- Sentiasa pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu.
- Bawalah telefon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu.
- Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci.
- Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok. Part yang ini paling penting, sebab Ieza pun selalu terleka.
- Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat daripada orang yang tidak dikenali. Kalau nak tanya jugak, carilah orang di stesen minyak atau jurutol.
- Jika diekori, pandulah ke balai polis yang berhampiran.
- Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja terutama di kawasan terpencil dan tidak ramai orang.
- Catat nombor pendaftaran kereta tersebut, warna dan lain-lain. Anda juga boleh terus balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
- Jika anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling
Isnin, Mei 21, 2012
Penting.... Peringatan ketika Memandu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 comments:
info yg berguna... =)
Follow sini akak...
wahhhh nice tips la kak ieza
Pesanan yang baik especially buat semua pemandu wanita... :)
Kena sentiasa berhati2 dan berjaga :)
Jadi, sama-samalah kita beringat:)
sharing is caring..terima kasih saling mengingati..
Catat Ulasan