Isnin, Jun 25, 2012

Irham Haziq dan kucingnya......





 
Ini dia si kecil Irham Haziq yang berumur 1 tahun 6 bulan.
Alamak! Nasib baik dok taip umur Irham Haziq ni berapa tahun... saya dah lupa nak bawa dia untuk suntikan 1 tahun setengah la. Nak kena pegi klinik la malam nie. Okey, berbalik kepada tajuk kat atas ni, Irham Haziq dan kucingnya. Kucing? Rumah saya takde bela kucing, mana plak datang kucing ni?
 
 



Ha... kucing yang dimaksudkan adalah Talking Tom Cat... atau pun 'kucing Tom bercakap'... tak gitu?! Ala.... kucing yang ada kat application Iphone / Android tu ler...Tom Cat ni boleh mengajuk cakap korang.. korang menyanyi ke.. korang bersajak ke... apa saje la..
 
 



 
 Kalau tanya Irham Haziq kat mana kucing, pasti mata dia akan dok melirik pada handphone ibu atau ayahnya. Pasal kucing ni jugak dia selalu bergaduh ngan abang Ngah dia, Iman Najmi, mana taknya abang Ngah dia pun minat gak ngan kucing nie, jadi selalu ada aksi tarik menarik, cakar mencakar, gigit mengigit dan diakhiri ngan tangisan kepada siapa yang kalah. Pening kepala makcik kalo perkara ini terjadi.  Tapi ada jugak kelebihan kucing ni, sekarang ni kalau Irham Haziq ni bad mood ke, menangis, tunjukkan aje kucing ni pasti dia senyap. Senang kerja, hehehehe.... Kesian la kat kucing tu diketuk-ketuk, kadang dia cuba gak bercakap ngan kucing tu. Hai....hai...kata Irham Haziq, bijak...bijak... Tapi, kalo dia jumpa kucing yang sebenarnya, mula menjerit-jerit takut. Ish...ish...ish... Irham Haziq ni... 

Photobucket


 

11 comments:

eita berkata...

ingat kucing betol lh tdi..
betol2 kucing ni leh ajuk orang..
hr tu tengok ank sedarA..
memg bergolek hbis dengar dia ajuk

eita berkata...

ingat kucing betol lh tdi..
betol2 kucing ni leh ajuk orang..
hr tu tengok ank sedarA..
memg bergolek hbis dengar dia ajuk

IntaNBerliaN berkata...

hihii kalu alisha lak dkt hp sk tgk video baby,.. :-)

Cik Kay Jue berkata...

hehehe... best kucing ni...

dya nasir berkata...

kucing tom tu ke..haha.ingtkn kucing btl..haha

Liza Razak berkata...

saya pon suka main apps kucing ni..best !!

Unknown berkata...

kalau mia, dia suka main games tembak2 kat hp..

are_lin@yu berkata...

alahai comelnya haziq,geram acik ayu tengok.hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

hehehe talking tom cat qalief pun suka..pandai nau kucing tu ajuk kita ckp...kdg2 nk tegelak sgt2 haha

msredcheesecake berkata...

memula install dulu, anak sy suka main... setiap kali pas si tom tu ajok cakap kita, diorg ketawa kekekkekek... hhaa

Ruse Sulaiman berkata...

Iman pun suka kucing. Mcm best je application ni.