Selasa, Jun 19, 2012

Berapa Banyak Susu yang Diperlukan Anak Anda?



Untuk tempoh tahun pertama kelahiran, seelok-eloknya anak anda diberikan dengan khasiat susu ibu. Susu formula selalunya memerlukan panduan sukatan yang perlu diberi kepada bayi. Tetapi, jika susu ibu, anda tidak perlu menyukat berapa banyak yang perlu diberi, cukup dengan bayi anda menghasilkan air kencing dan najis yang kerap. Dengan ini, keperluan susu bayi sudah mencukupi. Sebaik sahaja bayi anda sudah cukup dan makan makanan pejal yang pertama, maka bayi anda hanya memerlukan susu ibu kira-kira 500-600 ml sahaja sehari sehinggalah usianya mencecah satu tahun.
Sumber : Majalah mami & baby 

Ahad, Jun 17, 2012

Ambil kad pengenalan la plak....

Kalau dua minggu lepas ada entri pasal ganti kad pengenalan baru, hari ni plak mesti ler pasal nak gi amik kad pengenalan yang dah siap. Semalam Sabtu, awal pagi dah keluar dari umah, gi JPN Putrajaya amik kad pengenalan pastu nak  gi Dataran Merdeka sebab my dear ada hal kat sana. Kad pengenalan tu dah lama siap....tapi takde masa nak gi amik. Tapi Sabtu minggu lepas pergi jugak ke sana, malangnya JPN Putrajaya tu tutup untuk penyelenggaraan. Balik ler kami dengan kehampaan, nasib baik minggu ni buka....kalo tidak.......kalo tidak, apa?Heheheee.....
Buat pengetahuan korang, JPN Putrajaya ni buka pada setiap Sabtu & Ahad, tapi untuk setiap minggu pertama tak pasti ler plak. Begini ler suasana kat dalam JPN tu, sini kaunter pengambilan, jadi mungkin tak ramai sangat. Saya suruh my dear snap picture banyak-banyak, tapi bila dah sampai umah, saya tengok cuma dua ni jer yang ada..... takleh nak kata apa ler.



Tapi kalo di kaunter buat @ ganti kad pengenalan, leh tahan jugak ramainya. Kali ni, saya cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit aje, tak macam hari tu 4 jam. Selesai sudah entri ini.

Sabtu, Jun 16, 2012

Makan nasi goreng jer...


Makan malam hari nie, nasi goreng ibu mertuaku. Nama jer nasi goreng ibu mertuaku, tapi saya yang masak tau. Nak tau kenapa saya namakan nasi goreng ibu mertuaku, sebabnya my dear kalo nak suruh masak nasi goreng, dia mesti pesan nak yang macam mak dia masak. Kalau guna resepi lain, alamatnya slow ler dia makan.

Ini dia nasi goreng yang cukup untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.

                                                         

Memang ler nampak cam biasa jer, tapi rasanya sungguh menyelerakan. Sedap!!!!! Hehehe..... siapa lagi nak puji kalo bukan diri sendiri.

Ini dia Irfan dan Iman dengan nasi diorang.... setiap sorang satu pinggan. Ni aksi ketika makan, sambil menonton citer 'Metro Skuad' TV2 melalui Galaxy Tab, sebab ayahnya sedang menonton bola di Tv. Hari ni kan team Pahang lwn ATM.... siapa pun takleh kacau.



Setengah jam kemudian, begini la plak jadinya, bersepah. Tak tau ler banyak yang masuk mulut atau ke lantai.


Masa ni si comei Irham Haziq tengah tido, kalo tidak jangan haraplah abang-abangnya dapat makan dengan aman.

Khamis, Jun 14, 2012

Irfan di PAPN Subang Jaya

Hari ni saya nak buat satu entri mengenai anak sulung saya Ahmad Irfan Hakimi ketika dia berada di Pusat Permata Subang Jaya, walaupun entri ni dah dikira basi, sebab tahun lepas punya cerita, korang mesti baca jugak tau! (kalo orang tak nak baca jangan dipaksalah). Bukan takde idea nak buat entri, tapi saja nak abadikan cerita dia di Pusat Permata tu dalam blog sebagai kenangan. Waktu Irfan di Pusat Permata dulu, ibu dia nie masih malas dan belum cerdik berblog lagi...heheheh.

Saya pun tak mau citer panjang-panjang sebab saya pun dah pernah buat entri pasal Pusat Permata di SINI dan pengalaman menghantar anak di Pusat Permata di SINI. Sebenarnya, saya cuma nak kongsikan gambar ketika di berada di Pusat Permata tu aje. Gambar-gambar ni saya dapat dari blog PAPN Subang Jaya. Jom tengok........



          
                                                   Cuci tempat tido (tak tau la benda tu panggil apa).  
Aktiviti membuat pizza. Masa tu parents kena bekalkan roti boom...
 
 
Pizza dah siap, jadi apa lagi ngap ler

Membantu cikgu mengacau coklat


Rabu, Jun 13, 2012

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger


Sudah beberapa hari tak join segmen dan entri baru pun tak berapa nak ada....bukannya apa, malas. Itulah dia kalau dibiarkan kemalasan menguasai diri...nak taip satu entri pun malas. Ishh..ish..ishh..kes teruk nie..
Tapi saat terpandang satu segmen dari blog Hasrulhassan.com tiba-tiba kemalasan tu hilang. Hati ini meronta-ronta untuk join dan jari jemari ni menari laju jer di keyboard.
Okeylah, mudah jer kalo nak join segmen ni.....
  • Berikan nama blog anda, link blog anda, bila mula berblogging, kenapa berblogging dan seterusnya siapa idola dan ikutan anda dalam dunia blog.
  • Siap je, terus berikan url entri anda itu di ruangan komen.
  • Andai sudi, jadilah follower blog ini.
  • Anda perlu berbuat demikian sebelum jam 5 petang, 13 Jun 2012.

Nama Blog : Senyum sikit...Mrs Ieza
Bila Mula Berblogging :- Blog dah lama ada, tapi tak pernah update, baru serius berblogging dalam bulan April 2012
Kenapa Berblogging : Blogging nie sebab utamanya nak menambah kawan sambil menghilangkan kebosanan di ofis.
Siapa Idola : Idola saya mestilah ramai, saya nak jadi macam blogger yang itu, yang ini.... tapi kalo nak satu rasanya BEN ASHAARI lah, sapa tak nak jadi cam dia kan glamer dan berjaya sampai masuk program Nona, tapi Hasrul Hasan pun tak kurang keglamerannye jugak (nak bodek ler tu...), tapi memang betui kan....

Jadi, apa kata kita pakat ramai-ramai untuk join segmen nie sebelum terlewat.........