Isnin, Mac 30, 2015

Bleeding ketika mengandung - Part 3

Khamis - 19/32015- 22 +++weeks, bermula la episod yang sedikit menyedihkan dalam keluargaku. Huhuhu.........Pada tengahari itu,  seperti biasa rutin harian selama hampir 3 bulan, melepak tido baring, tiba-tiba ketika selesai mandi perutku tiba-tiba sakit yang amat sangat. Aduh!!! Memang sakit sangat. Telefon suami dan mak minta bantuan. Suami balik tetapi sakit dah hilang. Jadi, ambil keputusan untuk pergi ke klinik biasa sahaja. Tapi, doktor tu nak terima. Ok, ambil keputusan akan pergi ke hospital sekiranya sakit tu berulang kembali. Ye la leceh kot nak gi hospital kat bahagian kecemasan tu. Kena tunggu berjam-jam tau. Dari sakit jadi tak sakit, yang tak sakit jadi sakit. Dengan anak-anak lagi nak kena fikir. Itu pun dah puas sangat minta  bantuan adik beradik, mak ayah tolong tengokkan anak-anak. Cerita sakit tu bersambung selepas selesai makan malam jam 8.30 malam. Alhamdullilah, dapat makan sup ikan merah masakan suamiku. Ok, bila dah selesai makan tu, time nak bangun cuci tangan terasa seketul benda keluar. Nasib baik ia cuma darah beku tapi tak rasa sakit langsung. Pastu siap-siap nak ke hospital, nak hantar anak-anak dulu ke rumah mak, tapi mak pulak dah otw ke rumah tetapi singgah di Giant pulak. Kemudian tak dapat dihubungi, dah nak kena cari plak kat dalam Giant tu. Huhuhu..... orang dah emergency sangat ni.  Sampainya di hospital HUkm bahagian kecemasan bersalin tu, nasib baik tak berapa ramai orang. Mula-mula tu memang tak rasa sakit, tetapi lepas 20 minit mendaftar, mula la sakit tu datang. Sakit contraction yang teramat sangat. Suamiku pegi la bagitau kat nurse tu kata aku dah sakit. Dan dia bagi aku rest kat bilik. Aduss!!!! Sakitnya tak tertahan. Kemudian nurse bawak jumpa doktor. Doktor check ada fresh blood tapi bukaan cm tak bukak lagi. Tetapi, time tu sakit semakin beransur hilang. Apalagi, malam tu start la kena admitted ward. Sepanjang malam dok di wad tu takde rasa sakit dah. 


Jumaat, 20/3/2015- Pagi tu, doktor check semuanya ok. Tapi dia ada bagitau risiko untuk keguguran amatlah tinggi. Huhuhu....... Darah pun keluar seperti biasa, tapi kali ni darah merah la pulak. Menakutkan. Hari ni bekfes nasi lemak. Huhuhu.... leh la tahan rasanya kot. Sepanjang hari ok, takde rasa sakit... Setiap beberapa kali, nurse datang tanya sakit ke tidak, berapa pad?  Banyak ke tidak. Hari ni takde la banyak, dalam 3 tapi tak penuh la. Hari ni dok termenung sorang-sorang kat wad. Suami dan heroku yang 3 orang tu bersama neneknya datang melawat sessi petang, 5:30 baru sampai.


Sabtu - 21/3/2015- Hari ni seperti semalam. Darah pun takde la berapa banyak keluar. Lega  la sikit. Harap- harap boleh balik rumah dan amat berharap baby selamat. Hari ni menu lunch di wad macam tak kena selera. Minta mak tolong hantarkan nasi. Faham-faham je la lauk kat hospital kan. Nasib la mak dok Sg Besi, kalo dok jauh takde la dapat. Abang aku la yang tukang hantar nasi. Jadi tengahari tu makan nasi ayam.Sedap la sikit. Petang jam 5, suamiku datang bersama hero-heroku yang 3 orang tu. Petang ni kita makan Big Apple donut yer. Jam 6 petang, dah dihantar makan malam. Siapa lagi yang tukang makan kalau bukan hero yang 3 orang tu. Berselera lagi si Haziq makan sambil cakap seronoknya ibu dapat makan best. Best la sangat. Ayah korang masak laaagi sedap tau. Oh yer, lagi satu sepanjang dok kat wad ni, tiba-tiba plak dapat sembelit. Berulang kali gi toilet tapi yang keluar cuma darah jer.... Jam 11 malam, time nak tido, perut mula terasa sakit 5 minit sekali. Huhuhu..... cuba juga lelapkan mata untuk hilangkan sakit. Berjaya...

