ini semua kerana nasihat doktor itu. Kata doktor itu, rupa bentuk mu itu sudah tidak sempurna seperti dulu lagi, banyak lubang sana, lubang sini katanya. Kalau kau nak cari siapa yang salah, salahkan aje doktor itu. Habis wang simpananku sebanyak RM40 untuk membayar doktor itu.


Gigiku, maafkanku ……tapi yang menjadi permasalahannya sekarang ialah ku ingin pergi bercuti pada Sabtu ini. Ku dalam dilema sekarang samaada untuk membawamu atau membiarkan sahaja doktor itu membuangmu pada hari Jumaat ini. Ku takut selepas kau dicabut, ku kan terasa lebih sakit kerana setahuku selepas gigi dicabut takleh la aktif sangat sebab takut bentan kata orang. Aku tak pernah ada pengalaman ini, jadi ku sedikit risau. Tambahan pulak Cik Abangku yang baru aje mencabut gigi telah pun demam selama seminggu. Hahahaha…. padan muka.


Gigiku, maafkanku ……Tapi aku mengambil keputusan untuk membiarkanmu sekiranya kau menunjukkan prestasi yang. baik dan tak meragam lagi. Jadi, janganlah kau biarkan kuman-kuman itu berpesta dan bermaharajalela di kawasanmu sekiranya kau ingin menghirup udara sejuk dan segar di Cameron Highlands. Aku tak mahu mood percutianku terjejas disebabkan itu. Jadi, kau bersabarlah sehingga minggu hadapan Kalau tidak, aku terpaksa membuat perhitungan denganmu Jumaat ini..Sekian sahaja nukilanku untukmu wahai gigiku. Ini kerana di saat nukilan ini ku tulis kau tak henti-henti berdenyut-denyut. Aduh!!!! Sakitnya gigiku.


Rabu, Mei 09, 2012

5 TIPS MENCERAIKAN SUSU ANAK KECIL ANDA

  • PILIH MASA YANG SESUAI dengan kurang gangguan persekitaran dan orang ramai. 
  • PERKENALKAN BERAS BAYI DAHULU campurkan dengan susu badan atau formula tetapi pastikan anda tidak meletakkan terlalu banyak susu. 
  • GUNAKAN SUDU YANG KECIL  ajar anak anda untuk makan dengan menggunakan sudu daripada menggunakan botol kerana ia akan menyebabkan anak anda tercekik akibat menelan terlalu banyak makanan.  
  • JANGAN BERPUTUS ASA jika bayi anda menolak untuk makan dengan menggunakan sudu dan bijirin tersebut, tunggu selama beberapa hari dan cuba semula. Ingat! ini adalah  proses percubaan untuk anda dan bayi anda. 
  • PERKENALKAN SATU MAKANAN BARU (bukan yang telah dikisar) dalam masa tiga atau empat hari untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang reaksi dan ketidaktoleransi makanan.

Ummi Iman Follower's Giveaway

    
Klik sini kalo nak join....

Yea...... mesti ada yang kenal kan banner nie. Betul la banner dari blog Ummi Iman la. Kali nie cik puan kita nie ada buat satu gateway nama dia "Ummi Iman Follower's Giveaway" jadi kalo nak join klik ler kat atas tu. Nanti kita ada la peluang nak dapat hadiah. Moga-moga tersenarai la blog saya nie untuk mendapat hadiah cabutan tersebut. Hehehee.........

Lagi satu blog cik puan Ummi Iman " ADA " dalam senarai bloglist saya.

