Jumaat, Mei 04, 2012

Mengenali Tanda-tanda Lelaki Merajuk

Siapa kat sini suka sangat merajuk. Biasanya kita dengar kaum perempuan saja kan yang suka merajuk, tetapi lelaki pun ada rajuknya. Sebenarnya baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai sikap rajuk tersendiri. Kaum perempuan ni kalo merajuk biasanya sebab ingin dimanja, dibelai dan untuk menguji kasih sayang katanya. Manakala lelaki merajuk kerana berasa kurang berpuas hati atau marah tetapi perasaan itu tidak diluahkan dan dipendamkan saja. Wahai wanita, nak tahu tak tanda-tanda lelaki yang merajuk ni. Biasanya kalo lelaki merajuk dikatakan tidak macho. Betul ke? Ha! Cuba kita tengok kat bawah ni sama-sama:-

  • Buat Tak Tahu : Kalo yang ini, anda mesti rasa sakit hati, sebab mereka pastinya akan buat acuh tak acuh dengan segala apa yang anda buat. Dia mungkin akan buat apa yang anda suruh buat, tetapi biasalah hanya sekadar melepaskan batuk di tangga ajelah. Atau paling teruk dia buat tak mendengar apa yang anda katakan.
  • Diam : Yang ini pun lagi sakit hati rasanya, mana taknya kalo dah asyik diam aje memanjang. Sepanjang dia bersama anda dia hanya akan mendiamkan diri dan tidak berbual seperti kebiasaannya.  Dia hanya sekadar angguk atau  menggelengkan kepala sahaja tanpa bersuara. Kalo dah begini, memang sahih la dia merajuk dengan anda.
  • Serius dan Masam Muka : Satu lagi tanda dia akan bersikap serius dan hanya memasamkan muka macam cuka ditambahkan dengan muncung panjang sedepa.... (hehehee.... itu kalo saya). Tambah menyakitkan hati kalo dia menarik muka apabila ternampak kelibat anda.
  • Keluar Rumah tanpa Beritahu :  Biasanya nak keluar rumah, mesti nak beritahu " Yang! Abang nak keluar nie, ada apa-apa nak pesan", tetapi kali nie menonong aje dia keluar terus start enjin kereta. Tapi kalo ini berlaku, jangan la sibuk-sibuk nak tahu, sebab pasti dia akan buat tak tahu aje. Protes la kononnya tu.
  • Tutup Telefon Bimbit : Ini biasanya memang tabiat lelaki apabila dia tidak mahu diganggu dan merajuk. Justeru, bagi mengelakkan gangguan anda, tutup saja lah telefon bimbit itu.
  • Tak Mahu Makan Bersama : Lelaki yang merajuk biasanya tidak mahu berjumpa dan bertentang mata dengan pasangannya. Anda akan tahu apabila dia menolak untuk berjumpa dan makan bersama anda dengan memberikan pelbagai alasan. Antaranya kenyang, tiada seleralah, tapi bila anda habis makan je, dia pun terus makan.
  • Membaca tanpa Henti : Membaca suratkhabar antara tabiat orang lelaki. Tak sah kalo dia tak membaca akhbar dalam sehari. Tapi kalo dia membaca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab, itu tandanya jiwanya tidak tenteram la tu.
  • Menonton TV sehingga lewat malam : Asyik sangat menonton TV walaupun bukan rancangan kegemaran pun. Tapi saja malas nak layan anda, nak tunggu anda pujuklah tu.

Banyak cara untuk memujuk lelaki yang merajuk. Terpulang kepada cara anda yang bagaimana. Salah satunya, bawak dia pergi ke kedai belikan dia aiskrim/gula-gula. Hehehee... Salah tu. Carilah cara sendiri camner nak pujuk, letih la plak Ieza menaip ni. Okey, bye bye.



