Rabu, Mac 21, 2012

Kompleks 3C, Subang Jaya

Ini adalah serba sedikit info yang saya tahu berkaitan Komplek 3C yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Anak-anak saya bersekolah tadika di sini (Tadika MPSJ) bermula tahun 2012. Tetapi, anak sulung saya terlebih dahulu berada di sini dalam Program PERMATA selama 3 tahun bermula usia 2 tahun sehingga 4 tahun.

Kompleks 3C (Children Creativity Centre) telah dibangunkan bagi memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab MPSJ kepada masyarakat. Kompleks yang dibina pada 2002 ini siap pembinaannya pada 2004. Seperti yang kita tahu, pembentukan modal insan yang berpengetahuan dan kreatif bermula sejak dari kanak-kanak lagi. Dengan itu banyak kemudahan, aktiviti dan program disediakan yang mana boleh menambahkan lagi kebolehan dan kemahiran kanak-kanak.  Dengan fungsinya sebagai pusat pembangunan kanak-kanak dan komuniti setempat, Kompleks 3C menyediakan 6 perkhidmatan utama untuk orang awam dari pelbagai golongan :

1. Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPK)
Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPK) ini dikenali ramai dengan singkatan nama PPK 3C. Ia merupakan pusat perkembangan untuk kanak-kanak berumur 3 – 4 tahun dan dibuka kepada anak-anak kakitangan MPSJ dan juga orang awam dari pelbagai kaum sejak Ogos 2006.

Kompleks 3C sebagai pusat pembangunan kanak-kanak dan komuniti setempat menyediakan 6 perkhidmatan utama untuk orang awam dari pelbagai golongan.

Projek pembangunan unik bagi kanak-kanak ini juga menyediakan prasarana ruang dan masa bagi perkembangan mental, fizikal dan intelektual kanak-kanak yang disasarkan kumpulan umur dari 3 hingga 17 tahun.

PENGISIAN KOMPLEKS 3C
Perlaksanaan Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPK)

PPK terbuka kepada kanak- kanak berumur 3 hingga 5 tahun dan aktiviti yang disediakan adalah seperti berikut:

Aktiviti Luaran
- Messy Area
- Sandfield
- Playground
- Waterplay

Aktiviti Dalaman
- Menguji deria
- Kelas Seni dan Kreativiti
- Kelas Pembelajaran : Alphabet dan Jawi/ Bahasa Arab
- Kelas Komputer
- Kelas Kraftangan- Kelas Muzik
- Fun Maths
- Sesi Bercerita / Boneka
- Permainan Dalaman

After Class

- Kelas Mengaji dan Fardu Ain- Homework Club

2. PraSekolah Kompleks 3C
Program PraSekolah telah dimulakan pada Mei 2007 dan dibuka kepada kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun yang berminat. Program ini menggunakan sukatan pelajaran Kurikulum PraSekolah Kebangsaan.

3. Taska MPSJ
Taska MPSJ disediakan khas untuk penjagaan anak-anak kakitangan MPSJ  dan kini terbuka kepada awam.

4. Program dan Aktiviti
Kompleks 3C menyediakan program dan aktiviti untuk pelbagai golongan dari peringkat kanak-kanak, remaja dan juga dewasa yang dijalankan sepanjang tahun. Program dan aktiviti yang dijalankan di Kompleks 3C terdiri dari jenis Kelas Harian & Mingguan, Kursus Jangka Pendek dan Aktiviti Cuti Sekolah.. Antara senarai program yang dijalankan dengan usahasama dengan operator yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tertentu ialah:-

Ø Pusat Intervensi Kanak-Kanak Autistik National Autistic Society of Malaysia (NASOM)
Ø Kelas Jahitan dan Sulaman
Ø Kelas Masakan
Ø Pusat Muzik dan Kebudayaan
Ø Creative Arts and Design Centre
Ø Pusat Integrasi Pendidikan Islam (PraSekolah, Sek. Rendah, Sek. Menengah & Kelas Bahasa Arab)
Ø Sekolah Rendah Islam Sri Pintar Al-Amin
Ø Galeri Seni Creative Polyarts
Ø Kursus Dandanan Rambut

5. Sewaan Auditorium
Kompleks 3C menyediakan kemudahan sewaan auditorium kepada umum bagi tujuan menjalankan aktiviti pembelajaran, kursus, seminar, mesyuarat, taklimat dan juga konvokesyen kanak-kanak PraSekolah.

6. Kemudahan Awam
Di Kompleks 3C terdapat beberapa kemudahan-kemudahan am yang boleh dikongsi bersama penggunaannya oleh orang awam. Antara kemudahan am yang terdapat di Kompleks 3C ialah :
Ø       Lobi Utama 3C
Ø       Tempat Letak Kereta (Percuma)
Ø       Tapak Summer Camp
Ø       Kebun
Ø       Petting Zoo & Akuarium
Ø       Galeri Seni
Ø       Perpustakaan Hipermedia
Ø       Kafeteria
Ø       Pentas Terbuka
Ø       Outdoor Activities
Ø       Cafe Garden


Pengalaman Menghantar Anak di Pusat Anak Permata Negara (PAPN)

Salam minum petang,
Memandangkan hari ini waktu ini, saat ini saya takde kerja, apa kata saya bercerita sedikit mengenai pengalaman saya ketika menghantar anak ke Pusat Anak Permata Negara. Alahai... program yang diilhamkan  Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor tu la....

Anak sulung saya Ahmad Irfan Hakimi diterima masuk ke Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Subang Jaya  ketika berusia 2 tahun pada tahun 2009 dan tamat ketika berusia 4 tahun pada tahun 2011 Saya mengisi borang permohonan ketika Irfan berusia 1 tahun.
Bagi saya program ini amat-amatlah bermanfaat bagi perkembangan minda dan fizikal anak-anak untuk keluarga seperti saya.  Iyelah…. ibu bapa sekarang kebanyakkannya kecil-kecil lagi sudah menghantar anak mereka ke pusat perkembangan minda yang berbayar …mahal-mahal plak tu. Jadi, bagi  saya yang kurang berkemampuan nie, bertuahlah anak saya dapat masuk ke sana. Percuma, siapa tak suka. Selain percuma banyak lagi faedah dan kebaikan yang ada di dalam program ni. Tapi kat sini anak-anak tidaklah diajar seperti di tadika tu, tapi banyak juga yang diajar seperti cara pengurusan diri, lebih kepada creative fun & play. Kadang-kadang tu belajar memasak pun ada, buat muffin la, pizza la.... tapi tak tahulah dia buat camne. hihihi... 

Program ini bukan sahaja melibatkan anak-anak tapi ibu bapa juga perlu banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Sewaktu Irfan masih di sana, kami sebagai ibu bapa perlu meluangkan masa sebanyak 4 jam sebulan di pusat permata untuk mendapat kredit penglibatan, kalau tak cukup 4 jam, dapatlah surat tunjuk sebab, kalau gagal lagi akan diberhentikan la jawabnya.
Untuk Irfan pula, memang bagus juga perkembangannya. Seawal usia 2 ½ tahun dia sudah bertutur dengan lancar, boleh bergaul dan pandai berdikari. Kecik-kecik lagi dia dah pandai melipat baju, kemas tempat tidur, tapi dengan cara dialah. Tapi kalau malas, tak jadi jugak... heeheehehe... Lagi, kalau di PAPN Subang Jaya ni, ada Petting Zoo, ada mandi-mandi kolam...best tau!!!( macam ibu dia plak yang terlebih seronok).

Banyak aktiviti untuk keluarga di sini, contohnya Sambutan Hari Keluarga, Sambutan Maulidur Rasul, Hari Sukan, Hari Jadi, Hari Raya dan macam-macam hari lagilah. Paling best saya dan keluarga boleh selalu berjalan-jalan mengikut aktiviti yang dirancang antaranya pergi Petrosains, Planeterium Negara, Hari Keluarga di  PD, Hari Keluarga di Balok, pertandingan bowling, pergi makan-makan dan banyak tempat lagilah yang dilawati. Lepas tu kalau kalau ada aktiviti, mesti ada hadiah dan makan-makan, itu yang best tu.... Tapi itu kat PAPN Subang Jayalah, PAPN lain saya tak tahu....hehehe.... Lagipun ia bergantung kepada usaha dan kerjasama antara pendidik dan ibu bapa juga. Selain itu kita pun boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesama para ibu bapa. Itu ajelah cerita saya untuk hari ini.... lain kali kita sambung cerita lagi yer.... 

