Rabu, Mac 21, 2012

Pengalaman Menghantar Anak di Pusat Anak Permata Negara (PAPN)

Salam minum petang,
Memandangkan hari ini waktu ini, saat ini saya takde kerja, apa kata saya bercerita sedikit mengenai pengalaman saya ketika menghantar anak ke Pusat Anak Permata Negara. Alahai... program yang diilhamkan  Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor tu la....

Anak sulung saya Ahmad Irfan Hakimi diterima masuk ke Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Subang Jaya  ketika berusia 2 tahun pada tahun 2009 dan tamat ketika berusia 4 tahun pada tahun 2011 Saya mengisi borang permohonan ketika Irfan berusia 1 tahun.
Bagi saya program ini amat-amatlah bermanfaat bagi perkembangan minda dan fizikal anak-anak untuk keluarga seperti saya.  Iyelah…. ibu bapa sekarang kebanyakkannya kecil-kecil lagi sudah menghantar anak mereka ke pusat perkembangan minda yang berbayar …mahal-mahal plak tu. Jadi, bagi  saya yang kurang berkemampuan nie, bertuahlah anak saya dapat masuk ke sana. Percuma, siapa tak suka. Selain percuma banyak lagi faedah dan kebaikan yang ada di dalam program ni. Tapi kat sini anak-anak tidaklah diajar seperti di tadika tu, tapi banyak juga yang diajar seperti cara pengurusan diri, lebih kepada creative fun & play. Kadang-kadang tu belajar memasak pun ada, buat muffin la, pizza la.... tapi tak tahulah dia buat camne. hihihi... 

Program ini bukan sahaja melibatkan anak-anak tapi ibu bapa juga perlu banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Sewaktu Irfan masih di sana, kami sebagai ibu bapa perlu meluangkan masa sebanyak 4 jam sebulan di pusat permata untuk mendapat kredit penglibatan, kalau tak cukup 4 jam, dapatlah surat tunjuk sebab, kalau gagal lagi akan diberhentikan la jawabnya.
Untuk Irfan pula, memang bagus juga perkembangannya. Seawal usia 2 ½ tahun dia sudah bertutur dengan lancar, boleh bergaul dan pandai berdikari. Kecik-kecik lagi dia dah pandai melipat baju, kemas tempat tidur, tapi dengan cara dialah. Tapi kalau malas, tak jadi jugak... heeheehehe... Lagi, kalau di PAPN Subang Jaya ni, ada Petting Zoo, ada mandi-mandi kolam...best tau!!!( macam ibu dia plak yang terlebih seronok).

Banyak aktiviti untuk keluarga di sini, contohnya Sambutan Hari Keluarga, Sambutan Maulidur Rasul, Hari Sukan, Hari Jadi, Hari Raya dan macam-macam hari lagilah. Paling best saya dan keluarga boleh selalu berjalan-jalan mengikut aktiviti yang dirancang antaranya pergi Petrosains, Planeterium Negara, Hari Keluarga di  PD, Hari Keluarga di Balok, pertandingan bowling, pergi makan-makan dan banyak tempat lagilah yang dilawati. Lepas tu kalau kalau ada aktiviti, mesti ada hadiah dan makan-makan, itu yang best tu.... Tapi itu kat PAPN Subang Jayalah, PAPN lain saya tak tahu....hehehe.... Lagipun ia bergantung kepada usaha dan kerjasama antara pendidik dan ibu bapa juga. Selain itu kita pun boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesama para ibu bapa. Itu ajelah cerita saya untuk hari ini.... lain kali kita sambung cerita lagi yer.... 

 

6 comments:

nina berkata...

asm. pusat permata subang jaya ni kt kompleks 3c kn? jauh dari rumah sy usj1 ke? sy bru je pindah sini. mncri taska utk anak 11 bln. rata2 d sini, taska nonmuslim. kalo ble, nk crik bgus, tp x jmpe lg. ada info?

Pemikir Serabut berkata...

Terima ksh kerana sudi kongsi pengalaman.. sy tercari2 info berkenaan dengan program permata ni. Ingat nk hantar juga di subang jaya tu. Harap2 dpt la. Cuma sy nak tny, waktu pembelajaran tu mcm mana ye? Half day @ pum mcm mana? Boleh ceritakan lg. Terima ksh.

ERYZA berkata...

@Sweet Siti Shop terima kasih juga krn membaca pengalaman tu. Kalau time anak sy dulu sebelum jam 8.30 pagi dan amik pulak dalam jam 5:00. Kalo nak amik awal pun takpe. Macam sy balik keje jam 6, jadi lagi 1 jam tu dia akan transitkan anak saya kat tadika dalam kompleks tu juga. Tp kena OT la 1 jam. Skang ni anak saya kat tadika dlm kompleks tu juga.

ERYZA berkata...

@nina Lokasinya bersebelahan dgn sunway pyramid. Mungkin x jauh kot.

Pemikir Serabut berkata...

Salam eryza. Sy lagi. Alhamdulillah anak sy dpt masuk ke papn subang jaya utk sesi 2014. Harapnya semua berjalan dgn lancar. Harap anak sy dpt sesuaikan diri nanti.

ERYZA berkata...

@Sweet Siti Shop Alhamdulillah. Nanti ibunya juga yg syok dengan pelbagai xtvt. Boleh g jalan2 lagi.