Adakah anda tergolong dalam golongan 3G- gebu, gempal atau gemuk? Suka berfesyen, tapi saiz menjadi halangan? Jangan risau, (bunyi cam iklan kuruskan badan lak) Ieza ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk korang semua. Cuba anda selusuri tips-tips yang ada kat bawah nie:-
- Jangan sesekali mengenakan seluar berpotongan besar atau corak berjalur lebar. Maaf yer, tapi anda hanya akan kelihatan lebih besar dan pendek sekiranya anda memakai pakaian sebegitu.
- Dalam memilih kasut, elakkan sandal yang menutupi bahagian depan kaki atau kasut yang bertutup bulat di hujungnya kerana ia akan membuatkan anda lebih rendah. Pilihlah sepatu yang berkualiti dan benar-benar dapat menampung berat badan kerana yang penting adalah keselesaan dan keyakinan semasa berjalan.
- Si 3G nie memang terkenal dengan sifat ceria dan ramah tamah. Jadi usah saratkan diri dengan motif baju yang berbunga-bunga atau bercorak geometri yang berserabut. Anda boleh memakai pakaian yang berjalur menegak tetapi jangan jalur melintang pulak yer, nanti lagi nampak kembang.
- Pastikan anda bersahabat baik dengan rona-rona gelap seperti hitam, coklat, biru tua, merah hati atau apa-apa ajelah yang gelap.
- Kesederhanaan akan lebih memikat. Fizikal anda akan membuat mana-mana mata tertancap. Justeru usah menggayakan akseseori yang sarat-sarat.
Tunjukkan kepada semua yang orang berbadan 3G ni mampu untuk mempunyai penampilan yang menarik setanding dengan orang yang takde 3G nie....heheheee. Yang penting anda tak melanggar pantang larang yang diberikan kat atas nie yer. Apapun anda memang comel.....
0 comments:
Catat Ulasan