Ahad-22/3/2015- Masa tu jam 2 pagi, perut makin lama makin sakit. 5 minit sekali sakit tu datang. Aduh!! Memang tak tahan sangat sakit tu. Apalagi panggil nurse la cakap sakit. Nurse dan doktor datang, kemudian panggil masuk bilik pemeriksaan. Setelah diperiksa masih tiada bukaan cm lagi. Ketika itu, seketul darah beku keluar yang macam hari Khamis tu. Puas menahan sakit 5 minit sekali tu akhirnya tertidur sampai la jam 5 pagi. Sakit tu datang lagi, panggil nurse dan doktor, pastu diaorang bagi suntikan tahan sakit. Masa ni ada bukaan 2cm. Darah pun masih keluar memenuhi pad. Selepas disuntik tu boleh lah tahan lagi, makan bekfes dan duduk termenung mengenang nasib diri. . Time tu memang terfikir tak nak mengandung lagi dah... kekonon trauma.Hiks. Lepas makan bekfes tido la sampai tengahari. Kesan dari suntikan tu mengantuk. Masa makan tengahari tu pun tak berselera nak makan dengan lauk hospital yang super sedap tu di tambah dengan sakit 5 minit sekali tu. Masih  lagi berulang kali mencuba untuk pergi ke toilet 'membuang', tapi masih sama, asyik darah jer yang sibuk keluar. Kemudian suamiku datang pada jam lebih kurang 1:30 petang sambil membawa bekalan nasi dari mak aku. Tapi sayang disebabkan sakit 5 minit sekali, mana  la ada selera nak makan. Anak-anak semuanya ditinggalkan di rumah mak, sebab aku tak bagi bawak ke hospital. Ye la, tengah sakit sangat ni, nanti bertambah sakit bila tengok diaorang berkejar-kejaran di wad tu. Hari ni saja 3 ketul darah beku yang keluar. Takut memikirkannya. Doktor kata Hb semakin rendah. Semalam 9.8, hari ni dah turun 9.3. Huhuhu...... Nurse dan doktor berulang kali dah datang menjenguk. Tanya ok ke tidak. Badan dah mula terasa panas nak demam. Akhirnya sorang nurse tu suruh aku gi mandi untuk segarkan badan. Hahaha..... first time kena tolak pakai wheelchair sampai dalam bilik air. Sebabnya nak berdiri pun dah tak boleh, apatah lagi berjalan. Masih lagi sembelit dan darah masih keluar lagi. Macam-macam dah cuba makan untuk hilangkan sembelit, buah, sayur, bijirin semuanya tak jadi. Nurse suruh minum air banyak-banyak je. Mungkin sebab darah yang banyak keluar buat aku takut kot. Selepas mandi barula rasa segar sikit dan sakit mula beransur hilang. Syukur Alhamdullilah, baru boleh makan sikit nasi yang mak bekalkan tadi. Rasa sakit semakin beransur hilang sedikit demi sedikit. Waktu melawat tamat, suamiku balik uruskan anak-anak pulak. Tinggal la daku keseorangan. Lagi satu, bila tinggal kat wad ni mesti tido lewat tapi bangun awal. Sebab sana sini ada bunyi baby nangis. Biasala time kita nak tido tu la dia celik mata. 
😆😆😆😆


Isnin-23/3/2015- Seperti biasa lebih kurang jam 5 pagi amik tekanan darah. Check denyutan jantung baby semuanya ok. Jam 7 pagi bekfes kemas katil. Awal pagi dah mandi. Hari ni bekfes meehon goreng yang super sedap, tapi susah betol nak habiskan walaupun super sedap. Hiks. Seperti biasa nurse akan tanya berapa pads.... Alhamdullilah, semakin kurang bilangan pad, maksudnya semakin kurang darah yang keluar. Tak seperti semalam 9 pads penuh dicampur dengan 3 ketulan darah beku. Ngeri betul tengok darah semalam. Hari ni rutin seperti biasa, rehat...rehat dan berehat di katil. Hari ni mak hantar makan tengahari ngan abah. Bukan aku minta hantar yer, tapi sebab sayang kat anak la tu. Kesian diaorang, turut merasa susah jugak sepanjang aku sakit ni. Ye la kadang2 minta tolong amik anak-anak ku kat sekolah. Tolong jaga tengah-tengah malam lagi. Dah la 3 orang superhero yang super lasak. Mereka sentiasa ada untuk membantu. Tapi sayang penat-penat datang bawak makanan lauk kegemaran pulak tu, tapi aku tak berapa selera sebab sakit 5 minit sekali tu dah mula muncul kembali. Mereka dah balik aku pun berehat, tido dan tido untuk hilangkan rasa sakit. Jam 4:00 petang suamiku datang dengan anak ke3, Haziq. Doktor jumpa suamiku beritahu keadaanku dan kandungan. Ada rasa sakit sikit-sikit tapi masih ok lagi. Masih lagi mencuba ke toilet 'membuang' masih gagal. Perut semakin sakit, tapi suamiku kena pulang 5:30 untuk mengambil anak-anak di sekolah. Setelah suami pulang,  aku mencuba lagi ke toilet masih lagi tak berjaya. Balik ke katil, tiba-tiba terasa darah mengalir laju macam air paip jer keluar. Habis basah cadar, takut nak bergerak, panggil nurse. Nurse datang bersama doktor, mereka kata darah lama yang keluar. Tak faham la aku. Nurse tolong tukarkan cadar dan baju yang kena darah tu. Tak rasa sakit sangat, kemudian cuba lagi ke toilet 'membuang'. Setelah puas meneran, berjaya. Huhuhu..... lepas ni macam tak sanggup nak cerita dah..... hua...hua...hua....
Ok, balik ke katil semula, terasa ada contraction. Rasanya, masa ni jam dah lebih kurang 7:30 malam.  Huhuhu......perut memulas sakit 2-3 minit sekali. Cuba untuk bertahan. Menangis-nangis telefon suami suruh datang balik. Panggil nurse, minta suntikan tahan sakit. Nurse pun pegi ambil ubat, rasa macam lama sangat panggil lagi
sekali. Nurse datang bersama jarum suntikan. Ok, kena cucuk, cuba untuk relaks. Tapi lebih kurang 5-6 minit kemudian....... Huhuhu .....faham- faham aje la, tak sanggup nak bercerita lagi. Keadaan dalam wad jadi sedikit kelam kabut sebab aku tak sempat dah ke labour room.
 Betul orang kata baby tu bukan rezekiku. Alhamdullilah... aku sekeluarga dah ada bidadari syurga yang menanti. Memang masa proses mengandung, aku dapat rasa baby ni adalah seorang perempuan, tapi apa kan daya........redha dengan ketentuan Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dari kami sekeluarga yang tak tahan dengan ujian dan dugaan. Aku yang tak tahan sakit dan suami yang tak sanggup melihat aku sakit.......Apapun ini adalah coretan peribadiku mengenai apa yang aku rasa tak ada kena mengena dengan cerita sesiapa. Kini, sudah seminggu la aku berpantang tanpa baby. Huhuuhu..... Apa pun terima kasih kat nurse dan doktor yang menjagaku dan kulihat mereka pun turut sedih juga. Terima kasih juga kepada keluarga, keluarga mertua dan adik beradik yang hadir memberi sokongan. Baby pun dah selamat dikebumikan dengan bantuan hospital. Sekian, cerita melalui pengalamanku ini dan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Huhuhu......




Photobucket

0 comments: