Ahad, Ogos 05, 2012

Morning semua......

Selamat pagi semua.... breakfast makan ape hari ni? Apa? Makan nasi lemak,
teh tarik....ish!ish!ish! Mana boleh, bulan Ramadan tak abis lagi.  Waktu2 gini ler nak teringat ngan makanan tu semua. Al-maklum la, bulan2 puasa ni makanan tu tak berapa nak glamer (kat rumah saya).  Entri hari ni takde citer menarik yg nak saya cerita, sekadar mengupdate blog yang makin hari kurang berseri. Dah lama tak update. Salah satu sebabnya, pasal PC kat ofis saya tu masih bermasalah lagi. Kan entri hari tu saya ada cerita.
Pagi ni saje nak cerita pasal menu berbuka semalam. Menunya adalah nasi ayam, my handmade tau. Hari2 cuti, rajin ler sikit nak memasak. Pastu adalah tinggalkan sikit untuk makan sahur. Nak tahu apa yang jadi? Terlepas waktu bersahur daaa.... tersedar jam dah menunjukkan angka 5:35....Huhuhuuu.... teringat2 kesedapan nasi ayam saya tu (siapa lagi nak cakap sedap, kalo bukan diri sendiri, ahaks...), tapi dah takleh nak makan. Takpe la, tinggalkan untuk anak- anak, tak perlu nak masak makanan lain dah. Dah ler ibu mereka ni malas... hehehe. Ini semua gara2 gi minum kopi kat Old Town tengah malam tadi la ni, pastu balik umah dah takleh nak tido. Pastu, layan TV tengok Sukan Olimpik sampai 2:30 pagi ngan my dear. My dear tu semua sukan dia layan, kalo dia tengok Tv, jangan harapla orang lain dapat pegang remote control. Sudah pastinya, channel sukan yang menjadi keutamaan. Tambahan plak kalo time tu ada drama menarik, ada plak game bola, jangan harap ler dapat tengok, memang grrrr..... :-).
Okeylah, saya nak layan citer Hikayat Putera Shazlan jap, lain kali kita bertemu lagi di lain entri yang entah bila akan muncul. My dear pun baru jer keluar gi kelas.... Jadi, aktiviti hari ni bergomol ngan anak-anak aje ler. Bye....
Photobucket

Jumaat, Julai 27, 2012

Sudahkah anda senyum hari ini ???




Senyuman boleh didefinasikan sebagai  gerak tawa ekspresif yang tidak bersuara tetapi dapat mewujudkan rasa senang, tenang juga bahagia. Ia juga boleh diibaratkan sebagai penawar di kala kita kesedihan. Senyum di dalam kesedihan menimbulkan 1000 persoalan untuk ditafsirkan....... tapi senyum di dalam kegembiraan memberi jawapan kepada 1000 persoalan. 
Sesungguhnya, di dalam agama Islam, senyum juga boleh ditakrifkan sebagai satu ibadah, ini kerana senyum itu adalah sedekah. Rasullullah SAW pernah bersabda, " Bani Adam setiap harinya memiliki kewajiban untuk bersedekah sejak matahari mulai terbit". 
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa-apa untuk disedekahkan bertanya kepada Rasullullah " Jika kami ingin bersedekah, namun tidak memiliki apapun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?" tanya sahabat.
Barangkali di benak fikiran kita mungkin berfikir bahawa sedekah itu adalah merupakan pemberian yang berbentuk wang, pakaian atau apapun material atau barang yang boleh dinikmati penerima secara fizikal. Sesungguhnya seperti yang dikatakan Rasullullah SAW ; "Sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak, tasbih, tahmid, takbir, tahlil (dzikir), amar ma'ruf nahi mungkar, menyingkirkan penghalang (duri, batu) dari jalan, menolong orang, sampai senyum kepada saudaramu pun adalah sedekah".
Dari sisi psikologi, senyum boleh dikatakan sebagai penawar stress, memberi kesan berseri dan optimis, menjadi lebih tenang dan rileks juga meningkatkan kekebalan dari sudut mental.
Jadi, sudahkah anda SENYUM hari ini???

