Isnin, Mac 30, 2015

Bleeding ketika mengandung -Part 2

Sekadar coretan diari untuk diri sendiri kerana tidak mahu melupakan pengalaman mengandung kali ke-4 ini. Nak tulis kat dlm diari memang tak pernah plak ada buku diari. Jadi catatkan jer la apa yang terjadi di sini mana tau boleh dijadikan panduan pada orang lain. 
Boleh la dikatakan sebagai gelombang kedua 'bleeding', kali ini memang lagi teruk dari yang sebelumnya. Kalau yg pertama bermula di hari pertama persekolahan teruk sampai 4 pads (fresh blood) dalam satu masa, diikuti dengan pendarahan (brown color & spotting sikit2) yang berterusan sampai la terjadinya gelombang kedua 'bleeding' pada 22/2/2015. Kali kedua ni terjadi mungkin sebab aku gi travel jauh kot. Ye la.... KL - Melaka-Segamat, jauh la tu bagiku yg memang sudah masalah pendarahan ketika itu. Masa tu adik iparku nak bertunang, lagipun dah lebih sebulan bleeding dan bleeding tu menunjukkan tanda yang tidak begitu membimbangkan, spotting sikit- sikit dan bukan darah merah. Sebab tu berani la travel jauh. Lagi satu,  dalam tempoh bleeding memang aku berehat sepuasnya. Cuti masak, mengemas, mencuci, amik hantar anak sekolah. Semua tugas dilakukan oleh suamiku yang baik hati dan memangla aku ada tolong sikit- sikit. Jadi, ingat semuanya dah ok. 
Petang hari Jumaat, 20/2/2015 kami sekeluarga pulang ke Kuala Linggi untuk memudahkan perjalanan ke Segamat esok di awal pagi. Pagi Sabtu,  mulakan perjalanan ke Segamat. Masa tu darah masih yang keluar masih seperti biasa spotting dan brown color. Perjalanan ke Segamat memang memakan masa yang agak lama. Tambahan pula aku sekeluarga memang tak pernah sampai ke sana, jadi perjalanan tu memang terasa agak jauh. Ditambah lagi orang yang memandu jalan tu tak ikut jalan Highway.
Diringkaskan cerita, sekembalinya aku ke Kuala Linggi dan keesokan harinya Ahad,           22/2/2015, aku pegi la bawak anak-anak berkelah di tepi pantai. Maklumla rumah nenek suamiku itu kan berdekatan pantai,  mestila perkara itu menjadi wajib. Tapi, aku takdela beria-ia terjun dalam laut tu, setakat dok tepi-tepi jer. Ketika dan saat itu, semuanya masih ok lagi. Tiada darah yang keluar. Sepanjang duduk kat kampung nenek suamiku itu pun memang takde satu kerja berat pun yang aku buat. Naik segan jugak dibuatnya, yela makan minum tunggu siap hidang jer. Sehingga makan tengahari semuanya masih dalam keadaan baik, tiada darah yang keluar. Jadi, aku berani la tolong angkat sikit-sikit pinggan mangkuk tu bawak ke dapur. Semuanya terjadi ketika aku berkemas-kemas untuk pulang ke KL. Biasa la ada tapau-tapau lauk sikit. Semasa sibuk menapau tu, tiba-tiba terasa darah (fresh blood) mengalir laju. Terus berhenti menapau, pergi check dan tukar pad yang lebih besar ( biasa pakai panty liner jer). Pastu terus baring kat sofa tak bergerak- gerak. Tapi dah tiada guna, sebab darah terus jer mengalir keluar sampai basah 3 pads time tu jugak. Huhuhu..... risau sangaaat masa tu, dah la kat kampung. Apalagi terus balik KL time jugak dengan pakai kain batik je. Dalam kereta darah masih terasa lagi keluar tapi kurang sikit, cuma bila time terhentak terlanggar lubang. Suami bawak kereta pun slow. Sesampainya di rumah, turun kereta sekali dengan darah menitik-nitik kat jalan. Sangaat la risau, tapi time tu aku ambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah sehingga darah berenti.  
Syukur Alhamdullilah, balik tu aku cuma tukar lagi 1 pads je. Sebab aku tak nak gi hospital adalah melalui pengalaman pertama, kena 4 pads juga doktor tu kata tiada apa yang boleh dia buat selain minta aku berdoa kepada Allah supaya kandungan aku ini selamat. Dan tiada ubat cuma berehatlah banyak- banyak. Lagi satu, sebab hari Rabu 25/2/2015 tu aku ada appointment dengan klinik O&G HUKM, jadi aku fikir lagi mudah kalau pegi appointment tu. Tapi, kalau darah masih keluar sampai pads yang ke5, terpaksa juga aku pergi. Hari Isnin, darah dah jadi brown color dan sikit je la tetapi hari Selasa banyak balik, tapi takdela teruk sampai 4 pads. Cuma 1 pads penuh jer.  Ok, hari yang dinanti pun tiba. 

