Ini adalah pipi Irham Haziq, cuba teka apa yang jadi pada pipi dia yang comei ni. Maaf kualiti gambar kurang jelas.
Cepat...cepat...siapa boleh jawab, tapi yang ni takde hadiah tau! Hehehehee.. La...janganlah tanya saya kenapa, sebab saya pun tak tau jawapannya. Okeylah, begini ceritanya. Kisah ini terjadi ketika Irham Haziq berumur 9 bulan pada bulan September 2011. Pada suatu pagi yang indah dan tenang, tanpa hiruk pikuk bunyi kenderaan, seperti biasa saya menghantar Irham Haziq ke taska. Sebelum ke taska saya siapkan dia dulu, tukar pampers sumer bagailah. Peluk cium dia dulu...pastu baru diletakkan di taska.
Kemudian, lebih kurang jam 6.30 petang baru saya amik. Masa saya amik tu, saya terkejut la kenapa ngan muka Irham Haziq ni kan. Habis satu muka dia, bawah mata. hujung mata, pipi, leher calar balar. Kalo siapa yang tengok mesti akan tegur Haziq ni kena demam campak ke. Saya tanya la kat penjaga tu. Nak tahu apa dia jawab. Dia cakap " Entahlah kak, saya tak tahu, tak perasan la pulak kenapa, mungkin jadi kat umah kot, kat sini okey jer". Saya ni pun bukan jenis yang nak marah melulu aje, tapi di dalam hati memang geram sangat2. Saya amat-amat pasti kejadian ini berlaku di taska, sebab takkanlah masa saya tukar pampers dia, peluk cium dia saya tak perasan kan. Ini sekali pandang memang dah jelas-jelas kelihatan kecederaan kat muka Haziq tu. Saya pun balik lah ke rumah dengan rasa yang amat geram sekali, ibu mana yang tak geram kan. Lain la kalo dia cakap kat saya "Kak, saya mintak maaf sebab saya tak perasan bila benda ni berlaku, ramai budak-budak kat sini". Mungkin sejuklah hati sikit mendengarnya, ini tak dia salahkan kita pulak. Ish..ish..ish... Geram!!! (maap, makcik ni sungguh beremosi kalo bercerita :-)).
Balik ke umah saya ceritalah ngan my dear dan confirm kan betul-betul yang memang perkara tu terjadi di taska. Sebab saya takut kalo muka dia tercalar sebab terkena gelang saya masa tidur, tapi sampai hari ni Irham Haziq tidur atas tangan saya, okey je. My dear pun geram jugak anak dia jadi gitu, dia pun call owner taska tu. Owner tu cakap begini pulak yer "Itulah pasal, memang dah ada orang konplen pasal penjaga ni. Takpe, nanti saya ambil tindakan la. Tapi mungkin sebab kuku Irham ni panjang, dia cakar muka dia sendiri". Memang ler panjang, tapi pagi sebelum hantar tu saya sempat la potong kuku Haziq ni. Okeylah, saya admit la kalo kuku dia betul2 panjang, tapi dia tak akan cakar muka dia seteruk itu. Siapa yang tengok pun tak tahu nak cakap kenapa ngan muka Irham Haziq ni....jadi apa pulak kata korang. Saja nak tau, benda pun dah lama berlaku, takde apa yang nak dibuktikan lagi. Tapi buat pengetahuan korang, saya masih hantar Irham Haziq di taska yang sama. Masa kejadian tu berlaku, memang ler geram, rasa nak hantar ke taska lain aje, tapi saya tak tau taska mana yang boleh memuaskan hati saya. Takut tempat lain begitu jugak, takkan nak tukar taska lain lagi. Sebab saya ada satu lagi cerita pasal taska lain masa Irfan dan Iman plak. Lagipun, lepas kes tu, sumer penjaga taska kat situ berhenti kerja, penjaga yang baru ni lak nampaknya cam sayang aje kat Irham Haziq si comei tu. Tapi susah lah nak cakap, sebab sampai sekarang muka Haziq memang selalu ada kesan calar tapi tak la seteruk yang hari tu, setakat satu dua okeylah kot. Saya pun tak mau cerewet sangat sebab kita pun kena faham kat taska tu ramai budak. Asalkan tak membawa kesan yang buruk sampai ditimpa sakit sudahlah. Sebab kalo saya fikir sangat, saya akan terfikir untuk berhenti kerja aje. Begitulah ceritanya.
19 comments:
comel pipi montel tuuuu haha.btw follow tauu :P
Alahai, ciannya dak Irham.. Tu la, kadang2 taska ni bukan boleh percaya sangat.. Budak2 ramai, klu jenis penjaga yang cepat baran tu abislah budak2 dikerjakan.. Tapi klu yang betul2 suka & sayangkan budak2 InsyaAllah takde masalah.. =)
Siannya kat dia. Ala tomey2... Keep in touch dear^_^
time ank kecik kalau ada problem mmg rasa nk berhenti je keja..hihi
***ala ciannya baby tomei dh calar2 mesti ada budak tecik yg suka usik baby tomei ni...hihi
alahaiii.. siannya... teruk jugak tu...
patutnya sembur je penjaga tu
ala sian lah pulak kat si tomei tu !
alah ciannye. berdoa lah selalu agar anak anak kita sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Semoga lepas ni tak berlaku lagi kejadian macam tu.
kesiannya dia...
tak kan la dia nak cakar muka sendiri kan.Kat umah masih elok lagi..
bahaya jugak kadang2 kalau hantar taska macam ni kan
itulh kn bila pk pasal ank2 ni.. Rasa cm nk berhnti kerja.. Tk puas hti nk tgglkn ank2 kt taska...
Tgh susah hati mana nk ltk sikecil tu nnti...
Ieza, kalo saya ade anak, saya pun risau kan keselamatan dia di bwh penjagaan taska, sebab saya de dengar mcm2 kes, kes digeget oleh budak2 lain la... sebab terlalu comel sgt kan anak kite tu, hehehe.. ape la yg mampu kite lakukan lagi Ieza, berdoa je la, moga anak kita sihat dan dlindungi Allah swt...
oooo...tidakk...geram gak baca entry ni,..sesuka hati hbs calar balar ank kita...cian dia..
la boleh bikin hangin camni....
harap2 cepatlah hilang kesan2 tu
sian dia... sy yg baca ni pun geram je kt pengasuh tu...
Alahai, tengok pun rasa sakit...
Banyak pulak tu..
lorr ciannya haziq..
kena gigit semut tak? aduii kalau saya ni mmg dah bebel habis-habisan dah ni.. geram je dgn jawapan yg pengasuh tu bgkan...
ni yg tak suka ni kan..bile hal yg jadi tapi sampai sudah kita tak atu ape sbbnya..
Kesian. Susah juga bila ramai2. Tu yg takut nk tinggalkan iman lg.
Catat Ulasan