Khamis, Jun 28, 2012

Cepatnya masa berlalu...

                                           



Sudah ada 3 orang anak pun saya ni, dua orang dah masuk sekolah tadika pun .
Tak lama lagi nak masuk tahun satu pulak. Alamak! Dah tua la saya maknanya nie. Anak dah berderet, muka semakin berkedut, badan dah mengembang... ish(3x) camne nak buat ni. Ala... relaks la, proses penuaan itu kan normal, semua orang akan merasai muda dan kemudian tua, tak perlu rasa takut sampai nak botox sana sini. Apa yang penting jaga kesihatan badan sebab semakin meningkat umur tinggi pulak risiko dapat penyakit. Tetapi, sebagai wanita kecantikan perlu juga diutamakan, salah satu sebabnya supaya cik abang tak lari...hehehe....

Sekejap aje masa berlalu, rasanya macam baru kahwin sebulan lepas...ahaks.
                               
Tetapi rupanya tahun ini sudah tahun ke-6 saya berkahwin.

Menyebut angka tu membuat perasaan rasa semakin tua..... hik jangan terasa plak, sebab saya cakap pasal saya ek. Memasak, mengemas pun tak berapa nak pandai lagi, sekejap jer sudah 6 tahun. Eh! Betul ke ni, terasa cam mimpi plak. Jangan berangan la kalo mimpi tu leh jadi awak tu muda.. awak memang dah tua pun...hehehee.

Tapi, betul tak.... kadangkala kita tak sedar begitu pantas masa berlalu. Umur pun semakin meningkat. Hidup pun menjadi semakin singkat dan alangah bahagianya jika umur yang kita ada digunakan sepenuhnya semata2 mencari redha Allah. Sememang begitu la adat dunia.. dari tiada jadi ada, dari baby jadi dewasa..dah dewasa..berkahwin, punya anak, dan meningkat usia menuju senja..semoga usia yang dipinjamkan Allah SWT tidak kita persia2kan...aminnn.
Photobucket

12 comments:

are_lin@yu berkata...

masih langsing dear,oklah tu tak tua lagi..;-)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

cepat jer ms belalu skang ni kan kak :)....pejam celik pejam celik anak2 dh besar

Unknown berkata...

mmg tanpa kita sedar masa dah cepat berlalu kan... 6 tahun mcm lama tp hakikatnya? sekejap je kan...

Unknown berkata...

positif hadapi hari mendatang....makin berumur,..makin bergetah..lawa lg tuu

Ruse Sulaiman berkata...

Bila tgk anak dan fikir umur akan terasa mcm tu. Tgk gambar ok je. X nampak mcm anak2 dah besar dan 3 org. Slim je lg ;)

Unknown berkata...

bestnya ada anak :)
tak sabo mau kawen!

ERYZA berkata...

@LELAKI INItak sabo mau kawen....hahaha, cepat2 kumpul duit kawen

ERYZA berkata...

Apa yg penting happy. Happy sebab anak2 dah semakin membesar dan sihat2 selalu:)

Kakzakie Purvit berkata...

Alahmdulillah kalau boleh 6 tahun insya-allah boleh 60 tahun lagi. Kakak dah 17 tahun semakin matang dalam membina kehidupan.

Kalau Ieza kata dah tua kakak lagilah dah ganyutlah sebab dah punya anak remaja.

Apa yg penting penerapan nilai kehidupan yg terbaik cuba kita lakukan dlm keluarga..

IntaNBerliaN berkata...

a'aa kan.. ank2 membesar mmg sekejap je rasa kan..

ERYZA berkata...

@Kakzakiebetul tu..., semakin bertambah tahun, semakin muda lg kak...hehehe jgn mare

msredcheesecake berkata...

masa mmg terasa cepat je berlalu, tanda akhir zaman....