Appointment pertamaku di Klinik O&G jam 9 pagi, hari tu aku kena scan jadi kenala bayar RM40 dulu di kaunter depan. Pastu, baru gi timbang berat dan urine. Kemudian tunggu giliran untuk discan. Semua prosedur tu takde mengambil masa yang lama sangat. Cuma, time nak jumpa doktor tu berjanggut sikit. Akhirnya, lebih kurang jam 12:30 baru dipanggil untuk bertemu doktor. Mulanya, doktor Esther ambil keputusan untuk beri suntikan untuk kuatkan rahim.Tetapi, sebelum tu dia buat panggilan kepada ketua dia dulu, bertanyakan apa tindakan yang sesuai. Ketua dia kata tahan wad sehari dulu untuk pemantauan. Ok,  aku ditahan selama sehari di wad. Sepanjang berada di wad, doktor Esther ada buat detail scan dengan pakar. Berpandukan detail scan yang terkini, dia kata kedukan uri kat bawah dan ada pendarahan di dinding rahim, kalau tak silap mereka panggil 'Hermatoma' kot. Size baby pun kecik dari saiz umur kandungan. Jadi , dia tak boleh nampak lagi punca masalah. Peliknya, sepanjang dok kat wad sehari ni, takde plak pendarahan yang terjadi. Kalo tak hari-hari keluar darah. Seperti yang dijanjikan, cuma sehari la aku tinggal di wad. Mana boleh dok lama, siapa nak uruskan hero yang 3 orang tu. ini pun nasib baik la ada nenek atuk yang tinggal berdekatan.(takdela dekat sangat). Dengan sessi persekolahan pagi petang lagi, itu pun dah ada yang ponteng. Itulah dugaan.
Dipanjangkan lagi cerita, selepas balik dari hospital, bleeding masih tak berhenti. Tidak seperti gelombang pertama, darah cuma brown color dan spotting sikit-sikit. Tetapi untuk gelombang kedua ni darah lebih dari spotting, kiranya banyak la sikit. Memang kena ada simpanan pads ngan panty liner yang non stop. Nasib baik suamiku tak bising asyik kena beli benda tu jer. Hiks.
Hari- hari bleeding, bleeding dan bleeding lagi. Bestnya, dalam menghadapi ujian ini, aku dapat rasa kasih sayang suamiku semakin bertambah kot. Segala tugas harian suamiku yang buat. Memasak, mengemas,mencuci, urusan anak-anak,ambil dan hantar anak-anak sekolah walau letih bekerja. Walaupun suamiku tak pandai memasak dan letih, dia cuba juga untuk menyediakan makanan untuk aku dan anak-anak. Makanan pun best- best, dapat la merasa siakap stim asam, nasi ayam, sup ikan merah dan macam-macam menu lagi la hasil air tangan suamiku.Aku cakap jer nak makan apa. Bestkan??? Hahaha..... sedap tak sedap telan jer la. Masalah dia, selalu terkurang garam atau terlupa letak garam. 
Bercerita pasal bleeding, aku ada appointment lagi dengan klinik O&G pada 18/3/2015. Tak sabar nak menantikan tarikh aappointment tu sebab aku dah tak tahan dengan bleeding tu dan sangaaaaaat la risau dan takut akan menjejaskan kandungan dan aku jugak. Yer la, dah berapa banyak darah keluar. Kononnya masa pergi klinik tu dah buat persediaan untuk ditahan wad. Tapi bila aku jumpa doktor tu dia kata sebab aku ada 'Hermatoma', jadi bleeding tu biasa. Aku pun terpaksa la mempercayai kata-kata doktor tu, walaupun masih risau dan takut lagi. Huhuhu...... balikla ngan rasa sedikit kuciwa.  Ok, ini baru Part 2, ada lagi sambungan Part 3. Seperti biasa entri ni ditulis secara spontan, jadi ayat dan bahasa digunakan sesuai untuk diriku ajela.
Photobucket

0 comments: