Sabtu, Jun 02, 2012

Tempat tido baru.....

Petang Jumaat minggu lepas, my dear tanya dinner nak makan apa. Kami kata nak makan  KFC. So, jam 8 malam tu kami sekeluarga pun gi ler Giant Bandar Kinrara. Tapi, saya dok dalam keta jer ngan anak-anak. 20minit berlalu, my dear kembali ke kereta dengan plastik KFC di tangan. Selepas masuk kereta, my dear beritahu dia baru lepas gi tengok bedroom set promotion kat dalam Giant. So, dia ajak kami gi tengok sekejap. Okey, gi la tengok kejap mana tau kot betul murah. Pastu, belek punya belek berkenan plak ngan satu katil dan tilam Sweetdream 12' yang berharga RM 2,300 tapi diskaun jadi ler RM2,100.  Sebab terpedaya ngan kata-kata salesman Bangla tu kami pun bayar le booking RM 100, konon tanda jadi ler tu, sebab diskaun tu untuk malam tu aje katanya. Esok, kami janji nak datang pilih color sebab malam tu tak sempat sebab my dear dah lewat nak gi kerja.

Keesokan harinya, jam 10 pagi kami keluar untuk pergi ke kenduri kawin my uncle. Sebelum tu, singgah ler sebentar kat sebuah kedai perabot, konon nak checking harga. Baru padan dengan muka, kami dapat harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari yang malam tadi. Harga katil  dan tilam 12' yang lebih kurang aje lah patternnya baru berharga RM 1600. Lepas tu kami boleh buat tambahan untuk membeli katil double decker untuk Irfan dan Iman yang berharga RM 400 dan tilam single yang berharga RM100 dan yang penting takde kos pengangkutan. Kali nie pun kami bayar booking RM 100 jugak, dah rugi RM 100. Baik duit tu buat beli kasut baru saya lagi bagus kan. Lain kali kalo nak beli sesuatu benda tu buat ler survey dulu, ini tidak main sambar je. Rancang dulu sebelum membeli, jangan macam my dear, cadangan asal cuma gi beli KFC jer, tapi dah jadi lain plak. Apapun, terima kasih buat my dear sebab beli katil dan tilam baru walaupun tak mintak yer...

Inilah rupanya katil dan tilam baru saya yang baru sampai semalam. Memang lena tido ni.....



Katil double decker Irfan  & Iman. Dah dapat katil baru, jangan pulak nak ketuk pintu bilik ibu yer...

6 comments:

FITRAH JAMIL berkata...

hehe dah kene da.. slalu gak kne mcm tu, men beli je.. nk beli kne survey dlu la lps ni

Aine Ainun berkata...

thanks follow saya..=))

salam kenal...

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

wah tido katil baru larh yer...best3 hihihi

Unknown berkata...

hai salam kenal...
wah dapat tilam baru..mesti lena tuu

Aziela berkata...

akak dengan hubby pula suka jalan2 survey2 dulu...

Tq singgah blog My Rainbow yer. Follow kembali.

Err, kalau buang word verification kat komen nie, boleh x?

IntaNBerliaN berkata...

wah.. makin lena la tido.. tilam baru lg :-)