 

Kek RED VELVET yang comot tapi nyumm...nyumm


Panas betul cuaca hari ini. Tapi mungkin akan hujan petang nanti. Sebenarnya saya nie nak bercerita mengenai kerja yang tergendala dalam post yang lepas. Kerja yang tergendala itu telah dilaksanakan dengan jayanya. Yea.... yeah!!! Saya telah berjaya membuat kek Red Velvet seperti yang diidam-idamkan. Kenapalah saya rasa ayat petang ni macam skema aje.....Projek membuat kek RV ni telah pun dilaksanakan dengan jayanya pada dua minggu yang lepas.. tapi baru hari ini berkesempatan nak update blog ni. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni.... segan la plak nak tayang.

Kek RV yang telah dibelah kepada 3 bahagian dan disapu dengan cream cheese....nyum..nyum...


Comotnya kek RV ni....
(hasil kerja tangan yang tidak berseni). Tapi takpe.... baru pertama kali kan..... Usaha lagi di lain kali.
Inilah rupanya kek Red Velvet saya yang sah-sah tak lawa (tak pandai make up). Tapi rasa bukan sekadar rupa. Rasanya not bad...la. Maklumla ada cream cheese kan. tuuu yang sedap. Itu kata suami dan anak-anak saya. Bagi saya takdelah rumit mana nak membuatnya.... tapi tak jugak senang. Tambahan pulak dibantu oleh anak-anak yang jadi tukang sibuk... hehehe.  Resepi RV ni saya google kat internet aje.... Ambil sana sikit...sini sikit, pastu olah dengan idea sendiri, jadila sebegini (lain kali jangan derhaka dengan resepi yang dah diberi tu)

 Memandangkan kek yang tak berapa lawa nie, malaslah nak citer banyak. Tunggu ajelah lain kali saya buat lagi..... baru ada semangat nak sembang panjang. Tapi apa yang penting misi saya berjaya.


Jumaat, Mac 02, 2012

Irham Haziq....



Petang-petang nie tak tahu nak buat apa la pulak... Jadi apa kata, saya habiskan masa dengan menguploadkan gambar anak saya Ahmad Irham Haziq ke dalam blog nie. Lain kali bukak blog leh nampak wajah Irham Haziq yang tomei-tomei tu.. Irham skang dah mencapai usia 1 tahun 2 bulan. Baru pandai berjalan.... tapi kira cepat la sikit dari abang-abangnya. Tapi kesian kat dia nie... sebab abang-abang tak nak main dengan dia nie.... maklumlah kecik lagi... tak sepantas abang. Bila abang menulis, dia pun sibuk cari pensel ngan buku. Tak jumpa, dia rampas aje kat abang-abang dia. Kalo bab merampas barang dia memang cekap, abang-abang dia memang kalah ngan dia, mesti nangis la abang dia. Hik..hik... Kadang abang-abang geram tutup pintu bilik, dia duduk mengetuk depan pintu sampai abang dia keluar. Kesian.... Inilah dia Irham Haziq...



Khamis, Mac 01, 2012

Projek tergendala....

Salam petang...

Esok...esok... dan esok lagi. Akhirnya berbulan sudah projek untuk membuat kek tergendala. Hajat di hati kononnya nak belajar buat kek. Kek Red Velvet namanya. Ala... kek yang warnanya merah baldu yang diselaputi cream cheese tu. Memang kalo nak mudah beli aje kat kedai... tapi dek kerana nak menunjukkan bakat kepada En Suami dan anak-anak, kita nak lah buat sendiri. Bahan-bahan pun banyak yang dah beli. Pertama kali, sewaktu birthday Irham Haziq yang ke-1 thn pada 28.12.2011, tapi ada saudara kahwin pulak, dah..takde masa nak buat. Kedua kalinya... ingat nak buat masa Wedding Anniversary pada 27.1.2012, pun tak jadi juga. Takpelah kalo gitu... kita tunggu semasa birthday Irfan Hakimi pada 4.2.2012, tapi hampeh, tak menjadi jugak.. Sebabnya masa tu, cream cheese kat kedai bakeri, Giant, Carrefour, supermarket kat area umah kita tu dah habis stok... Jadinya sampai ler ke hari nie... tak jadi juga. Tapi, misi mesti diteruskan juga. Ingat minggu nie kita nak teruskan projek yang tergendala tu. Cream cheese pun dah beli... Harap-harap menjadilah yer. Semoga Berjaya... kepada diri sendiri. Hehehehe. Bye...bye...bye...