"While You Were Sleeping"

Yea!!! Selesai sudah 120 episod drama korea yang berrrrtajuk "While You Were Sleeping" di channel One Tv Asia HD. Best tau citer nie, berkisar tentang pasangan kekasih lama yang bertemu kembali. Mereka masing-masing dah kahwin dan wife lelaki tu sedang mengandung anak kembar.  Kemudian disebabkan kecuaian bekas kekasih perempuan  dia tu yang merupakan seorang doktor telah menyebabkan wife dia keguguran dan koma, pastu x leh ngandung dah. Kemudian, bekas kekasih dia yang doktor nie tadi ajak lelaki tu kahwin dan ceraikan bini dia yang tengah koma dan doktor tu pun cerai gak ngan laki dia. Pastu, pasangan bekas kekasih tu kahwin ler. Setelah berkahwin, wife dia yang koma tu sedarkan diri, sedih tengok laki dia dah kawin lain. Kemudian dia berkerja ngan bekas laki doktor tu plak, sambil membalas kembali apa yang telah bekas suami dan doktor tu buat pada dia, tetapi dia tetap seorang yang baik. Kemudian bercinta la plak dia ngan bekas laki doktor tu. Kira bertukar pasangan la. Banyak lagi konflik citer nie, tapi malas dah nak citer…. korang pun bukan nak dengar. Hehehee…..  Jadi, malam nie tak payah susah-susah nak menunggu jam mlm untuk tengok  citer nie. Dahlah citer ni sampai jam 11:40mlm, muncung jer cik abg Ieza, kalo Ieza tgk citer ni, sbb dia takleh tgk  citer lain kan. Bila time citer nie je, dia terus masuk bilik tido atau  berFB (wah, bahaya gak tu). Tapi, macamana plak kalo citer baru menarik? Jeng!Jeng!Jeng! Kita tunggu dan lihat malam nie. Yea ha!!!!!  

Jumaat, Mei 04, 2012

Mengenali Tanda-tanda Lelaki Merajuk

Siapa kat sini suka sangat merajuk. Biasanya kita dengar kaum perempuan saja kan yang suka merajuk, tetapi lelaki pun ada rajuknya. Sebenarnya baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai sikap rajuk tersendiri. Kaum perempuan ni kalo merajuk biasanya sebab ingin dimanja, dibelai dan untuk menguji kasih sayang katanya. Manakala lelaki merajuk kerana berasa kurang berpuas hati atau marah tetapi perasaan itu tidak diluahkan dan dipendamkan saja. Wahai wanita, nak tahu tak tanda-tanda lelaki yang merajuk ni. Biasanya kalo lelaki merajuk dikatakan tidak macho. Betul ke? Ha! Cuba kita tengok kat bawah ni sama-sama:-

  • Buat Tak Tahu : Kalo yang ini, anda mesti rasa sakit hati, sebab mereka pastinya akan buat acuh tak acuh dengan segala apa yang anda buat. Dia mungkin akan buat apa yang anda suruh buat, tetapi biasalah hanya sekadar melepaskan batuk di tangga ajelah. Atau paling teruk dia buat tak mendengar apa yang anda katakan.
  • Diam : Yang ini pun lagi sakit hati rasanya, mana taknya kalo dah asyik diam aje memanjang. Sepanjang dia bersama anda dia hanya akan mendiamkan diri dan tidak berbual seperti kebiasaannya.  Dia hanya sekadar angguk atau  menggelengkan kepala sahaja tanpa bersuara. Kalo dah begini, memang sahih la dia merajuk dengan anda.
  • Serius dan Masam Muka : Satu lagi tanda dia akan bersikap serius dan hanya memasamkan muka macam cuka ditambahkan dengan muncung panjang sedepa.... (hehehee.... itu kalo saya). Tambah menyakitkan hati kalo dia menarik muka apabila ternampak kelibat anda.
  • Keluar Rumah tanpa Beritahu :  Biasanya nak keluar rumah, mesti nak beritahu " Yang! Abang nak keluar nie, ada apa-apa nak pesan", tetapi kali nie menonong aje dia keluar terus start enjin kereta. Tapi kalo ini berlaku, jangan la sibuk-sibuk nak tahu, sebab pasti dia akan buat tak tahu aje. Protes la kononnya tu.
  • Tutup Telefon Bimbit : Ini biasanya memang tabiat lelaki apabila dia tidak mahu diganggu dan merajuk. Justeru, bagi mengelakkan gangguan anda, tutup saja lah telefon bimbit itu.
  • Tak Mahu Makan Bersama : Lelaki yang merajuk biasanya tidak mahu berjumpa dan bertentang mata dengan pasangannya. Anda akan tahu apabila dia menolak untuk berjumpa dan makan bersama anda dengan memberikan pelbagai alasan. Antaranya kenyang, tiada seleralah, tapi bila anda habis makan je, dia pun terus makan.
  • Membaca tanpa Henti : Membaca suratkhabar antara tabiat orang lelaki. Tak sah kalo dia tak membaca akhbar dalam sehari. Tapi kalo dia membaca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab, itu tandanya jiwanya tidak tenteram la tu.
  • Menonton TV sehingga lewat malam : Asyik sangat menonton TV walaupun bukan rancangan kegemaran pun. Tapi saja malas nak layan anda, nak tunggu anda pujuklah tu.

