Rabu, Disember 28, 2011

Ekspo PERMATA 2011

28.12.2011
Salam petang,

 Hari ni, saya ingin kongsikan cerita mengenai Ekspo PERMATA 2011 yang berlangsung pada 10.12.2011 hingga 12.12.11 yang lepas di KLCC Convention Centre. Buat pengetahuan semua, anak saya Ahmad Irfan Hakimi adalah salah seorang peserta program dari Taska PERMATA Negara. Sudah 3 tahun Irfan di sana dan tahun ini merupakan tahun akhir, dah konvo pun (cerita macam gi konvokesyen U plak. Budak-budak sekarang entah berapa kali la konvo kan...)Program Taska PERMATA nie adalah untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun sehingga 4 tahun. Kenapa la tak buat sampai umur 6 tahun, sekali ngan tadika, senang sikit...maklumla tak perlu bayar kan, siapa tak mahu...hehehe). Masa Ekspo hari tu, 2 hari jugaklah saya sekeluarga dok berulang ke KLCC (kalo gi shopping best gak). Hari pertama excited la tengok Irfan dok buat persembahan pembukaan perasmian depan PM dan isteri. (walaupun setakat dok nyanyi lagu tema 'PERMATA Negara' ....hahaha). Banyak info yang leh kita dapat masa tu ... macam anak kedua saya Iman, siap dapat beg sekolah roda lagi. Disebabkan beg itu jugaklah Irfan dan Iman bergaduh... maklumla sorang dapat , sorang tak... dah kena janji beli yang lain kat Irfan.. huhuhu. Dah mula malas pulak saya nak menaip... apa kata kengkawan tengok je la beberapa keping gambar ni. Bye.....

Isnin, Disember 26, 2011

Sembang pagi......

Salam pagi....

Baru hari ni berkesempatan nak update blog... Bukannya saya tak ada masa... tapi saya ni tak mahir langsung bab-bab blog nie. Blog nie dah lama ada... tapi tak berseri cam kuih seri muka tu....Setelah dok berminggu-minggu dok meng'google' cara-cara nak hiaskan blog.... ini aje hasilnya (buat masa ini la... lain kali saya google lagi... biar blog ni cantik berseri-seri cam tuan punya blog...hehehe) Tula.... lain kali kalo tak pandai, cari cikgu....boleh bertanya... ini tidak, malu konon. Kalo sesiapa ada idea camne nak bagi 'boom' kan blog nie bagi la tahu. Terima kasih jugak kepada sesiapa yang sudi menyinggah atau tersinggah ke blog saya nie. Sebagai orang yang baru nak belajar jadi blogger, kalo ada salah silap tolong tunjukkan..... Blog ini pun untuk suka-suka aje....dan harap-harap boleh menambah kawan.... Hahh...letih sungguh hari ni.... mana tidaknya, awal pagi keluar gi kenduri kahwin di Melaka....ni baru balik. Kononnya lepas kenduri kahwin, nak gi jalan-jalan Bandar Melaka, tapi hampeh... tak turun pun... jem giler-giler (kalo jem strawbery ke bluebery kenyang la jugak). Memandangkan dah letih... mata mengantuk... sampai di sini ajelah saya menaip..... Bye..

Sabtu, Julai 16, 2011

Blog Pertamaku.....

Selamat malam.......Salam perkenalan untuk semua. Ini adalah entri Ieza yang pertama.... Apa yang mahu Ieza tulis yer...... Malam ini dengan bertemankan 3 orang anak, maklumlah Cik Abang ada kerja malam ler pulak (kerja lebih sikit... nak cari duit untuk raya). Anak-anak semua dah pun melelapkan mata (dipaksa tidur), jadi inilah masanya untuk belajar berblogging, hehehehe..... Memandangkan ini adalah entri pertama Ieza yang baru belajar nak menulis di blog...... boleh ler Ieza nak merepek ape-ape aje ek..... Apa yang penting..... Yeah!...Tertunailah hasrat hati ini untuk mencuba membina blog sendiri. Seronoknya...... maklumla selama ni asyik sangat membaca di blog kepunyaan orang lainkan. Tapi ade ke orang nak baca blog Ieza nie??? Korang rasa.... ayat-ayat Eiza ada macam 'skema' tak??? Emm... whatever lah...Apa yang penting dengan adanya blog nie, Ieza dapat meluahkan isi hati yang selama ini kekurangan teman untuk berbicara. Janganla korang salah faham pulak.... maksud Ieza, selama ni I takde kawan kat office, sebabnya semua lelaki kerja outdoor, jadi takde la teman yang boleh sembang2, gebang2,gosip2??, keluar lunch... jadi dah rasa macam kera sumbang lak dok kat office seharian... Bosan....tension semuanya ada..