Sabtu, Jun 30, 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI BLOG HAZWAN HAIRY

                      
                                Klik sini kalo nak join.....

Selamat malam semua.... Kebetulan malam ni baru jer jumpa segmen dari blog adik Hazwan Hairy iaitu SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI BLOG HAZWAN HAIRY. Memandangkan saya nak blog Senyum Sikit...Mrs Ieza tersenarai di dalam bloglist tersebut, saya pun nak join la....Jom pakat join ramai-ramai kita join......Oh yer, sebelum tu kena jawab:-
                    Kekerapan anda berblogging dlm sehari?
                    Pastinya banyakkkkkkk kali, berjuta-juta lemon, pagi sampai tengah malam, tapi selalu jadi silent reader aje.

Tarikh tutup: Sehingga 30JUN
Blog anda akan di listkan didalam sidebar BLOGLIST JULAI sebelah kanan blog
Hanya kekal sehingga hujung bulan JULAI 2012 sahaja.
Photobucket

Jumaat, Jun 29, 2012

Senyuman paling menawan.........



 
 













Sumber photo:Pakcik Google
Cuba lihat gambar di atas ni... haiwan mana yang mempunyai senyuman paling menawan dan memikat. Tengok... haiwan-haiwan ni pun tau senyum, walau pun punyai gigi yang cantik. Jadi, senyum-senyumlah selalu....sebab senyum boleh membuatkan orang lain senang hati dan tak sakit hati ngan kita. Erm  .....begitulah ....senyum sikit.

 Photobucket


Khamis, Jun 28, 2012

Cepatnya masa berlalu...

                                           



Sudah ada 3 orang anak pun saya ni, dua orang dah masuk sekolah tadika pun .
Tak lama lagi nak masuk tahun satu pulak. Alamak! Dah tua la saya maknanya nie. Anak dah berderet, muka semakin berkedut, badan dah mengembang... ish(3x) camne nak buat ni. Ala... relaks la, proses penuaan itu kan normal, semua orang akan merasai muda dan kemudian tua, tak perlu rasa takut sampai nak botox sana sini. Apa yang penting jaga kesihatan badan sebab semakin meningkat umur tinggi pulak risiko dapat penyakit. Tetapi, sebagai wanita kecantikan perlu juga diutamakan, salah satu sebabnya supaya cik abang tak lari...hehehe....

Sekejap aje masa berlalu, rasanya macam baru kahwin sebulan lepas...ahaks.
                               
Tetapi rupanya tahun ini sudah tahun ke-6 saya berkahwin.

Menyebut angka tu membuat perasaan rasa semakin tua..... hik jangan terasa plak, sebab saya cakap pasal saya ek. Memasak, mengemas pun tak berapa nak pandai lagi, sekejap jer sudah 6 tahun. Eh! Betul ke ni, terasa cam mimpi plak. Jangan berangan la kalo mimpi tu leh jadi awak tu muda.. awak memang dah tua pun...hehehee.

Tapi, betul tak.... kadangkala kita tak sedar begitu pantas masa berlalu. Umur pun semakin meningkat. Hidup pun menjadi semakin singkat dan alangah bahagianya jika umur yang kita ada digunakan sepenuhnya semata2 mencari redha Allah. Sememang begitu la adat dunia.. dari tiada jadi ada, dari baby jadi dewasa..dah dewasa..berkahwin, punya anak, dan meningkat usia menuju senja..semoga usia yang dipinjamkan Allah SWT tidak kita persia2kan...aminnn.
Photobucket

Rabu, Jun 27, 2012

Hari sudah hujan....




 
 

Sumber photo:-Pakcik Google

Hari-hari hujan + banjir camni pun leh lagi nak menangkap gambarkan. Ish..ish..ish...
Barulah hari ni cuaca nak sejuk sikit, kalo tidak panas jer. Lebat jugak hujan kat luar ni. Nak gi kedai beli makanan pun takleh. Payung pun takde, tapi kalo pakai payung pun basah gak nih. Time hujan-hujan macam nie barulah terasa lapar... Kalau lah tetiba jer ada

 Sumber photo:-Pakcik Google



muncul depan mata kan bagus.
Bagaimana plak ngan cuaca kat tempat korang. Hujan tak??  
Photobucket

Selasa, Jun 26, 2012

Irham Haziq dan tragedi di taska.....




