Isnin, Jun 25, 2012

Irham Haziq dan kucingnya......





 
Ini dia si kecil Irham Haziq yang berumur 1 tahun 6 bulan.
Alamak! Nasib baik dok taip umur Irham Haziq ni berapa tahun... saya dah lupa nak bawa dia untuk suntikan 1 tahun setengah la. Nak kena pegi klinik la malam nie. Okey, berbalik kepada tajuk kat atas ni, Irham Haziq dan kucingnya. Kucing? Rumah saya takde bela kucing, mana plak datang kucing ni?
 
 



Ha... kucing yang dimaksudkan adalah Talking Tom Cat... atau pun 'kucing Tom bercakap'... tak gitu?! Ala.... kucing yang ada kat application Iphone / Android tu ler...Tom Cat ni boleh mengajuk cakap korang.. korang menyanyi ke.. korang bersajak ke... apa saje la..
 
 



 
 Kalau tanya Irham Haziq kat mana kucing, pasti mata dia akan dok melirik pada handphone ibu atau ayahnya. Pasal kucing ni jugak dia selalu bergaduh ngan abang Ngah dia, Iman Najmi, mana taknya abang Ngah dia pun minat gak ngan kucing nie, jadi selalu ada aksi tarik menarik, cakar mencakar, gigit mengigit dan diakhiri ngan tangisan kepada siapa yang kalah. Pening kepala makcik kalo perkara ini terjadi.  Tapi ada jugak kelebihan kucing ni, sekarang ni kalau Irham Haziq ni bad mood ke, menangis, tunjukkan aje kucing ni pasti dia senyap. Senang kerja, hehehehe.... Kesian la kat kucing tu diketuk-ketuk, kadang dia cuba gak bercakap ngan kucing tu. Hai....hai...kata Irham Haziq, bijak...bijak... Tapi, kalo dia jumpa kucing yang sebenarnya, mula menjerit-jerit takut. Ish...ish...ish... Irham Haziq ni... 

Photobucket


 

Ahad, Jun 24, 2012

Amalan menziarahi orang sakit...



Sesungguhnya amalan menziarahi orang sakit itu banyak hikmah dan fadilatnya kerana ia dapat mengukuhkan tali persaudaraan sesama islam,melahirkan rasa kasih sayang dan sifat belas kasihan, mendatangkan keinsafan dan dorongan untuk bertaubat. Apapun, galakan menziarahi orang sakit  bukan hanya terbatas hanya kepada keluarga sahaja, malahan kepada jiran tetangga, sahabat handai dan lain-lain. Orang sakit yang diziarahi pasti akan terasa lebih dihargai dan disayangi dan ini mungkin dapat meredakan kesakitan yang dialami.



Jumaat, Jun 22, 2012

SEGMEN HUJUNG MINGGU: AKU FOLLOW KAU FOLLOW




Apa kata di hari Jumaat yang mulia nie kita join satu segmen dari blog Mydreamzworlds.blogspot.com. Tajuk segmen nie "Aku Follow Kau Follow" tapi tiada paksaan tau! Sukaati koranglah asalkan ikhlas nak jadi follower. Cepat-cepatlah kalo nak join, sebab ini Segmen Hujung Minggu, jadi hari nie mula dan Ahad tamat ler.

Khamis, Jun 21, 2012

Segmen : Tambah Follower Blog

                                              Jom klik sini kalo nak join

Nampak tak banner kat atas ni? Ha... kali nie, saya nak join segmen Cik Purple Tambah Follower Blog la pulak. Saya kena la join segmen nie, al-maklum la follower blog saya nie ciputtt jer. Tu la pasal sapa suruh tak ikut tips Cik Purple - TIPS PENTING! : kalau betul betul nak tambah follower, korang kena rajin blogwalking! jangan tunggu orang datang blog korang baru nak balas balik.. hehehe... Begitulah kata Cik Purple. Apalagi jom la kita join ramai-ramai supaya follower blog kita mudah-mudahan bertambah. Sebelum tu kenalah follow blog Cik Purple dulu yer... saya dah lama follow. Sebelum terlupa TARIKH TUTUP: 24 Jun 2012 Pukul 6 Petang, jadi cepatlah yer.






Selasa, Jun 19, 2012

Perbualan ayah, Iman & Irfan

Pada hari Sabtu yang lepas, kami keluar awal pagi jam 2 petang baru balik. Kemudian, jam 8 malam kami keluar semula untuk ke pasar malam. Di dalam kereta Iman memulakan perbualan dengan ayahnya.

Iman : Ayah, kenapa ayah pakai baju yang sama? Orang lain sumer dah tukar baju.
Ayah : Saja (malas nak layan la tu)
Iman : Kenapa? Ayah takde baju lain eh...
Ayah : A' ah takde baju.
Iman : Dah tu baju ayah yang banyak kat umah tu?
Ayah : !#!#!???
Kemudian, disampuk oleh Irfan
Irfan  : Ayah takde duit nak beli baju eh......
Ayah : Ye.... takde duit.
Irfan : Duit ayah pegi mana?
Ayah : Ayah beli apa yang korang dua nak la.
Irfan : Kalo camtu mintak la duit ngan ibu sikit....
          Ibu asyik-asyik beli baju, kasut, hand bag ibu je kan.
Ayah : Iman & Irfan tolong la mintak kan.

Bab yang ini ibu tak berapa suka nak dengar....hehehehe. Itulah dia anak-anak saya, banyak sangat pertanyaannya yang nak dijawab dan tak kira masa. Kadang sampai pening kepala dan letih nak menjawab, tapi lucu pun ada.  Itu yang seronoknya.