Selasa, Mei 01, 2012

Petua Orang Lama....


Petua-petua orang lama ni kebanyakkannya masih lagi diamalkan di dalam masyarakat yang serba moden dan canggih nie. Di sini saya ada kongsikan beberapa koleksi petua yang saya ambil dari beberapa majalah lama. Antara petua-petua tersebut ialah:-

1. Menyembuhkan Penyakit Kencing Manis
Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari dan basuhkan sehingga bersih. Masukkan akar pokok manggis itu ke dalam bekas yang telah diisi dengan sebotol air mineral dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu tiga kali sehari. Amalkan selalu. Insya-Allah, ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis.

2. Elakkan Anak Kecil Kencing Malam
Anak kecil yang kencing malam sudah pasti meresahkan dan merisaukan ibu bapa. Si ibu pasti letih untuk menjemur tilam dan cadar setiap hari kan. Sekiranya pelbagai usaha telah dilakukan tetapi tidak berhasil, apa kata cuba petua ini pula. Caranya, berikan anak kecil anda satu sudu madu lebah yang dicampurkan dengan sedikit air lemon. Amalkan pada sebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Insya-Allah, masalah kencing malam anak kecil anda dapat dikurangkan. Juga, tiada rasa letih untuk menjemur tilam dan cadar lagi. Hehehee....

3. Mengatasi Urat-urat Timbul di Kaki
Cara mengatasinya dengan menggunakan kacang hijau. Ambil segenggam kacang hijau lalu direbuskan tanpa gula. Jangan rebus terlalu lama sehingga kacang hijau itu hancur. Makan kacang hijau yang telah direbus itu dua kali sehari pada sebelah pagi dan malam. Selain itu, setiap kali hendak tidur, angkat kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding selama 10 minit.

4. Hilangkan Jerawat dengan Jambu Batu
Jerawat sering menimbulkan kegelisahan sesiapa sahaja. Bagi menghilangkan jerawat tersebut , gilingkan beberapa helai daun pucuk jambu batu sehingga halus. Kemudian sapukan pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat. Bagi menjadikannya lebih mujarab, campurkan bersama bedak sejuk dan pakai pada setiap malam sebelum tidur.

5. Asam Gelugur Ubat Sakit Tekak
Petua yang ini pasti ramai yang sudah tahu. Bagi menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan bakar sehingga hangus. Kemudian tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Selepas itu sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya-Allah sakit tekak anda akan beransur pulih.

P/S : Ini cuma sekadar petua sahaja. Tidak kisahlah kalau ada sesiapa yang ingin memanfaatkan petua ni. Semoga Berjaya!!

Okeylah, cukuplah 5 petua sahaja pada kali ini, lain kali sambung lagi. Mata saya pun dah terasa berat aje, maklumlah jarum jam pun dah nak menghampiri 1 pagi.  Nasib baik esok cuti.

Selamat Pagi…… Oh ye, Selamat Hari Pekerja juga, kan 1 Mei hari ni.

0 comments: