Rabu, April 25, 2012

'SEGMEN:BLOGWALKING & SAYA NAK MASUK BLOGLIST PROMOSI BLOG'

Salam Tengahari.....
Dah makan lunch ke? Menu apa hari nie, mesti sedap kan. Tak macam Ieza kat sini..... dok aje diam-diam kat office ni. Nak kuar lunch pun takde 'mood'la kalau sorang-sorang ni. Tengahari ni Ieza cuma nak war-warkan kat korang semua, pasal satu segmen yang Ieza jumpa. Apa kata korang join sekali. Boleh le kita berkenal-kenalan...Betul tak wahai si Gadis Pencinta Pink. Hiksss.

Jumaat, April 20, 2012

Sakitnya gigi


Aduh! Sakitnya gigiku ini..... Argh!!!! Bukan saya la yang sakit gigi, tapi cik Abang saya. Dah seminggu dia sakit... tapi dia tahan aje. Tapi semalam adalah kemuncaknya, apabila gigi yang telah menjadi duri dalam mulutnya itu telah dikeluarkan buat selama-lamanya....Heeeheeehee. Tu la lain kali rajin-rajinla service gigi tu yer.... Nasib baik masih ada kosong lagi untuk appointment dengan doktor (itu pun puas ku rayu dengan doktor. Tolonglah tuan doktor, saya dah tak tahan mendengar suami saya menanggung kesakitan giginya itu. Tak boleh tidur malam saya nanti tuan doktor. Dengan baik hati tuan doktor itu berkata " Baiklah, awak boleh datang jam 6 petang nanti, cepat sikit yer, saya ada banyak appointment lagi- cerita ini hanyalah sekadar untuk menyedapkan cerita, tiada kena dengan sesiapa samaada hidup atau mati). Memang susahlah nak berjumpa dengan doktor gigi, jadualnya sentiasa penuh. Kalo pergi klinik tanpa buat temujanji lagi sakit, berjam-jamlah jawabnya menunggu, dah la sakit, bertambah sakitlah jawabnya.

Semalam kami pergi ke klinik Pergigian Puncak Jalil. Seperti yang dijanjikan pukul 6 lebih sikit,sampai le kami di klinik tu. Memang takde orang, sebab yang datang biasanya dengan appointment aje kan. Anak kami yang 3 orang tu semuanya ikut sekali. Riuh rendahlah klinik tu dengan jeritan budak-budak bertiga tu. Nasib baik ada permainan, boleh ler dia orang 'cool' sikit. Selepas lebih kurang 30 minit, cik Abang saya tu pun keluar dari bilik doktor. Giginya yang sakit itu telah pun dicabut. Kosnya RM60.00, apalagi koyak rabak la poket walaupun RM 60.00 je kan... maklumlah tengah bulan. Tapi takpe, boleh claim... hehehe.

Bagi saya, klinik ni okey jugak. Puas hatilah dengan rawatan yang diberikan. Saya pun pernah menerima rawatan di sini. Setiap tindakan doktor tu penuh dengan hati-hati dan tertib, supaya kita tak rasa sakit, tapi tak ingatlah  nama doktor tu.  Kalo korang buka je mulut tunjuk yang mana sakit, dia akan bagitau cara rawatan siap dengan kosnya sekali. Jadi, sambil menganga mulut tu, korang boleh ler buat kira-kira supaya tak lari budget... heheheheh.  Tapi, apa yang penting korang jagalah kebersihan gigi supaya tak sakit. Seksa tau.. kalo sakit gigi ni, nak buat kerja apa pun tak boleh. Ibarat sakit nak bersalinlah bagi saya....
Cukuplah entri hari ini mengenai sakitnya gigi, letih dah menaip. Bye.....

Khamis, April 19, 2012

Cuma Nak Beritahu.....

Sudah lama rasanya tak update blog nie. Ingat azam tahun 2012 hari tu nak menjadi seorang blogger tegar. Satu hari, satu entri.... tapi hampeh, kemalasan tetap membelenggu diri ini. Hari ini Ieza belajar satu benda.... baru dapat dari blog http://www.lyssasecret.com/2011/03/tutorial-signature-di-bawah-setiap-post.html. Tutorial bagaimana meletakkan tandatangan di bawah setiap post. Tahulah korang semua dah pandai...yang kita ni pulak baru aje nak merangkak-rangkak bina blog. Tapi takpe, biarlah nak merangkak ke, bertatih ke.... cita-cita dan cinta untuk menjadi seorang blogger yang berjaya mesti diteruskan....Hahaha. Bila menaip tu cukuplah bersemangat waja, tapi bila tentang nak merealisasikan tu... alamak! Entri hari cuma nak bagitau yang kita dah pandai buat signature ni aje...  Kalo nak dapatkan tips untuk membina blog yang cantik, cubalah korang jenguk-jenguk blog ♥ Lyssa Faizureen ♥ mesti banyak tips-tips yang berguna yang korang dapat. Cukuplah entri pada petang ni... Ieza nak berkemas balik, nak teman Cik Abang ke klinik gigi..... telefon pun dah menjerit-jerit memanggil cepatlah turun. Bye........