Photobucket  










Khamis, Julai 26, 2012

Salam Ramadan... hai kawan-kawan







Salam Ramadan 1433H/2012 & Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan alam mayaku. Dah beberapa minggu blog ini tidak diupdate, biasalah tu kadang-kadang mood malas melebihi rajin. Tapi bila mood rajin tu datang, PC kat opis ni lak buat hal. Dah seminggu saya dok try masuk, takleh gak. Key in password boleh, pastu dia keluar gwt problem plak. Saya rasa sebab dia ada ". "kat kotak stay sign in, camner nak buat ni, siapa boleh tolong beri tunjuk ajar. Saya bab-bab begini memang ler kurang pandai sikit...hehehe. Jadi terpaksa ler pakai tab ni untuk mengupdate. Tu la... lain kali pi opis buat kerja, bukan berblog...hehehe. Tapi saya bukan update curik-curik tau, wife bos saya pun ada kat belakang ni sibuk tengok movie citer Korea. Kalau takde keje urgent nak buat bolehla buat aktiviti lain. Bab berblog ni memang tak boleh nak update kat umah, faham-faham ajelah, kalo sampai umah pun dah 6:30. Nak melayan karenah anak- anak kesayangan yang 3 orang tu lagi... Yer la tu pandai je bagi alasan. 

Jam pun dah menunjukkan 3:20 dah pening kepala nak fikir menu berbuka puasa petang ni. Bukannya apa, sebab saya biasanya sampai umah 6:30, kadang lewat, jadi tak sempat nak menziarah Pasar Ramadan. Kalo pegi time-time macam ni biasanya makanan memang banyak yang dah habis, jalan pun jem. Tapi, nasib baiklah cik abang saya balik awal, jadi dialah yang setelkan semuanya.  Ambil anak yang 2 orang tu, pastu balik umah siap apa yang patut, pastu gi Pasar Ramadhan, kemudian baru ambil Irham Haziq. Isnin hari tu kesian kat  Irham, sebab menunggu saya lewat sangat, asyik dok menjenguk kat pintu tunggu ibu dia amik, maklumlah budak lain semua dah balik. Pasal menu berbuka, sepanjang hari Ahad sampai Rabu, menu wajib iaitu Roti John dan Murtabak. Cik Abang saya tu tak tau nak beli apa katanya, jadi makan itu aje la hari- hari. Lagipun takut nak beli benda lain, sebab 2nd day puasa dah sakit perut lepas makan kuih waktu berbuka. Apa pun TQ my dear... Lepas dah  berbuka puasa makan kuih, jam  9 baru saya masak, jadinya makan nasi jam 10 malam. Tak boleh diamalkan selalu makan lewat macam ni, tapi nak buat camner. Alahai..... lecehnya update guna tab ni, entri ni pun spontan aje, tak tau ntah apa yang saya merepek. Sampai di sini ajelah entri saya hari ni, Selamat Berbuka  .....


Isnin, Julai 16, 2012

Bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira'



 

Jom kita join bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira... Keistimewaannya blog anda akan berada sepanjang bulan ramadhan dan syawal dalam blog niera.(2 bulan). Ini terbuka kepada follower blog Aisyah Humaira saje tau! Sebelum tu Nyatakan minimum 3 kelebihan bulan ramadhan yang kita tahu.

Kelebihan bulan Ramadhan antaranya ialah:-

•Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.


•Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.


•Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.

•Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
Tarikh segmen : 14 syaaban - 27 syaaban (4 julai 2012 - 17 julai 2012Photobucket.
Cepat-sepat join, sebelum terlambat.

Jumaat, Julai 13, 2012

Warkah buat Abang .....versi Ieza





 


Isi kandungan surat:

Warkah Buat Abang,



Dear abang,

Di sini Anje ingin mengambil kesempatan meminta izin Abang untuk membawa anak-anak kita pulang ke kampung Anje. Tujuan Anje menulis warkah ini adalah untuk menyatakan beberapa rasa ketidakpuasan hati Anje terhadap Abang dan buah hati baru Abang itu. (kereta baru mahal) Tak perlulah Abang bersusah payah untuk menghantar kami kerana Anje telah pun membeli tiket keretapi Senandung Malam secara online malam tadi. Anak-anak lagi lagi seronok dan teruja untuk menaiki keretapi dari naik kereta baru abang yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit itu. Sebabnya mereka bebas untuk melompat-lompat gaya bebas sambil buat gaya Ultraman dan berlari-lari anak di dalam keretapi dari naik kereta baru Abang itu. Kalo naik kereta Abang kena tepuk selipar / kasut kat luar dulu baru leh naik, tapi keretapi tidak. Anak-anak pun tak nak naik kereta abang takut calar..