Ini adalah pipi Irham Haziq, cuba teka apa yang jadi pada pipi dia yang comei ni. Maaf kualiti gambar kurang jelas.










Cepat...cepat...siapa boleh jawab, tapi yang ni takde hadiah tau! Hehehehee.. La...janganlah tanya saya kenapa, sebab saya pun tak tau jawapannya. Okeylah, begini ceritanya. Kisah ini terjadi ketika Irham Haziq berumur 9 bulan pada bulan September 2011. Pada suatu pagi yang indah dan tenang, tanpa hiruk pikuk bunyi kenderaan, seperti biasa saya menghantar Irham Haziq ke taska. Sebelum ke taska saya siapkan dia dulu, tukar pampers sumer bagailah. Peluk cium dia dulu...pastu baru diletakkan di taska.

Kemudian, lebih kurang jam 6.30 petang baru saya amik.  Masa saya amik tu, saya terkejut la kenapa ngan muka Irham Haziq ni kan. Habis satu muka dia, bawah mata. hujung mata, pipi, leher calar balar. Kalo siapa yang tengok mesti akan tegur Haziq ni kena demam campak ke. Saya tanya la kat penjaga tu. Nak tahu apa dia jawab. Dia cakap " Entahlah kak, saya tak tahu, tak perasan la pulak kenapa, mungkin jadi kat umah kot, kat sini okey jer". Saya ni pun bukan jenis yang nak marah melulu aje, tapi di dalam hati memang geram sangat2. Saya amat-amat pasti kejadian ini berlaku di taska, sebab takkanlah masa saya tukar pampers dia, peluk cium dia saya tak perasan kan. Ini sekali pandang memang dah jelas-jelas kelihatan kecederaan kat muka Haziq tu. Saya pun balik lah ke rumah dengan rasa yang amat geram sekali, ibu mana yang tak geram kan. Lain la kalo dia cakap kat saya "Kak, saya mintak maaf sebab saya tak perasan bila benda ni berlaku, ramai budak-budak kat sini". Mungkin sejuklah hati sikit mendengarnya, ini tak dia salahkan kita pulak. Ish..ish..ish... Geram!!! (maap, makcik ni sungguh beremosi kalo bercerita :-)).

Balik ke umah saya ceritalah ngan my dear dan confirm kan betul-betul yang memang perkara tu terjadi di taska. Sebab saya takut kalo muka dia tercalar sebab terkena gelang saya masa tidur, tapi sampai hari ni Irham Haziq tidur atas tangan saya, okey je. My dear pun geram jugak anak dia jadi gitu, dia pun call owner taska tu. Owner tu cakap begini pulak yer "Itulah pasal, memang dah ada orang konplen pasal penjaga ni. Takpe, nanti saya ambil tindakan la. Tapi mungkin sebab kuku Irham ni panjang, dia cakar muka dia sendiri". Memang ler panjang, tapi pagi sebelum hantar tu saya sempat la potong kuku Haziq ni. Okeylah, saya admit la kalo kuku dia betul2 panjang, tapi dia tak akan cakar muka dia seteruk itu. Siapa yang tengok pun tak tahu nak cakap kenapa ngan muka Irham Haziq ni....jadi apa pulak kata korang. Saja nak tau, benda pun dah lama berlaku, takde apa yang nak dibuktikan lagi. Tapi buat pengetahuan korang, saya masih hantar Irham Haziq di taska yang sama. Masa kejadian tu berlaku, memang ler geram, rasa nak hantar ke taska lain aje, tapi saya tak tau taska mana yang boleh memuaskan hati saya. Takut tempat lain begitu jugak, takkan nak tukar taska lain lagi. Sebab saya ada satu lagi cerita pasal taska lain masa Irfan dan Iman plak. Lagipun, lepas kes tu, sumer penjaga taska kat situ berhenti kerja, penjaga yang baru ni lak nampaknya cam  sayang aje kat Irham Haziq si comei tu. Tapi susah lah nak cakap, sebab sampai sekarang muka Haziq memang selalu ada kesan calar tapi tak la seteruk yang hari tu, setakat satu dua okeylah kot. Saya pun tak mau cerewet sangat sebab kita pun kena faham kat taska tu ramai budak. Asalkan tak membawa kesan yang buruk sampai ditimpa sakit sudahlah. Sebab kalo saya fikir sangat, saya akan terfikir untuk berhenti kerja aje. Begitulah ceritanya.
Photobucket

Isnin, Jun 25, 2012

Irham Haziq dan kucingnya......





