Rabu, Mei 30, 2012

Korang amik kesah tak?

Salam tengahari. Dah makan lunch ke? Saya seperti biasalah memang tak lunch kalo kat opis. Kalo lunch pun, biasanya makan roti atau biskut jer.... sampai dah naik muak dah. Tapi, kenapa berat badan tak turun pun, naik lagi ada la kot....huhuhu. Bukan nak jimat duit beli nasik, tapi tak tau nak makan kat mana. Kalo saya ada member kat opis, boleh gak gi makan jauh sikit, tapi sorang-sorang tak best ler. Dah tu kenapa tak tapau dari umah? Bukannya tak mau tapau, kadang-kadang saya bawak jugak, tapi bila dah bawak tu, takde selera plak nak makan, kadang buang atau bawak balik umah semula. Opis ni pun letaknya kat kawasan yang majoriti kaum Cina, jadi faham-faham le. Memang ada food court baru kat sebelah opis ni, tapi bagi saya cam tak best je, jadi dah tiga bulan di bukak, baru gi dua tiga kali jer kot, itu pun tapau. Sebab apa saya kata tak best? Sebab kalo korang makan kat sini korang kena order air dekat satu tempat yang telah dikhaskan yang terletak di bahagian tengah food court. Masalahnya, food court tu bahagian sebelah kanan untuk makanan non halal dan sebelah lagi halal. Memang ler cuma minum, tapi kadang saya tengok orang yang bancuh air tu pun saya was-was. Jadi, kesimpulannya tak payah la gi makan kat situ. Kalau betul-betul teringin nak makan tapau ajelah. Tapi, saya tengok ramai jer orang melayu minum kat situ.... mungkin diorang tak was-was cam saya. Masa baru bukak dulu, ada satu kedai cina yang goreng kuey teow di bahagian halal, tapi sebulan selepas tu pindah ke bahagian non-halal plak. Pelik tu. Masa gerai tu di bahagian halal, ramailah orang Melayu yang makan, kata mereka sedappp. Mungkin sebab diorang fikir cuma Kuey Teow Kerang aje kot, bukannye Kuey Teow K******, jadi diaorang tak kesah. Bagaimana pulak dengan korang... amik kesah tak??

6 comments:

Masz Sidek berkata...

huhuhu... kalau sy amatlah kesah...

situasi kt sama... dok sorang2 dlm opis tak de geng... kadang2 makan... kadang2 tak...
kat bawah opis ada kedai makan... muslim dan non muslim...
walaupun ada kedai makan muslim... bukan tak nak beli... makanan tak berapa sedap... hilang selera...
kalau rajin masak adalah makan tgh hari... huhuhu

IntaNBerliaN berkata...

sy bab2 ni ambik kisah sikit...

SHAHZEE berkata...

salam..hai kat eryza salam pkenalan..

emm kalau sy was2 mmg x g dah..rasa macam geli2 je nk mkn kalau tgk kaum 2 yg masak @ buat air ke @ kedai2 dekat2 c2

Myra Jay berkata...

Kalau was2 ni better tak payah la, biar kita yakin.. :)

Kesian makan roti je lunch..

Wanieys berkata...

bab2 ni sangatlah ambik kisah :)
salam perkenalan dr wani juga yer

wantie berkata...

kalau saya teramatlah kisahnya.

saya pun kerja kat area cina jugak. tapi kalau time lunch saya gagah jugak keluar beli makan kat luar & makan kat office. sengsorang jugak kat office ni.

bab makan ni kita kena ambil berat tau sebab menjadi darah daging kita.

kalau saya la, benda yang cina masak saya tak makan sebab meragukan