Semua orang, khususnya mestilah wanita kan... pasti kurang senang jikalau kulit muka mereka berminyak. Mana taknya, kalo dah berminyak, mestilah ada jerawat nak menempek kat muka kan. Kalo dah ada jerawat, pastilah segan nak keluar rumah. Nak pergi beli aiskrim kat pakcik motor lalu depan umah pun malu....huhuhuu. Tapi, jangan risau, sebab Ieza ada satu petua yang harap-harapnya leh ler membantu anda sekalian. Ini petuanya....jeng!jeng!jeng!. Caranya ambil kunyit basah yang telah dibersihkan, tumbuk biar halussss. Campurkan dengan sesudu madu lebah dan air perahan sebiji limau nipis. Gaulkan bahan-bahan tersebut. Kemudian, makan sehingga menjilat jari sapukan pada muka yang telah dibersihkan dahulu. Lebih kurang macam pakai masker la nie. Biarkan selama 15 minit. Setelah kering, cuci dengan air suam. Ulanglah beberapa kali sehingga masalah anda hilang. Kalo tak hilang, janganlah marah. Ini sekadar petua sahaja.
1 comments:
sggah bls jejak sambil follow :-)
Catat Ulasan