Rabu, Mac 21, 2012

Kompleks 3C, Subang Jaya

Ini adalah serba sedikit info yang saya tahu berkaitan Komplek 3C yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Anak-anak saya bersekolah tadika di sini (Tadika MPSJ) bermula tahun 2012. Tetapi, anak sulung saya terlebih dahulu berada di sini dalam Program PERMATA selama 3 tahun bermula usia 2 tahun sehingga 4 tahun.

Kompleks 3C (Children Creativity Centre) telah dibangunkan bagi memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab MPSJ kepada masyarakat. Kompleks yang dibina pada 2002 ini siap pembinaannya pada 2004. Seperti yang kita tahu, pembentukan modal insan yang berpengetahuan dan kreatif bermula sejak dari kanak-kanak lagi. Dengan itu banyak kemudahan, aktiviti dan program disediakan yang mana boleh menambahkan lagi kebolehan dan kemahiran kanak-kanak.  Dengan fungsinya sebagai pusat pembangunan kanak-kanak dan komuniti setempat, Kompleks 3C menyediakan 6 perkhidmatan utama untuk orang awam dari pelbagai golongan :

1. Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPK)
Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPK) ini dikenali ramai dengan singkatan nama PPK 3C. Ia merupakan pusat perkembangan untuk kanak-kanak berumur 3 – 4 tahun dan dibuka kepada anak-anak kakitangan MPSJ dan juga orang awam dari pelbagai kaum sejak Ogos 2006.

Kompleks 3C sebagai pusat pembangunan kanak-kanak dan komuniti setempat menyediakan 6 perkhidmatan utama untuk orang awam dari pelbagai golongan.

Projek pembangunan unik bagi kanak-kanak ini juga menyediakan prasarana ruang dan masa bagi perkembangan mental, fizikal dan intelektual kanak-kanak yang disasarkan kumpulan umur dari 3 hingga 17 tahun.

PENGISIAN KOMPLEKS 3C
Perlaksanaan Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPK)

PPK terbuka kepada kanak- kanak berumur 3 hingga 5 tahun dan aktiviti yang disediakan adalah seperti berikut:

Aktiviti Luaran
- Messy Area
- Sandfield
- Playground
- Waterplay

Aktiviti Dalaman
- Menguji deria
- Kelas Seni dan Kreativiti
- Kelas Pembelajaran : Alphabet dan Jawi/ Bahasa Arab
- Kelas Komputer
- Kelas Kraftangan- Kelas Muzik
- Fun Maths
- Sesi Bercerita / Boneka
- Permainan Dalaman

After Class

- Kelas Mengaji dan Fardu Ain- Homework Club

2. PraSekolah Kompleks 3C
Program PraSekolah telah dimulakan pada Mei 2007 dan dibuka kepada kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun yang berminat. Program ini menggunakan sukatan pelajaran Kurikulum PraSekolah Kebangsaan.

3. Taska MPSJ
Taska MPSJ disediakan khas untuk penjagaan anak-anak kakitangan MPSJ  dan kini terbuka kepada awam.

4. Program dan Aktiviti
Kompleks 3C menyediakan program dan aktiviti untuk pelbagai golongan dari peringkat kanak-kanak, remaja dan juga dewasa yang dijalankan sepanjang tahun. Program dan aktiviti yang dijalankan di Kompleks 3C terdiri dari jenis Kelas Harian & Mingguan, Kursus Jangka Pendek dan Aktiviti Cuti Sekolah.. Antara senarai program yang dijalankan dengan usahasama dengan operator yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tertentu ialah:-

Ø Pusat Intervensi Kanak-Kanak Autistik National Autistic Society of Malaysia (NASOM)
Ø Kelas Jahitan dan Sulaman
Ø Kelas Masakan
Ø Pusat Muzik dan Kebudayaan
Ø Creative Arts and Design Centre
Ø Pusat Integrasi Pendidikan Islam (PraSekolah, Sek. Rendah, Sek. Menengah & Kelas Bahasa Arab)
Ø Sekolah Rendah Islam Sri Pintar Al-Amin
Ø Galeri Seni Creative Polyarts
Ø Kursus Dandanan Rambut

5. Sewaan Auditorium
Kompleks 3C menyediakan kemudahan sewaan auditorium kepada umum bagi tujuan menjalankan aktiviti pembelajaran, kursus, seminar, mesyuarat, taklimat dan juga konvokesyen kanak-kanak PraSekolah.

