Pada Jumaat yang lepas, saya telah ambil cuti. Sebabnya, saya nak gi tukar kad pengenalan saya yang memang dah sangat-sangat uzur. Kad tu dah jadi lembik dan cip pun dah hampir tanggal. Camner leh jadi teruk sebegitu...... tak pandai jaga nie. Saya mengambil keputusan untuk berurusan di JPN Putrajaya saja. Bukannya sebab dekat ngan umah, tapi saja mengada-ngada nak gi tempat besar, cepat la sikit kot. Dulu, pengalaman saya sewaktu tukar kad pengenalan di usia 18 tahun, satu hari saya kena menunggu giliran untuk dipanggil. Dah la kena berdiri di luar, sebab kat dalam dah penuh. Jadi, tak nak pengalaman itu berulang kembali... tak rela....:)
Ha...amik ko! Nombor giliran sekarang 032+ dan nombor giliran yang saya dapat 0566. Alamak! camner ni, takkan nak patah balik kot. Kalo balik, bila plak nak buat. Takpela, tunggu jugak ler giliran untuk dipanggil. Nasib baik hari tu, saya cuma bawa anak yang kecik, yang lagi dua orang tu sibuk nak ikut nenek diorang malam sebelum tu, jadi senang ler sikit. Senang tak senang pun leceh jugak ler, nak menyusu, nak tido lagi (nasib jugak ler ada bilik untuk menyusu). Sambil menunggu tu, sempat jugak ler gi makan-makan kat kafe bawah tu. Dah puas makan, lepak-lepak, naik atas balik. Nombor giliran tu baru je naik nombor 038+. Maklumlah, staff dia gi sembahyang Jumaat, pastu tukar giliran gi makan. Salah sendiri ler, siapa suruh gi lewat, hari Jumaat plak tu.
Tunggu punya tunggu punya tunggu....akhirnya giliran saya pun tiba jua. Jam pun dah menunjukkan pukul 4 petang. Alhamdullilah, anak saya tak buat ragam sangat, sebab dia tido dari jam 2 petang sampai ler jam 4 petang. Ikut giliran jugak, heheheheee...... Pergi kaunter, isi borang tukar alamat, bayar RM10, pastu gi tunggu giliran amik gambar, sekejap jer proses semua tu, 10 minit leh siap. Tapi nak menunggu giliran buat semua tu.... aduhai!
p/s : Kalo gi buat kad pengenalan, pakailah pakaian dan tudung yang gelap sikit warnanya. Kalo tidak, korang kena la tukar tudung dan pakai jaket yang disediakan.
9 comments:
memang ramai kalau pergi ibu pejabat. ramai suka pergi jpn daerah kecil sebab tak ramai orang.
From,
Nasz
MOHD NASER.COM
id saya masih elok..rasanya patut tukar ker....
folo cni juga tau
tukar je mama mia... Leh dpt ic yg de 2 gambar tu. Tq follow....
ingat nak gi tukar jugak..
tapi tak pergi jugak2 ....
kes malas nak menunggu lah ni...
hehehhe
a'aa betoi tu pakai yg gelap kan... kalu x kne pakai tudung dorg..
sya dh tukar..sebb ic dulu dh kuning^^
nak wat ic baru gak, hurm... bile la gaknye ek, huhuhu.. bile baca entry Ieza ni, rase cam malas lak, heee~
perghhh mai berjanggut tu.....lamanyaa....hehee..
Catat Ulasan