Selasa, Jun 12, 2012

Inilah Hero-heroku......

Pening kepala kadangkala memikirkan kerenah dan keletah anak-anak nie. Tambahan pulak saya ada 3 orang anak-anak yang kesemuanya hero. Faham-faham ajelah kalo dah hero, hari-hari mesti nak main lompat sana lompat sini, main lawan-lawan, tembak-tembak dan macam-macam lagilah. Kalo ada tetamu nak main terjah jer umah saya, alamak malunya.... sebab umah i dah macam tongkang pecah jer. Ala.... baru ada 3 orang anak dah tak boleh nak handle ke? Camner nak tambah lagi nie.....heheheeee.

Ini yang sulung Ahmad Irfan Hakimi berumur 5 tahun, mudah sangat merajuk. Mungkin awal sangat dapat adik, jadi dia nie sensitif sikit bukan sikit, banyak ragamnya . Pandai berdikari. Boleh ler harap kalo nak suruh kemas umah, jaga adik.




Ini pulak yang kedua Ahmad Iman Najmi, umur 4 tahun suka menyakat adik dan abangnya. Dia ni 'nakal' sikit tapi kelakar dan pandai amik hati. Kalo tengah marah dengan dia pun tak jadi nak marah sebab dia akan buat muka blurr.



dan yang ketiga pastilah Ahmad Irham Haziq si comel-comel tu yang baru berumur satu tahun setengah. Tapi jangan sangka Irham Haziq ni tak pandai beraksi seperti abang-abangnya. Main tembak-tembak boleh. terjun katil dia boleh, panjat atas meja makan boleh, buli abang-abang dia pun boleh jugak... selalu gak buat abang-abang dia nangis.




Masa letih tu, memang ler rasa nak marah aje kat budak-budak nie, tapi kalo diorang takde kat umah terasa sunyi la plak, sebab kadang-kadang atuk dan nenek diorang amik yang dua orang besar tu. Selalunya, mesti nak suruh diaorang balik cepat. Sebab tu orang kata anak-anak ni penawar duka lara kita dan ia adalah anugerah Allah yang paling bernilai. 










Jumaat, Jun 08, 2012

Ganti Kad Pengenalan Baru....aduhai!

Pada Jumaat yang lepas, saya telah ambil cuti. Sebabnya, saya nak gi tukar kad pengenalan saya yang memang dah sangat-sangat uzur. Kad tu dah jadi lembik dan cip pun dah hampir tanggal.  Camner leh jadi teruk sebegitu...... tak pandai jaga nie. Saya mengambil keputusan untuk berurusan di JPN Putrajaya saja. Bukannya sebab dekat ngan umah, tapi saja mengada-ngada nak gi tempat besar, cepat la sikit kot. Dulu, pengalaman saya sewaktu tukar kad pengenalan di usia 18 tahun, satu hari saya kena menunggu giliran untuk dipanggil. Dah la kena berdiri di luar, sebab kat dalam dah penuh. Jadi, tak nak pengalaman itu berulang kembali... tak rela....:)

Konon, nak pergi awal pagi, tapi dek kerana bersiap pun dah berjam-jam, akhirnya sampai di JPN Putrajaya dah jam 12 tengahari. Sempat ke ni.....maklumla hari ni kan Jumaat, orang nak gi sembahyang Jumaat. Tapi, takpe, gi juga amik nombor giliran .....

Ha...amik ko! Nombor giliran sekarang 032+ dan nombor giliran yang saya dapat 0566. Alamak! camner ni, takkan nak patah balik kot. Kalo balik, bila plak nak buat. Takpela, tunggu jugak ler giliran untuk dipanggil. Nasib baik hari tu, saya cuma bawa anak yang kecik, yang lagi dua orang tu sibuk nak ikut nenek diorang malam sebelum tu, jadi senang ler sikit. Senang tak senang pun leceh jugak ler, nak menyusu, nak tido lagi (nasib jugak ler ada bilik untuk menyusu). Sambil menunggu tu, sempat jugak ler gi makan-makan kat kafe bawah tu. Dah puas makan, lepak-lepak, naik atas balik. Nombor giliran tu baru je naik nombor 038+. Maklumlah, staff dia gi sembahyang Jumaat, pastu tukar giliran gi makan. Salah sendiri ler, siapa suruh gi lewat, hari Jumaat plak tu.

Tunggu punya tunggu punya tunggu....akhirnya giliran saya pun tiba jua. Jam pun dah menunjukkan pukul 4 petang. Alhamdullilah, anak saya tak buat ragam sangat, sebab dia tido dari jam 2 petang sampai ler jam 4 petang. Ikut giliran jugak, heheheheee...... Pergi kaunter, isi borang tukar alamat, bayar RM10, pastu gi tunggu giliran amik gambar, sekejap jer proses semua tu, 10 minit leh siap. Tapi nak menunggu giliran buat semua tu.... aduhai!

p/s : Kalo gi buat kad pengenalan, pakailah pakaian dan tudung yang gelap sikit warnanya. Kalo tidak, korang kena la tukar tudung dan pakai jaket yang disediakan.

