Ahad, Ogos 05, 2012
Morning semua......
Jumaat, Julai 27, 2012
Sudahkah anda senyum hari ini ???
Khamis, Julai 26, 2012
Salam Ramadan... hai kawan-kawan
Isnin, Julai 16, 2012
Bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira'
Jom kita join bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira... Keistimewaannya blog anda akan berada sepanjang bulan ramadhan dan syawal dalam blog niera.(2 bulan). Ini terbuka kepada follower blog Aisyah Humaira saje tau! Sebelum tu Nyatakan minimum 3 kelebihan bulan ramadhan yang kita tahu.
Kelebihan bulan Ramadhan antaranya ialah:-
•Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
•Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
•Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
•Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
Tarikh segmen : 14 syaaban - 27 syaaban (4 julai 2012 - 17 julai 2012.
Cepat-sepat join, sebelum terlambat.
Jumaat, Julai 13, 2012
Warkah buat Abang .....versi Ieza
Isi kandungan surat:
Warkah Buat Abang,
Dear abang,
Di sini Anje ingin mengambil kesempatan meminta izin Abang untuk membawa anak-anak kita pulang ke kampung Anje. Tujuan Anje menulis warkah ini adalah untuk menyatakan beberapa rasa ketidakpuasan hati Anje terhadap Abang dan buah hati baru Abang itu. (kereta baru mahal) Tak perlulah Abang bersusah payah untuk menghantar kami kerana Anje telah pun membeli tiket keretapi Senandung Malam secara online malam tadi. Anak-anak lagi lagi seronok dan teruja untuk menaiki keretapi dari naik kereta baru abang yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit itu. Sebabnya mereka bebas untuk melompat-lompat gaya bebas sambil buat gaya Ultraman dan berlari-lari anak di dalam keretapi dari naik kereta baru Abang itu. Kalo naik kereta Abang kena tepuk selipar / kasut kat luar dulu baru leh naik, tapi keretapi tidak. Anak-anak pun tak nak naik kereta abang takut calar..
Semenjak hadirnya kereta baru Abang ke dalam keluarga kita, Anje rasa kasih sayang Abang sudah tidak seperti dulu lagi. Anje tau harganya mahal RM 100K ++, lebih mahal dari duit hantaran Anje, sebab itu Abang lebih sayang kereta baru dari Anje. Mungkin kalo duit hantaran Anje lebih mahal dari kereta baru Abang mungkin kasih sayang abang terhadap Anje tidak berbelah bahagi kan???
Lagi satu perbuatan Abang yang amat-amat melukakan hati Anje. Setiap pagi Abang pasti akan mengelap-ngelap dan menggosok-gosok ‘body’ buah hati baru Abang itu (kereta baru mahal). Tetapi, cuba abang ingat balik bila kali terakhir Abang mengurut –urut di belakang badan Anje yang selalu sakit-sakit ni. Kalo Abang buat pun dengan mulut yang bising mengomel-ngomel. (tak ikhlas la tu). Bila jugak kali terakhir Abang memberi ciuman ‘Good Morning’ kepada Anje. Seingat Anje, semua itu hanya berlaku 10 tahun lepas, sebelum kehadiran anak kedua kita, sekarang anak kita dah nak masuk 8 orang. Cuba Abang bayangkan betapa keciknya hati Anje pada Abang.
Semenjak beli kereta tu, sebulan sekali Abang mesti shopping sakan untuk membeli macam-macam aksesori kereta baru mahal Abang, tapi Anje nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah. Baju raya Anje pun Abang beli 2 tahun sekali.
Kereta sebulan sekali Abang gi hantar servis, Abang kata kena jaga maintainance, kalo tak mudah rosak. Tapi bagaimana pulak allignment Anje yang dah lari nie, kembang sana sini, cubalah Abang hantar Anje pi buat rawatan kat SPA tu… atau Slimming Centre ke, ini tidak Anje nak dapat pi salon rambut setahun sekali pun susah..
Kereta Abang make up lawa-lawa.. tapi kalau Anje make up lawa-lawa abang kata Anje macam Hantu Kak Limah Balik Rumah….. Cer citer kat Anje apa yang Abang mau.
Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah RM100 setin pun ada, Anje nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak ke-3 kita Abang kata Anje mengada-ngada. Kesian kat anak kita, sampai skang masih meleleh lagi air liurnya.
Ini yang Anje tak boleh nak tahan tengok, cuba Abang kira sudah berapa hari Abang tido di dalam kereta baru mahal Abang tu? Anje terasa seperi sudah dimadukan jer. Mana taknya satu minggu 7 hari, Abang tido dalam kereta baru mahal Abang tu 4 hari, tido ngan Anje cuma 3 hari aje.. Anje tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. Tetapi bagaimana pulak kalau Anje yang kena curi?? Baik Abang pilih sekarang siapa yang lebih Abang cinta.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya Abang marah anak macam nak makan, Anje kalau jatuh longkang besar boleh abang gelak sampai guling-guling ada la…..
Sedih…sedih… Anje tau!. Okeylah Abang, cukup! cukup sudah… cukup sampai di sini saja….Anje nak balik kampung dulu.. Anak-anak dah tak sabar nak jumpa atuk dengan nenek diorang. Jaga diri elok-elok, sarapan Anje dah sediakan. Anje gi tak lama, sekolah bukak Anje baliklah dengan anak-anak.. pesanan Anje…:-
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.
Sekian dari Anje yang kecik hati.
Hijaucantik 3rd Giveaway
ID : ieza eryza
Link blog: http://iezaiezaieza.blogspot.com/
Name blog: Senyum Sikt...Mrs Ieza
Hari ni nak join 3rd Giveaway dari blog HijauCantik. Jom join ramai-ramai baru meriah, tapi kena jadi follower dulu sebab giveaway ini untuk "edisi aku sayang follower sempena hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4. Lepas tu baru leh Print Screen cam gambar kat atas ni. Harap-harap leh nampak sebab kita pakai handphone jer.Tinggalkan link penyertaan kawan-kawan hanya di entry ini sahaja sebelum 15hb Julai 2012.
Pembatalan 1st GiveAway: Teka Teki
Khamis, Julai 12, 2012
1st GiveAway: Teka Teki Senyum Sikit Ieza
Selamat petang... Apa khabar wahai kawan-kawan di alam mayaku... Sudah lebih seminggu kita tidak bertemu di alam maya.... Biasalah, kalau orang malas seperti saya ni kan. Masa mula-mula berblogging, kata satu hari nak update dua tiga entri, tapi itu mula-mula dulu aje....lepas tu makin lama makin malas. Jadi, saya amat-amat respek la kat kawan-kawan yang dok update satu hari sampai tiga empat entri.... sungguh rajin dan banyak idea kawan-kawanku ini. Apa kata untuk entri kali ni bagi menyegarkan kembali mindaku yang ketandusan idea nak mengarang ni, saya buat satu giveaway teka-teki yang ringkas sahaja.
Sesiapa yang pertama dapat menjawab soalan teka teki ni dengan pantas, akan diberi hadiah, cuma ada satu hadiah sahaja yang berupa sehelai tudung. Sila berikan jawapan dan tinggalkan link url anda di ruangan komen ini yer. Oh yer, penyertaan hanya terbuka kepada follower blog ini sahaja sebagai menghargai kawan-kawan yang telah sudi menjadi follower blog "Senyum Sikit...Mrs Ieza" yang tak seberapa adoo nie..... Tarikh tamat : 15 Julai 2012 jam 5 petang. Semua komen akan dipublishkan selepas masa tamat yer.
Okeylah, korang mesti tak sabar nak mendengar soalannyakan. Baca dan fahamkan betul-betul yer kawan-kawan sebelum menjawab.
Soalan :10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah, namun 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi??
Psstt: Kalo boleh tolong sebarkan mengenai entri ini kepada kawan-kawan lain yer. Terima kasih.
Rabu, Julai 04, 2012
Irham Haziq makan satay....