Khamis, Mei 03, 2012

BEN ASHAARI : MAY 2012

                                                   
Ceritakan sedikit kenapa nak berada dalam bloglist blog BenAshaari.com dan pandangan anda mengenai blog BenAshaari.com ini

Hrmm.... sebab saya ni giler glamer. Blog Abg Ben Ashaari ni kan glamer, popular dan seangkatan dengannyalah. Jadi dapatlah saya tempias sikit dengan keglameran dan kepopularan yang Abg Ben ada. Tak gitu.... Apapun blog Abg Ben ni memang best. Cerita dan penulisan Abg Ben tidaklah membosankan. Cayalah..


Lagi satu Klik link ni ,  http://bit.ly/JiGSp6 dan login pada FACEBOOK .. seterusnya VOTE .. tu je .. ) untuk Abg Ben.

Amaran Fesyen untuk 3G

Photobucket

Adakah anda tergolong dalam golongan 3G- gebu, gempal atau gemuk? Suka berfesyen, tapi saiz menjadi halangan? Jangan risau, (bunyi cam iklan kuruskan badan lak) Ieza ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk korang semua. Cuba anda selusuri tips-tips yang ada kat bawah nie:-

  • Jangan sesekali mengenakan seluar berpotongan besar atau corak berjalur lebar. Maaf yer, tapi anda hanya akan kelihatan lebih besar dan pendek sekiranya anda memakai pakaian sebegitu.
  • Dalam memilih kasut, elakkan sandal yang menutupi bahagian depan kaki atau kasut yang bertutup bulat di hujungnya kerana ia akan membuatkan anda lebih rendah. Pilihlah sepatu yang berkualiti dan benar-benar dapat menampung berat badan kerana yang penting adalah keselesaan dan keyakinan semasa berjalan.
  • Si 3G nie memang terkenal dengan sifat ceria dan ramah tamah. Jadi usah saratkan diri dengan motif baju yang berbunga-bunga atau bercorak geometri yang berserabut. Anda boleh memakai pakaian yang berjalur menegak tetapi jangan jalur melintang pulak yer, nanti lagi nampak kembang.
  • Pastikan anda bersahabat baik dengan rona-rona gelap seperti hitam, coklat, biru tua, merah hati atau apa-apa ajelah yang gelap.
  • Kesederhanaan akan lebih memikat. Fizikal anda akan membuat mana-mana mata tertancap. Justeru usah menggayakan akseseori yang sarat-sarat.
Tunjukkan kepada semua yang orang berbadan 3G ni mampu untuk mempunyai penampilan yang menarik setanding dengan orang yang takde 3G nie....heheheee. Yang penting anda tak melanggar pantang larang yang diberikan kat atas nie yer. Apapun anda memang comel.....


Selasa, Mei 01, 2012

Petua Orang Lama....


Petua-petua orang lama ni kebanyakkannya masih lagi diamalkan di dalam masyarakat yang serba moden dan canggih nie. Di sini saya ada kongsikan beberapa koleksi petua yang saya ambil dari beberapa majalah lama. Antara petua-petua tersebut ialah:-

1. Menyembuhkan Penyakit Kencing Manis
Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari dan basuhkan sehingga bersih. Masukkan akar pokok manggis itu ke dalam bekas yang telah diisi dengan sebotol air mineral dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu tiga kali sehari. Amalkan selalu. Insya-Allah, ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis.

2. Elakkan Anak Kecil Kencing Malam
Anak kecil yang kencing malam sudah pasti meresahkan dan merisaukan ibu bapa. Si ibu pasti letih untuk menjemur tilam dan cadar setiap hari kan. Sekiranya pelbagai usaha telah dilakukan tetapi tidak berhasil, apa kata cuba petua ini pula. Caranya, berikan anak kecil anda satu sudu madu lebah yang dicampurkan dengan sedikit air lemon. Amalkan pada sebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Insya-Allah, masalah kencing malam anak kecil anda dapat dikurangkan. Juga, tiada rasa letih untuk menjemur tilam dan cadar lagi. Hehehee....