 
Ini dia si kecil Irham Haziq yang berumur 1 tahun 6 bulan.
Alamak! Nasib baik dok taip umur Irham Haziq ni berapa tahun... saya dah lupa nak bawa dia untuk suntikan 1 tahun setengah la. Nak kena pegi klinik la malam nie. Okey, berbalik kepada tajuk kat atas ni, Irham Haziq dan kucingnya. Kucing? Rumah saya takde bela kucing, mana plak datang kucing ni?
 
 



Ha... kucing yang dimaksudkan adalah Talking Tom Cat... atau pun 'kucing Tom bercakap'... tak gitu?! Ala.... kucing yang ada kat application Iphone / Android tu ler...Tom Cat ni boleh mengajuk cakap korang.. korang menyanyi ke.. korang bersajak ke... apa saje la..
 
 



 
 Kalau tanya Irham Haziq kat mana kucing, pasti mata dia akan dok melirik pada handphone ibu atau ayahnya. Pasal kucing ni jugak dia selalu bergaduh ngan abang Ngah dia, Iman Najmi, mana taknya abang Ngah dia pun minat gak ngan kucing nie, jadi selalu ada aksi tarik menarik, cakar mencakar, gigit mengigit dan diakhiri ngan tangisan kepada siapa yang kalah. Pening kepala makcik kalo perkara ini terjadi.  Tapi ada jugak kelebihan kucing ni, sekarang ni kalau Irham Haziq ni bad mood ke, menangis, tunjukkan aje kucing ni pasti dia senyap. Senang kerja, hehehehe.... Kesian la kat kucing tu diketuk-ketuk, kadang dia cuba gak bercakap ngan kucing tu. Hai....hai...kata Irham Haziq, bijak...bijak... Tapi, kalo dia jumpa kucing yang sebenarnya, mula menjerit-jerit takut. Ish...ish...ish... Irham Haziq ni... 

Photobucket


 

Ahad, Jun 24, 2012

Amalan menziarahi orang sakit...



Sesungguhnya amalan menziarahi orang sakit itu banyak hikmah dan fadilatnya kerana ia dapat mengukuhkan tali persaudaraan sesama islam,melahirkan rasa kasih sayang dan sifat belas kasihan, mendatangkan keinsafan dan dorongan untuk bertaubat. Apapun, galakan menziarahi orang sakit  bukan hanya terbatas hanya kepada keluarga sahaja, malahan kepada jiran tetangga, sahabat handai dan lain-lain. Orang sakit yang diziarahi pasti akan terasa lebih dihargai dan disayangi dan ini mungkin dapat meredakan kesakitan yang dialami.



Jumaat, Jun 22, 2012

SEGMEN HUJUNG MINGGU: AKU FOLLOW KAU FOLLOW




Apa kata di hari Jumaat yang mulia nie kita join satu segmen dari blog Mydreamzworlds.blogspot.com. Tajuk segmen nie "Aku Follow Kau Follow" tapi tiada paksaan tau! Sukaati koranglah asalkan ikhlas nak jadi follower. Cepat-cepatlah kalo nak join, sebab ini Segmen Hujung Minggu, jadi hari nie mula dan Ahad tamat ler.

Khamis, Jun 21, 2012

Segmen : Tambah Follower Blog

                                              Jom klik sini kalo nak join

Nampak tak banner kat atas ni? Ha... kali nie, saya nak join segmen Cik Purple Tambah Follower Blog la pulak. Saya kena la join segmen nie, al-maklum la follower blog saya nie ciputtt jer. Tu la pasal sapa suruh tak ikut tips Cik Purple - TIPS PENTING! : kalau betul betul nak tambah follower, korang kena rajin blogwalking! jangan tunggu orang datang blog korang baru nak balas balik.. hehehe... Begitulah kata Cik Purple. Apalagi jom la kita join ramai-ramai supaya follower blog kita mudah-mudahan bertambah. Sebelum tu kenalah follow blog Cik Purple dulu yer... saya dah lama follow. Sebelum terlupa TARIKH TUTUP: 24 Jun 2012 Pukul 6 Petang, jadi cepatlah yer.