Sabtu, Jun 16, 2012

Makan nasi goreng jer...


Makan malam hari nie, nasi goreng ibu mertuaku. Nama jer nasi goreng ibu mertuaku, tapi saya yang masak tau. Nak tau kenapa saya namakan nasi goreng ibu mertuaku, sebabnya my dear kalo nak suruh masak nasi goreng, dia mesti pesan nak yang macam mak dia masak. Kalau guna resepi lain, alamatnya slow ler dia makan.

Ini dia nasi goreng yang cukup untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.

                                                         

Memang ler nampak cam biasa jer, tapi rasanya sungguh menyelerakan. Sedap!!!!! Hehehe..... siapa lagi nak puji kalo bukan diri sendiri.

Ini dia Irfan dan Iman dengan nasi diorang.... setiap sorang satu pinggan. Ni aksi ketika makan, sambil menonton citer 'Metro Skuad' TV2 melalui Galaxy Tab, sebab ayahnya sedang menonton bola di Tv. Hari ni kan team Pahang lwn ATM.... siapa pun takleh kacau.



Setengah jam kemudian, begini la plak jadinya, bersepah. Tak tau ler banyak yang masuk mulut atau ke lantai.


Masa ni si comei Irham Haziq tengah tido, kalo tidak jangan haraplah abang-abangnya dapat makan dengan aman.

4 comments:

Sally Samsaiman berkata...

hihihi...nasi goreng nama mmg gempak !

kalau rajin meh la join segmen baru sally:

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2012/06/segmen-mybff.html

Misz Mieza berkata...

Kongsila resepi! Mana tau boleh cuba.. =)

IntaNBerliaN berkata...

sekali sekala mkn ns goreng mmg sedap :-)

LubLy berkata...

ns grg nieh la fav lebly..heee