Isnin, Julai 16, 2012

Bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira'



 

Jom kita join bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira... Keistimewaannya blog anda akan berada sepanjang bulan ramadhan dan syawal dalam blog niera.(2 bulan). Ini terbuka kepada follower blog Aisyah Humaira saje tau! Sebelum tu Nyatakan minimum 3 kelebihan bulan ramadhan yang kita tahu.

Kelebihan bulan Ramadhan antaranya ialah:-

•Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.


•Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.


•Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.

•Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
Tarikh segmen : 14 syaaban - 27 syaaban (4 julai 2012 - 17 julai 2012Photobucket.
Cepat-sepat join, sebelum terlambat.

Jumaat, Julai 13, 2012

Warkah buat Abang .....versi Ieza





 


Isi kandungan surat:

Warkah Buat Abang,



Dear abang,

Di sini Anje ingin mengambil kesempatan meminta izin Abang untuk membawa anak-anak kita pulang ke kampung Anje. Tujuan Anje menulis warkah ini adalah untuk menyatakan beberapa rasa ketidakpuasan hati Anje terhadap Abang dan buah hati baru Abang itu. (kereta baru mahal) Tak perlulah Abang bersusah payah untuk menghantar kami kerana Anje telah pun membeli tiket keretapi Senandung Malam secara online malam tadi. Anak-anak lagi lagi seronok dan teruja untuk menaiki keretapi dari naik kereta baru abang yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit itu. Sebabnya mereka bebas untuk melompat-lompat gaya bebas sambil buat gaya Ultraman dan berlari-lari anak di dalam keretapi dari naik kereta baru Abang itu. Kalo naik kereta Abang kena tepuk selipar / kasut kat luar dulu baru leh naik, tapi keretapi tidak. Anak-anak pun tak nak naik kereta abang takut calar..

Semenjak hadirnya kereta baru Abang ke dalam keluarga kita, Anje rasa kasih sayang Abang sudah tidak seperti dulu lagi. Anje tau harganya mahal RM 100K ++, lebih mahal dari duit hantaran Anje, sebab itu Abang lebih sayang kereta baru dari Anje. Mungkin kalo duit hantaran Anje lebih mahal dari kereta baru Abang mungkin kasih sayang abang terhadap Anje tidak berbelah bahagi kan???

Lagi satu perbuatan Abang yang amat-amat melukakan hati Anje. Setiap pagi Abang pasti akan mengelap-ngelap dan menggosok-gosok ‘body’ buah hati baru Abang itu (kereta baru mahal). Tetapi, cuba abang ingat balik bila kali terakhir Abang mengurut –urut di belakang badan Anje yang selalu sakit-sakit ni. Kalo Abang buat pun dengan mulut yang bising mengomel-ngomel. (tak ikhlas la tu). Bila jugak kali terakhir Abang memberi ciuman  ‘Good Morning’ kepada Anje. Seingat Anje, semua itu hanya berlaku 10 tahun lepas, sebelum kehadiran anak kedua kita, sekarang anak kita dah nak masuk 8 orang. Cuba Abang bayangkan betapa keciknya hati Anje pada Abang.

Semenjak beli kereta tu, sebulan sekali Abang mesti shopping sakan untuk membeli macam-macam aksesori kereta baru mahal Abang, tapi Anje nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah. Baju raya  Anje pun Abang beli 2 tahun sekali.

Kereta sebulan sekali Abang gi hantar servis, Abang kata kena jaga maintainance, kalo tak mudah rosak. Tapi bagaimana pulak allignment Anje yang dah lari nie, kembang sana sini, cubalah Abang hantar Anje pi buat rawatan kat SPA tu… atau Slimming Centre ke, ini tidak Anje nak dapat pi salon rambut setahun sekali pun susah..

Kereta Abang make up lawa-lawa.. tapi kalau Anje make up lawa-lawa abang kata Anje macam Hantu Kak Limah Balik Rumah….. Cer citer kat Anje apa yang Abang mau.

Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah RM100 setin pun ada, Anje nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak ke-3 kita Abang kata Anje mengada-ngada. Kesian kat anak kita, sampai skang masih meleleh lagi air liurnya.

Ini yang Anje tak boleh nak tahan tengok, cuba Abang kira sudah berapa hari Abang tido di dalam kereta baru mahal Abang tu? Anje terasa seperi sudah dimadukan jer. Mana taknya satu minggu 7 hari, Abang tido dalam kereta baru mahal Abang tu 4 hari, tido ngan Anje cuma 3 hari aje.. Anje tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. Tetapi bagaimana pulak kalau Anje yang kena curi?? Baik Abang pilih sekarang siapa yang lebih Abang cinta.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya Abang marah anak macam nak makan, Anje kalau jatuh longkang besar boleh abang gelak sampai guling-guling ada la…..                        

Sedih…sedih… Anje tau!. Okeylah Abang, cukup! cukup sudah… cukup sampai di sini saja….Anje nak balik kampung dulu.. Anak-anak dah tak sabar nak jumpa atuk dengan nenek diorang. Jaga diri elok-elok, sarapan Anje dah sediakan. Anje gi tak lama, sekolah bukak Anje baliklah dengan anak-anak.. pesanan Anje…:-

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG.

 ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.


                          Sekian dari Anje yang kecik hati.

                                                                                                                                                                                   Sumber Idea : koleksi lucu Photobucket
































Hijaucantik 3rd Giveaway



 
 

ID : ieza eryza
Name blog: Senyum Sikt...Mrs Ieza

Hari ni nak join 3rd Giveaway dari blog HijauCantik. Jom join ramai-ramai baru meriah, tapi kena jadi follower dulu sebab giveaway ini untuk  "edisi aku sayang follower sempena hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4. Lepas tu baru leh Print Screen cam gambar kat atas ni. Harap-harap leh nampak sebab kita pakai handphone jer.Tinggalkan link penyertaan kawan-kawan hanya di entry ini sahaja sebelum 15hb Julai 2012.



Photobucket

Mutiara Kata........





Photobucket

Pembatalan 1st GiveAway: Teka Teki




Semalam saya ada buat satu entri mengenai 1st GiveAway: Teka Teki Senyum Sikit Ieza, tetapi saya telah pun membuat kesilapan ketika publishkan entri tersebut. Saya telah publishkan entri yang salah.  Dengan itu saya ingin membatalkan 1st GiveAway: Teka Teki  Senyum Sikit Ieza. Tetapi, saya tetap akan memberi hadiah kepada yang pantas menjawab iaitu kepada Yumida. Kepada Miss Chocolate jawapan anda memang betul dan pantas, tetapi oleh kerana syaratnya jawapan mesti disertakan di ruangan komen, dan bukan buat satu entri saya telah pun memilih Yumida sebagai pemenang.  Saya juga akan menggantikan 1st GiveAway: Teka Teki Senyum Sikit Ieza kepada contest yang lain esok. Harap maaf kepada kawan-kawan semua di atas kesilapan yang telah saya lakukan.. Korang janganlah serik pulak nak join apa-apa yang anjurkan blog ini pula di lain kali.

Photobucket