3. Mengatasi Urat-urat Timbul di Kaki
Cara mengatasinya dengan menggunakan kacang hijau. Ambil segenggam kacang hijau lalu direbuskan tanpa gula. Jangan rebus terlalu lama sehingga kacang hijau itu hancur. Makan kacang hijau yang telah direbus itu dua kali sehari pada sebelah pagi dan malam. Selain itu, setiap kali hendak tidur, angkat kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding selama 10 minit.

4. Hilangkan Jerawat dengan Jambu Batu
Jerawat sering menimbulkan kegelisahan sesiapa sahaja. Bagi menghilangkan jerawat tersebut , gilingkan beberapa helai daun pucuk jambu batu sehingga halus. Kemudian sapukan pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat. Bagi menjadikannya lebih mujarab, campurkan bersama bedak sejuk dan pakai pada setiap malam sebelum tidur.

5. Asam Gelugur Ubat Sakit Tekak
Petua yang ini pasti ramai yang sudah tahu. Bagi menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan bakar sehingga hangus. Kemudian tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Selepas itu sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya-Allah sakit tekak anda akan beransur pulih.

P/S : Ini cuma sekadar petua sahaja. Tidak kisahlah kalau ada sesiapa yang ingin memanfaatkan petua ni. Semoga Berjaya!!

Okeylah, cukuplah 5 petua sahaja pada kali ini, lain kali sambung lagi. Mata saya pun dah terasa berat aje, maklumlah jarum jam pun dah nak menghampiri 1 pagi.  Nasib baik esok cuti.

Selamat Pagi…… Oh ye, Selamat Hari Pekerja juga, kan 1 Mei hari ni.

Isnin, April 30, 2012

Tips : Adab ketika di meja makan

Wah! Sedapnya makan sampai mak mertua lalu pun tak perasan ni. Lain kali pelawa la jugak orang kat sebelah walaupun sekadar ajak-ajak ayam. Heeehehee... Hari ini, Ieza nak kongsikan satu tips yang berguna buat kita semua iaitu adab ketika di meja mn. Mana tahu anda dijemput makan kat hotel atau restoran high class kan, tahulah serba sedikit adabnya. Lainlah kalau makan kat warung tepi jalan, rasanya takde siapa yang kisah. Okeylah , ni dia tips- tipsnya:-

1) Makan dengan mulut yang tertutup saat mengunyah makanan. Kalau tak nanti habis la tersembur makanan dalam mulut tu, tak pun takut terkunyah lalat la plak..ishh3x. Kes naya la pulak kalo gitu.

2) Kalau perlu bercakap, gunakan suara yang rendah. Kalau tak mengganggu orang lain aje kan.

3) Tutup mulut saat batuk atau bersin. Kalo tak habis le bertebaran makanan dalam mulut tu.

4) Kalau mengunyah tu, janganlah sampai ada bunyi pulak. Krak..kruk..krak..kruk.. Tambah plak kalo makan sup, jangan pulak buat bunyi slurp...ish3x….malu seh.

5) Jangan memainkan makanan dengan sudu@ garfu.

6) Letakkan garfu di sebelah kiri dan sudu di sebelah kanan bersama-sama di arah jam tiga di atas piring dengan bahagian pisau yang tajam menghadap ke dalam. Ini menandakan anda telah selesai makan.

7) Napkin yang disiapkan untuk anda hanya untuk membersihkan mulut apabila kotor bukannya kesat hidung yang berair. Penting.! Ingat tu. Hehehee....

8) Jangan mengambil makanan dari piring orang lain dan jangan memintanya jugak. Tapi, kalau anda tak malu, sukahati anda ler....

9) Jangan lupa untuk selalu mengucapkan 'tolong' dan 'terima kasih' setiap kali meminta bantuan.

Apapun yang penting jangan lupa baca "Bismillah", kalo tak tercekik nanti. Hehehee.....Okey, itu saja tips hari ini.