Gigiku, maafkanku…..Ku tahu semua ini salahku kerana selama ini ku tidak menjagamu dengan baik. Tapi, itu bukan alasanmu untuk selalu menyakitiku. Tahu tak betapa sakitnya diriku apabila kau mula membuat ragam. Kadangkala ku rasa sakitnya bagaikan sakit ingin bersalin iaitu di saat berada di dalam ruangan bilik “Labour Room”. Memang sakit waktu itu, tapi terpaksa ku tahan juga wahai gigiku.
Gigiku, maafkanku …Aku berjanji kepadamu bahawa aku tidak akan mengabaikan tanggungjawabku untuk menjagamu. Akan sentiasa ku berusmu dengan sebersih-bersihnya sehingga bersinar dan berkilau seperti batu permata. Bukan ke semalam aku telah membeli Colgate Sensitive Pro Relief, yang memang leh tahan harganya itu, jadi memang pro lah kan hasilnya. Bukannya selama ini ku tidak memberusmu dan menjagamu, tapi kadangkala terlalu banyak makan manis yang ku makan dan mungkin aku tidak memberusmu dengan sebetulnya. Jadi, ia telah menjejaskan kesihatanmu.
Gigiku, maafkanku …. dek kerana tak tahan menanggung sakit, aku telah pun mengambil MC pada hari Selasa itu dan membawamu berjumpa doktor di Puncak Jalil. Doktor itu telah mengesyorkan supaya kau dicabut. Tapi, bukan sekarang, tunggu bengkak surut dulu katanya. Mungkin dalam 3 hari atau minggu depan saja. Jadi, adakah kerana itu kau merajuk denganku? Bukan sengaja untukku melukaimu, tapi ini semua kerana nasihat doktor itu. Kata doktor itu, rupa bentuk mu itu sudah tidak sempurna seperti dulu lagi, banyak lubang sana, lubang sini katanya. Kalau kau nak cari siapa yang salah, salahkan aje doktor itu. Habis wang simpananku sebanyak RM40 untuk membayar doktor itu.
Gigiku, maafkanku ……tapi yang menjadi permasalahannya sekarang ialah ku ingin pergi bercuti pada Sabtu ini. Ku dalam dilema sekarang samaada untuk membawamu atau membiarkan sahaja doktor itu membuangmu pada hari Jumaat ini. Ku takut selepas kau dicabut, ku kan terasa lebih sakit kerana setahuku selepas gigi dicabut takleh la aktif sangat sebab takut bentan kata orang. Aku tak pernah ada pengalaman ini, jadi ku sedikit risau. Tambahan pulak Cik Abangku yang baru aje mencabut gigi telah pun demam selama seminggu. Hahahaha…. padan muka.
Gigiku, maafkanku ……Tapi aku mengambil keputusan untuk membiarkanmu sekiranya kau menunjukkan prestasi yang. baik dan tak meragam lagi. Jadi, janganlah kau biarkan kuman-kuman itu berpesta dan bermaharajalela di kawasanmu sekiranya kau ingin menghirup udara sejuk dan segar di Cameron Highlands. Aku tak mahu mood percutianku terjejas disebabkan itu. Jadi, kau bersabarlah sehingga minggu hadapan Kalau tidak, aku terpaksa membuat perhitungan denganmu Jumaat ini..Sekian sahaja nukilanku untukmu wahai gigiku. Ini kerana di saat nukilan ini ku tulis kau tak henti-henti berdenyut-denyut. Aduh!!!! Sakitnya gigiku.
0 comments:
Catat Ulasan