Selasa, Disember 24, 2013

Sudut mari bercerita.....

 
Hari ni sudah lebih sebulan saya melepak di rumah. Maksudnya sekarang saya sudah rasminya menjadi seorang suri rumah. Bosan? Tidak jugak. Rasanya banyak lagi kerja yang boleh dibuat kat rumah ni (memasak, mengemas, tengok citer korea...hihihi) dari dok tercongok mengadap komputer dari pagi sampai ke petang kat opis tu. Dah la takde kawan pompuan kat situ. Tapi sayang jugak, maklumlah dah lebih  6 tahun bekerja di situ.
Buat masa sekarang seronok jer dok rumah maklumla cuti sekolah kan. Jadi rumah ni 'havoc' dengan anak-anak walaupun 'pening ar'. Sebab berhenti kerja pun adalah kerana nak memberi lebih fokus kepada keluarga dan kos yang sara hidup yang meningkat tapi gaji yang tak meningkat.Hahahah... 
Setelah dicongak, kos minyak kereta, duit tol, duit parking, memang sudah tidak berbaloi saya kerja di situ. Cam kelakar lak, orang lain kos meningkat sibuk bekerja menambah pendapatan, ni terbalik plak citernya. Kebetulan, tak lama lagi anak sulung nak masuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Jadi kenalah beri lebih perhatian kat situ, maklumla zaman dulu dan sekarang banyak sangat bezanya. Lagi satu nak kena kira duit bas sekolah, duit transit sekolah agama lagi. Itu baru untuk sorang, belum lagi yang 2 orang lagi tu.  Tak lama lagi rutin harian adalah mengantar anak-anak ke sekolah ajelah. Cuma tinggal Irham Haziq je la kat umah. Kesian dia,,, abang-abang dia mula bersekolah tadika di usia 4 tahun, tapi dia 4 tahun dok umah jelah la teman ibu. Maklumla tak berapa nak mampu dengan yuran pendaftaran sekolah tadika yang macam nak masuk 'U'  tu. Beribu-ribu RM, lainla kalo ada tadika KEMAS kat sini. Takpe...baru 4 tahun, walaupun ikutkan birthday dia yang ke-3 thn pun belum sampai lagi (28 Disember). Tapi dalam dok melepak kat rumah ni, saya masih lagi dok terfikir, apa la benda yang boleh dibuat untuk menambahkan pendapatan. Terfikir jugak nak buat bisnes online tapi bisnes apa yer???
Photobucket

Rabu, November 13, 2013

Salam Semua....

Setelah lebih setahun rasanya blog ni sunyi sepi tanpa cerita, apa kata hari ni aku nak mulakan kembali penulisan aku di blog nie. Tak kisahlah ada orang nak baca ke tidak. Mungkin blog ni boleh dijadikan sebagai diari harian aku jer kan. Maklum ler tak lama lagi dah nak jadi surirumah sepenuh masa. Jikalau ada masa yang terluang boleh la menulis di blog ni.  Tapi, seorang surirumah banyak masa terluang ke? Rasanya lagi banyak kerja ada la..... takde waktu rehat lagi. Hurmm...takpe, lagi 2 minggu je lagi, kita tengok camner tugas seorang surirumah. Memandangkan sudah lebih setahun aku tinggalkan blog ni, banyak benda  yang aku dah lupa. Nak cari button 'create new post' pun terkial-kial. Tula... lain kali buat keje hangat-hangat taik ayam jek. Konon dulu, cita-citanya nak buat 1 hari, 1 entri. Tapi hampeh, 1 tahun 1 entri pun payah. APTB la ko ni Mrs Ieza.... hik.. Apa pun salam kepada semua rakan-rakan blog yang mungkin sudah melupai blog 'Senyum Sikit.....Mrs Ieza' ni.    
Photobucket

Ahad, Ogos 05, 2012

Morning semua......

Selamat pagi semua.... breakfast makan ape hari ni? Apa? Makan nasi lemak,
teh tarik....ish!ish!ish! Mana boleh, bulan Ramadan tak abis lagi.  Waktu2 gini ler nak teringat ngan makanan tu semua. Al-maklum la, bulan2 puasa ni makanan tu tak berapa nak glamer (kat rumah saya).  Entri hari ni takde citer menarik yg nak saya cerita, sekadar mengupdate blog yang makin hari kurang berseri. Dah lama tak update. Salah satu sebabnya, pasal PC kat ofis saya tu masih bermasalah lagi. Kan entri hari tu saya ada cerita.
Pagi ni saje nak cerita pasal menu berbuka semalam. Menunya adalah nasi ayam, my handmade tau. Hari2 cuti, rajin ler sikit nak memasak. Pastu adalah tinggalkan sikit untuk makan sahur. Nak tahu apa yang jadi? Terlepas waktu bersahur daaa.... tersedar jam dah menunjukkan angka 5:35....Huhuhuuu.... teringat2 kesedapan nasi ayam saya tu (siapa lagi nak cakap sedap, kalo bukan diri sendiri, ahaks...), tapi dah takleh nak makan. Takpe la, tinggalkan untuk anak- anak, tak perlu nak masak makanan lain dah. Dah ler ibu mereka ni malas... hehehe. Ini semua gara2 gi minum kopi kat Old Town tengah malam tadi la ni, pastu balik umah dah takleh nak tido. Pastu, layan TV tengok Sukan Olimpik sampai 2:30 pagi ngan my dear. My dear tu semua sukan dia layan, kalo dia tengok Tv, jangan harapla orang lain dapat pegang remote control. Sudah pastinya, channel sukan yang menjadi keutamaan. Tambahan plak kalo time tu ada drama menarik, ada plak game bola, jangan harap ler dapat tengok, memang grrrr..... :-).
Okeylah, saya nak layan citer Hikayat Putera Shazlan jap, lain kali kita bertemu lagi di lain entri yang entah bila akan muncul. My dear pun baru jer keluar gi kelas.... Jadi, aktiviti hari ni bergomol ngan anak-anak aje ler. Bye....
Photobucket

Jumaat, Julai 27, 2012

Sudahkah anda senyum hari ini ???




Senyuman boleh didefinasikan sebagai  gerak tawa ekspresif yang tidak bersuara tetapi dapat mewujudkan rasa senang, tenang juga bahagia. Ia juga boleh diibaratkan sebagai penawar di kala kita kesedihan. Senyum di dalam kesedihan menimbulkan 1000 persoalan untuk ditafsirkan....... tapi senyum di dalam kegembiraan memberi jawapan kepada 1000 persoalan. 
Sesungguhnya, di dalam agama Islam, senyum juga boleh ditakrifkan sebagai satu ibadah, ini kerana senyum itu adalah sedekah. Rasullullah SAW pernah bersabda, " Bani Adam setiap harinya memiliki kewajiban untuk bersedekah sejak matahari mulai terbit". 
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa-apa untuk disedekahkan bertanya kepada Rasullullah " Jika kami ingin bersedekah, namun tidak memiliki apapun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?" tanya sahabat.
Barangkali di benak fikiran kita mungkin berfikir bahawa sedekah itu adalah merupakan pemberian yang berbentuk wang, pakaian atau apapun material atau barang yang boleh dinikmati penerima secara fizikal. Sesungguhnya seperti yang dikatakan Rasullullah SAW ; "Sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak, tasbih, tahmid, takbir, tahlil (dzikir), amar ma'ruf nahi mungkar, menyingkirkan penghalang (duri, batu) dari jalan, menolong orang, sampai senyum kepada saudaramu pun adalah sedekah".
Dari sisi psikologi, senyum boleh dikatakan sebagai penawar stress, memberi kesan berseri dan optimis, menjadi lebih tenang dan rileks juga meningkatkan kekebalan dari sudut mental.
Jadi, sudahkah anda SENYUM hari ini???

Photobucket  










Khamis, Julai 26, 2012

Salam Ramadan... hai kawan-kawan







Salam Ramadan 1433H/2012 & Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan alam mayaku. Dah beberapa minggu blog ini tidak diupdate, biasalah tu kadang-kadang mood malas melebihi rajin. Tapi bila mood rajin tu datang, PC kat opis ni lak buat hal. Dah seminggu saya dok try masuk, takleh gak. Key in password boleh, pastu dia keluar gwt problem plak. Saya rasa sebab dia ada ". "kat kotak stay sign in, camner nak buat ni, siapa boleh tolong beri tunjuk ajar. Saya bab-bab begini memang ler kurang pandai sikit...hehehe. Jadi terpaksa ler pakai tab ni untuk mengupdate. Tu la... lain kali pi opis buat kerja, bukan berblog...hehehe. Tapi saya bukan update curik-curik tau, wife bos saya pun ada kat belakang ni sibuk tengok movie citer Korea. Kalau takde keje urgent nak buat bolehla buat aktiviti lain. Bab berblog ni memang tak boleh nak update kat umah, faham-faham ajelah, kalo sampai umah pun dah 6:30. Nak melayan karenah anak- anak kesayangan yang 3 orang tu lagi... Yer la tu pandai je bagi alasan. 

Jam pun dah menunjukkan 3:20 dah pening kepala nak fikir menu berbuka puasa petang ni. Bukannya apa, sebab saya biasanya sampai umah 6:30, kadang lewat, jadi tak sempat nak menziarah Pasar Ramadan. Kalo pegi time-time macam ni biasanya makanan memang banyak yang dah habis, jalan pun jem. Tapi, nasib baiklah cik abang saya balik awal, jadi dialah yang setelkan semuanya.  Ambil anak yang 2 orang tu, pastu balik umah siap apa yang patut, pastu gi Pasar Ramadhan, kemudian baru ambil Irham Haziq. Isnin hari tu kesian kat  Irham, sebab menunggu saya lewat sangat, asyik dok menjenguk kat pintu tunggu ibu dia amik, maklumlah budak lain semua dah balik. Pasal menu berbuka, sepanjang hari Ahad sampai Rabu, menu wajib iaitu Roti John dan Murtabak. Cik Abang saya tu tak tau nak beli apa katanya, jadi makan itu aje la hari- hari. Lagipun takut nak beli benda lain, sebab 2nd day puasa dah sakit perut lepas makan kuih waktu berbuka. Apa pun TQ my dear... Lepas dah  berbuka puasa makan kuih, jam  9 baru saya masak, jadinya makan nasi jam 10 malam. Tak boleh diamalkan selalu makan lewat macam ni, tapi nak buat camner. Alahai..... lecehnya update guna tab ni, entri ni pun spontan aje, tak tau ntah apa yang saya merepek. Sampai di sini ajelah entri saya hari ni, Selamat Berbuka  .....