Sudah beberapa hari blog ini tidak diupdate, BW pun tidak. Biasala kadang-kadang mood nak mengarang citer tu takde. Hari nie nak update cerita pasal apa yer... Hurmmm, saya update pasal aksi si kecik makan satay Ahad lepas la... Weekend saya dok melepak kat umah mak saya di Kajang, jadi apalagi mesti ler gi makan satay kan. Bukan ke Kajang glamer satay. Jadi malam tu saya sekeluarga gi la makan di Restoran Haji Samuri yang kat tengah pekan tu..
Ada gaya nak jadi pengacara JjCm tak? |
Satay ayam 50 cucuk. Satay best, kuah kureng sedap la. |
Okey, ni aksi Irham Haziq ketika makan satay. Dia makan 2 cucuk satay ayam, habis licin tinggal lidi jer. Tak sangka dia leh makan sendiri sampai habis, ingat nak bagi pegang je.
Tapi, dia ni memang jenis pemakan jugak.... pantang nampak makanan, mesti dia nak cepat ngap.. sebelum abang- abangnya. Kalau di rumah, tempat yang paling disukai pastinya di meja makan. Makanan memang tak boleh tinggalkan di atas meja makan sebab kalau terleka, dia pasti akan panjat kerusi dan kemudian panjat meja tu...
Nyum...nyumm..!!! Dap..dap..nya |
Sabtu, Jun 30, 2012
SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI BLOG HAZWAN HAIRY
Klik sini kalo nak join.....
Selamat malam semua.... Kebetulan malam ni baru jer jumpa segmen dari blog adik Hazwan Hairy iaitu SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI BLOG HAZWAN HAIRY. Memandangkan saya nak blog Senyum Sikit...Mrs Ieza tersenarai di dalam bloglist tersebut, saya pun nak join la....Jom pakat join ramai-ramai kita join......Oh yer, sebelum tu kena jawab:-
Kekerapan anda berblogging dlm sehari?
Pastinya banyakkkkkkk kali, berjuta-juta lemon, pagi sampai tengah malam, tapi selalu jadi silent reader aje.
Tarikh tutup: Sehingga 30JUN
Blog anda akan di listkan didalam sidebar BLOGLIST JULAI sebelah kanan blog
Hanya kekal sehingga hujung bulan JULAI 2012 sahaja.
Blog anda akan di listkan didalam sidebar BLOGLIST JULAI sebelah kanan blog
Hanya kekal sehingga hujung bulan JULAI 2012 sahaja.
Jumaat, Jun 29, 2012
Senyuman paling menawan.........
Cuba lihat gambar di atas ni... haiwan mana yang mempunyai senyuman paling menawan dan memikat. Tengok... haiwan-haiwan ni pun tau senyum, walau pun punyai gigi yang cantik. Jadi, senyum-senyumlah selalu....sebab senyum boleh membuatkan orang lain senang hati dan tak sakit hati ngan kita. Erm .....begitulah ....senyum sikit.
Khamis, Jun 28, 2012
Cepatnya masa berlalu...
Sudah ada 3 orang anak pun saya ni, dua orang dah masuk sekolah tadika pun .
Sekejap aje masa berlalu, rasanya macam baru kahwin sebulan lepas...ahaks.
Menyebut angka tu membuat perasaan rasa semakin tua..... hik jangan terasa plak, sebab saya cakap pasal saya ek. Memasak, mengemas pun tak berapa nak pandai lagi, sekejap jer sudah 6 tahun. Eh! Betul ke ni, terasa cam mimpi plak. Jangan berangan la kalo mimpi tu leh jadi awak tu muda.. awak memang dah tua pun...hehehee.
Tapi, betul tak.... kadangkala kita tak sedar begitu pantas masa berlalu. Umur pun semakin meningkat. Hidup pun menjadi semakin singkat dan alangah bahagianya jika umur yang kita ada digunakan sepenuhnya semata2 mencari redha Allah. Sememang begitu la adat dunia.. dari tiada jadi ada, dari baby jadi dewasa..dah dewasa..berkahwin, punya anak, dan meningkat usia menuju senja..semoga usia yang dipinjamkan Allah SWT tidak kita persia2kan...aminnn.
Langgan:
Catatan (Atom)