Rabu, Jun 06, 2012

Pagi yang stress....

Hari nie pagi-pagi lagi dah stress. Kenapa?? Sebabnya saya telah mengambil masa selama lebih dua jam untuk sampai ke opis. Bertolak dari umah jam 8:00 pagi (budget jalan tak sesak sebab cuti sekolah), tapi amik ko, sampai opis jam 10:30 pagi. . Biasalah jalan sesak sebab ada accident. Kalo ada accident mesti orang sibuk nak tengok, pastu slowkan keta. Bila dah slow keta, saya jadilah mangsanya lambat sampai ke opis. Bila dah sampai opis lambat, punch card pun dah tukar macam-macam kaler. Bila dah tukar macam-macam kaler, bos saya pun tarik muka. Bila bos dah tarik muka, takut gaji pulak yang dipotongnya. Hahaha....dah merepek meraban plak saya nie. Sebenarnya, pagi tadi saya ikut LDP, pastu jalan sesak sebab ada accident. Pastu, konon nak mengelak jalan yang sesak, pi la ikut jalan short cut.... tapi malangnya jalan yang short cut dah bertukar long long cut. Lagi sesak rupanya......jadi, padanlah muka :)

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500




Dah beberapa hari tak buat entri baru.... Jadi hari ni saya nak buat kerja senang iaitu dengan join segmen. Segmen yang saya nak join ni adalah dari blog Miss Z Berceloteh. Sesape yang rasa nak join segmen nie mesti mempunyai follower di BAWAH 500 orang kalau genap 500 orang pun tak boleh tau.  Jadi segmen nie memang sesuai sangattttttt untuk blog saya sebab blog ni hanya mempunyai 62 follower sahaja. Maklum ler, tak ramai yang sudi nak follow blog yang tak seberapa adooo nie....isk..isk..isk...sedih. Hahahaha.... tipu jer. Siapa ye mangsa yang saya nak tag ....hmmm. Saya rasa saya nak tag :-

Sabtu, Jun 02, 2012

Tempat tido baru.....

Petang Jumaat minggu lepas, my dear tanya dinner nak makan apa. Kami kata nak makan  KFC. So, jam 8 malam tu kami sekeluarga pun gi ler Giant Bandar Kinrara. Tapi, saya dok dalam keta jer ngan anak-anak. 20minit berlalu, my dear kembali ke kereta dengan plastik KFC di tangan. Selepas masuk kereta, my dear beritahu dia baru lepas gi tengok bedroom set promotion kat dalam Giant. So, dia ajak kami gi tengok sekejap. Okey, gi la tengok kejap mana tau kot betul murah. Pastu, belek punya belek berkenan plak ngan satu katil dan tilam Sweetdream 12' yang berharga RM 2,300 tapi diskaun jadi ler RM2,100.  Sebab terpedaya ngan kata-kata salesman Bangla tu kami pun bayar le booking RM 100, konon tanda jadi ler tu, sebab diskaun tu untuk malam tu aje katanya. Esok, kami janji nak datang pilih color sebab malam tu tak sempat sebab my dear dah lewat nak gi kerja.

Keesokan harinya, jam 10 pagi kami keluar untuk pergi ke kenduri kawin my uncle. Sebelum tu, singgah ler sebentar kat sebuah kedai perabot, konon nak checking harga. Baru padan dengan muka, kami dapat harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari yang malam tadi. Harga katil  dan tilam 12' yang lebih kurang aje lah patternnya baru berharga RM 1600. Lepas tu kami boleh buat tambahan untuk membeli katil double decker untuk Irfan dan Iman yang berharga RM 400 dan tilam single yang berharga RM100 dan yang penting takde kos pengangkutan. Kali nie pun kami bayar booking RM 100 jugak, dah rugi RM 100. Baik duit tu buat beli kasut baru saya lagi bagus kan. Lain kali kalo nak beli sesuatu benda tu buat ler survey dulu, ini tidak main sambar je. Rancang dulu sebelum membeli, jangan macam my dear, cadangan asal cuma gi beli KFC jer, tapi dah jadi lain plak. Apapun, terima kasih buat my dear sebab beli katil dan tilam baru walaupun tak mintak yer...

Inilah rupanya katil dan tilam baru saya yang baru sampai semalam. Memang lena tido ni.....



Katil double decker Irfan  & Iman. Dah dapat katil baru, jangan pulak nak ketuk pintu bilik ibu yer...