Banyak cara untuk memujuk lelaki yang merajuk. Terpulang kepada cara anda yang bagaimana. Salah satunya, bawak dia pergi ke kedai belikan dia aiskrim/gula-gula. Hehehee... Salah tu. Carilah cara sendiri camner nak pujuk, letih la plak Ieza menaip ni. Okey, bye bye.



Khamis, Mei 03, 2012

BEN ASHAARI : MAY 2012

                                                   
Ceritakan sedikit kenapa nak berada dalam bloglist blog BenAshaari.com dan pandangan anda mengenai blog BenAshaari.com ini

Hrmm.... sebab saya ni giler glamer. Blog Abg Ben Ashaari ni kan glamer, popular dan seangkatan dengannyalah. Jadi dapatlah saya tempias sikit dengan keglameran dan kepopularan yang Abg Ben ada. Tak gitu.... Apapun blog Abg Ben ni memang best. Cerita dan penulisan Abg Ben tidaklah membosankan. Cayalah..


Lagi satu Klik link ni ,  http://bit.ly/JiGSp6 dan login pada FACEBOOK .. seterusnya VOTE .. tu je .. ) untuk Abg Ben.

Amaran Fesyen untuk 3G

Photobucket

Adakah anda tergolong dalam golongan 3G- gebu, gempal atau gemuk? Suka berfesyen, tapi saiz menjadi halangan? Jangan risau, (bunyi cam iklan kuruskan badan lak) Ieza ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk korang semua. Cuba anda selusuri tips-tips yang ada kat bawah nie:-

  • Jangan sesekali mengenakan seluar berpotongan besar atau corak berjalur lebar. Maaf yer, tapi anda hanya akan kelihatan lebih besar dan pendek sekiranya anda memakai pakaian sebegitu.
  • Dalam memilih kasut, elakkan sandal yang menutupi bahagian depan kaki atau kasut yang bertutup bulat di hujungnya kerana ia akan membuatkan anda lebih rendah. Pilihlah sepatu yang berkualiti dan benar-benar dapat menampung berat badan kerana yang penting adalah keselesaan dan keyakinan semasa berjalan.
  • Si 3G nie memang terkenal dengan sifat ceria dan ramah tamah. Jadi usah saratkan diri dengan motif baju yang berbunga-bunga atau bercorak geometri yang berserabut. Anda boleh memakai pakaian yang berjalur menegak tetapi jangan jalur melintang pulak yer, nanti lagi nampak kembang.
  • Pastikan anda bersahabat baik dengan rona-rona gelap seperti hitam, coklat, biru tua, merah hati atau apa-apa ajelah yang gelap.
  • Kesederhanaan akan lebih memikat. Fizikal anda akan membuat mana-mana mata tertancap. Justeru usah menggayakan akseseori yang sarat-sarat.
Tunjukkan kepada semua yang orang berbadan 3G ni mampu untuk mempunyai penampilan yang menarik setanding dengan orang yang takde 3G nie....heheheee. Yang penting anda tak melanggar pantang larang yang diberikan kat atas nie yer. Apapun anda memang comel.....