6. Kemudahan Awam
Di Kompleks 3C terdapat beberapa kemudahan-kemudahan am yang boleh dikongsi bersama penggunaannya oleh orang awam. Antara kemudahan am yang terdapat di Kompleks 3C ialah :
Ø       Lobi Utama 3C
Ø       Tempat Letak Kereta (Percuma)
Ø       Tapak Summer Camp
Ø       Kebun
Ø       Petting Zoo & Akuarium
Ø       Galeri Seni
Ø       Perpustakaan Hipermedia
Ø       Kafeteria
Ø       Pentas Terbuka
Ø       Outdoor Activities
Ø       Cafe Garden


Pengalaman Menghantar Anak di Pusat Anak Permata Negara (PAPN)

Salam minum petang,
Memandangkan hari ini waktu ini, saat ini saya takde kerja, apa kata saya bercerita sedikit mengenai pengalaman saya ketika menghantar anak ke Pusat Anak Permata Negara. Alahai... program yang diilhamkan  Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor tu la....

Anak sulung saya Ahmad Irfan Hakimi diterima masuk ke Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Subang Jaya  ketika berusia 2 tahun pada tahun 2009 dan tamat ketika berusia 4 tahun pada tahun 2011 Saya mengisi borang permohonan ketika Irfan berusia 1 tahun.
Bagi saya program ini amat-amatlah bermanfaat bagi perkembangan minda dan fizikal anak-anak untuk keluarga seperti saya.  Iyelah…. ibu bapa sekarang kebanyakkannya kecil-kecil lagi sudah menghantar anak mereka ke pusat perkembangan minda yang berbayar …mahal-mahal plak tu. Jadi, bagi  saya yang kurang berkemampuan nie, bertuahlah anak saya dapat masuk ke sana. Percuma, siapa tak suka. Selain percuma banyak lagi faedah dan kebaikan yang ada di dalam program ni. Tapi kat sini anak-anak tidaklah diajar seperti di tadika tu, tapi banyak juga yang diajar seperti cara pengurusan diri, lebih kepada creative fun & play. Kadang-kadang tu belajar memasak pun ada, buat muffin la, pizza la.... tapi tak tahulah dia buat camne. hihihi... 

Program ini bukan sahaja melibatkan anak-anak tapi ibu bapa juga perlu banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Sewaktu Irfan masih di sana, kami sebagai ibu bapa perlu meluangkan masa sebanyak 4 jam sebulan di pusat permata untuk mendapat kredit penglibatan, kalau tak cukup 4 jam, dapatlah surat tunjuk sebab, kalau gagal lagi akan diberhentikan la jawabnya.
Untuk Irfan pula, memang bagus juga perkembangannya. Seawal usia 2 ½ tahun dia sudah bertutur dengan lancar, boleh bergaul dan pandai berdikari. Kecik-kecik lagi dia dah pandai melipat baju, kemas tempat tidur, tapi dengan cara dialah. Tapi kalau malas, tak jadi jugak... heeheehehe... Lagi, kalau di PAPN Subang Jaya ni, ada Petting Zoo, ada mandi-mandi kolam...best tau!!!( macam ibu dia plak yang terlebih seronok).

Banyak aktiviti untuk keluarga di sini, contohnya Sambutan Hari Keluarga, Sambutan Maulidur Rasul, Hari Sukan, Hari Jadi, Hari Raya dan macam-macam hari lagilah. Paling best saya dan keluarga boleh selalu berjalan-jalan mengikut aktiviti yang dirancang antaranya pergi Petrosains, Planeterium Negara, Hari Keluarga di  PD, Hari Keluarga di Balok, pertandingan bowling, pergi makan-makan dan banyak tempat lagilah yang dilawati. Lepas tu kalau kalau ada aktiviti, mesti ada hadiah dan makan-makan, itu yang best tu.... Tapi itu kat PAPN Subang Jayalah, PAPN lain saya tak tahu....hehehe.... Lagipun ia bergantung kepada usaha dan kerjasama antara pendidik dan ibu bapa juga. Selain itu kita pun boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesama para ibu bapa. Itu ajelah cerita saya untuk hari ini.... lain kali kita sambung cerita lagi yer....