Selasa, Jun 12, 2012

Inilah Hero-heroku......

Pening kepala kadangkala memikirkan kerenah dan keletah anak-anak nie. Tambahan pulak saya ada 3 orang anak-anak yang kesemuanya hero. Faham-faham ajelah kalo dah hero, hari-hari mesti nak main lompat sana lompat sini, main lawan-lawan, tembak-tembak dan macam-macam lagilah. Kalo ada tetamu nak main terjah jer umah saya, alamak malunya.... sebab umah i dah macam tongkang pecah jer. Ala.... baru ada 3 orang anak dah tak boleh nak handle ke? Camner nak tambah lagi nie.....heheheeee.

Ini yang sulung Ahmad Irfan Hakimi berumur 5 tahun, mudah sangat merajuk. Mungkin awal sangat dapat adik, jadi dia nie sensitif sikit bukan sikit, banyak ragamnya . Pandai berdikari. Boleh ler harap kalo nak suruh kemas umah, jaga adik.




Ini pulak yang kedua Ahmad Iman Najmi, umur 4 tahun suka menyakat adik dan abangnya. Dia ni 'nakal' sikit tapi kelakar dan pandai amik hati. Kalo tengah marah dengan dia pun tak jadi nak marah sebab dia akan buat muka blurr.



dan yang ketiga pastilah Ahmad Irham Haziq si comel-comel tu yang baru berumur satu tahun setengah. Tapi jangan sangka Irham Haziq ni tak pandai beraksi seperti abang-abangnya. Main tembak-tembak boleh. terjun katil dia boleh, panjat atas meja makan boleh, buli abang-abang dia pun boleh jugak... selalu gak buat abang-abang dia nangis.




Masa letih tu, memang ler rasa nak marah aje kat budak-budak nie, tapi kalo diorang takde kat umah terasa sunyi la plak, sebab kadang-kadang atuk dan nenek diorang amik yang dua orang besar tu. Selalunya, mesti nak suruh diaorang balik cepat. Sebab tu orang kata anak-anak ni penawar duka lara kita dan ia adalah anugerah Allah yang paling bernilai. 










8 comments:

DAIRI FARISHA berkata...

anak ke tiga comeiiii!!! :)

sharifah syazwani berkata...

comel nya ;)

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum Eryza...

Salam kenal...terima kasih sudi dtng blog akak....

karenah anak2 mng mnghiburkan walau kadang2 trpksa sabar tahap maksima....

Saya Disini berkata...

comei

IntaNBerliaN berkata...

semuanya hero yer.. :-)

fieda berkata...

semua comey..

azievee berkata...

comel2 belaka...hehehe saya sepasang anak pun pening inikan 3 hero...aduyai

Myra Jay berkata...

3 hero bodyguard..

Bila diorang takdak mesti sunyi :)