Ahad, Jun 24, 2012

Amalan menziarahi orang sakit...



Sesungguhnya amalan menziarahi orang sakit itu banyak hikmah dan fadilatnya kerana ia dapat mengukuhkan tali persaudaraan sesama islam,melahirkan rasa kasih sayang dan sifat belas kasihan, mendatangkan keinsafan dan dorongan untuk bertaubat. Apapun, galakan menziarahi orang sakit  bukan hanya terbatas hanya kepada keluarga sahaja, malahan kepada jiran tetangga, sahabat handai dan lain-lain. Orang sakit yang diziarahi pasti akan terasa lebih dihargai dan disayangi dan ini mungkin dapat meredakan kesakitan yang dialami.



2 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

betul tu islam mengalakan kita menziarahi org sakit :)

Tanpa Nama berkata...

betul tapi pun ada adab2 waktu berziarah tu yg kena kita ikuti