Semenjak hadirnya kereta baru Abang ke dalam keluarga kita, Anje rasa kasih sayang Abang sudah tidak seperti dulu lagi. Anje tau harganya mahal RM 100K ++, lebih mahal dari duit hantaran Anje, sebab itu Abang lebih sayang kereta baru dari Anje. Mungkin kalo duit hantaran Anje lebih mahal dari kereta baru Abang mungkin kasih sayang abang terhadap Anje tidak berbelah bahagi kan???

Lagi satu perbuatan Abang yang amat-amat melukakan hati Anje. Setiap pagi Abang pasti akan mengelap-ngelap dan menggosok-gosok ‘body’ buah hati baru Abang itu (kereta baru mahal). Tetapi, cuba abang ingat balik bila kali terakhir Abang mengurut –urut di belakang badan Anje yang selalu sakit-sakit ni. Kalo Abang buat pun dengan mulut yang bising mengomel-ngomel. (tak ikhlas la tu). Bila jugak kali terakhir Abang memberi ciuman  ‘Good Morning’ kepada Anje. Seingat Anje, semua itu hanya berlaku 10 tahun lepas, sebelum kehadiran anak kedua kita, sekarang anak kita dah nak masuk 8 orang. Cuba Abang bayangkan betapa keciknya hati Anje pada Abang.

Semenjak beli kereta tu, sebulan sekali Abang mesti shopping sakan untuk membeli macam-macam aksesori kereta baru mahal Abang, tapi Anje nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah. Baju raya  Anje pun Abang beli 2 tahun sekali.

Kereta sebulan sekali Abang gi hantar servis, Abang kata kena jaga maintainance, kalo tak mudah rosak. Tapi bagaimana pulak allignment Anje yang dah lari nie, kembang sana sini, cubalah Abang hantar Anje pi buat rawatan kat SPA tu… atau Slimming Centre ke, ini tidak Anje nak dapat pi salon rambut setahun sekali pun susah..

Kereta Abang make up lawa-lawa.. tapi kalau Anje make up lawa-lawa abang kata Anje macam Hantu Kak Limah Balik Rumah….. Cer citer kat Anje apa yang Abang mau.

Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah RM100 setin pun ada, Anje nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak ke-3 kita Abang kata Anje mengada-ngada. Kesian kat anak kita, sampai skang masih meleleh lagi air liurnya.

Ini yang Anje tak boleh nak tahan tengok, cuba Abang kira sudah berapa hari Abang tido di dalam kereta baru mahal Abang tu? Anje terasa seperi sudah dimadukan jer. Mana taknya satu minggu 7 hari, Abang tido dalam kereta baru mahal Abang tu 4 hari, tido ngan Anje cuma 3 hari aje.. Anje tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. Tetapi bagaimana pulak kalau Anje yang kena curi?? Baik Abang pilih sekarang siapa yang lebih Abang cinta.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya Abang marah anak macam nak makan, Anje kalau jatuh longkang besar boleh abang gelak sampai guling-guling ada la…..                        

Sedih…sedih… Anje tau!. Okeylah Abang, cukup! cukup sudah… cukup sampai di sini saja….Anje nak balik kampung dulu.. Anak-anak dah tak sabar nak jumpa atuk dengan nenek diorang. Jaga diri elok-elok, sarapan Anje dah sediakan. Anje gi tak lama, sekolah bukak Anje baliklah dengan anak-anak.. pesanan Anje…:-

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.


                          Sekian dari Anje yang kecik hati.

                                                                                                                                                                                   Sumber Idea : koleksi lucu Photobucket