Rabu, Mac 04, 2015

Bleeding ketika mengandung- Part 1

Bosan yang amat sangat telah membuatkan aku teringat akan blog ni. Daripada dok terbaring atas katil ni baik luahkan sedikit perasaan di sini mungkin ada faedahnya. Mungkin boleh menghilangkan sedikit stress dan bosan. Bayangkan dah beberapa hari asyik tido baring tanpa buat sebarang keje mengemas, memasak. Nak tengok tv pun dah tak lalu dah, asyik2 cerita yang sama je kan. Oh yer, entri ni adalah entri yang ditaip secara spontan  menerusi hp kecik ni, jadi mungkin entri ni merepek sedikit.
Huhuhu.... 
Ok, buat pengetahuan kawan2 yang mungkin ada membaca entri ni, skang ni aku sedang mengandung dan kandungan ada sedikit masalah. Masalahnya pendarahan, sebab tu  kena tido baring je ni. Nak bergerak kiri kanan pun kadang takut. Mengalami pendarahan ni sejak kandungan berusia 12 minggu, hari pertama anak buka sekolah bulan Januari hari tu. Sebelum  kali pertama bleeding tu ada la sedikit tanda spotting yang keluar, tapi buat tak kesah je. Ha... sekali keluar 4 pads baru tau takut. Mungkin pagi tu sibuk menguruskan anak yang kecik tu gi tadika dan berdiri kat luar tadika adalah lebih kurang sejam.  Kemudian, bila datang balik amik anak tengahari tu dah terasa macam ada darah mengalir laju je keluar. Dah macam darah orang baru lepas bersalin. Rasanya memang la tak sakit, tapi bila dah banyak camtu menakutkan pulak. Dah la time tu sangat2 la sibuk... maklumla hari pertama persekolahan. Mana nak uruskan dua orang anak yang nak bersekolah rendah lagi. Dah la sorang tu masuk Tahun 1, memang la nak kena tengokkan. Nak kena siapkan makanan lagi. Aduh.... memang pening kepala masa tu. Jadi, keputusannya aku berehat dulu kat rumah dengan anak yang 5 tahun tu. Kemudian suamiku la yang settlekan urusan kedua orang anak yang bersekolah tu. Selesai urusan pun dah hampir pukul 3. Itu pun tinggal je dia time rehat, harapkan abang yang darjah 2 la tengokkan adik. Manakala aku yang kat rumah ni dah tak tau nak buat apa, darah pun masih dok keluar jer lagi. Bila suami dah balik pun kepala masih dok pening lagi. Ye la dok memikirkan nak gi klinik ke hospital. Kalau ke hospital mesti makan masa,  jadi sempat ke tidak nak amik anak sekolah. Nak ke klinik,  doktor yang biasa aku check up tu cuti pulak. Akhirnya amik keputusan ke klinik yang biasa aku pergi check up tu jugak,  tapi malangnya x boleh amik kes sebab doktor ibu mengandung takde. Jadi, cubalah ke klinik lain area situ.. pun sama jugak, tiada doktor. Kepala pun dah pening nak pikir g klinik mana, akhirnya sampai la kami ke Bangi dari Puchong. Nasibla... ada ternampak satu klinik Famili. Suami turun dulu tanya boleh ke x boleh.. dia kata ok. Pastu, aku pun turun la dengan darah dah mengalir laju kat kaki ni. Padahal dah pakai pad, dalam hati macam x de harapan je. Okey, bila masuk jumpa doktor, dia pun scan. Doktor cakap baby ok, dengupan jantung masih berdegup lagi dan normal, tiada apa2 masalah. Syukur Alhamdullilah, masih dikurniakan rezeki. Kemudian, doktor bagi surat suruh refer ke hospital jugak. Aku memilih nak ke HUKM,  sebab bercadang nak bersalin di sana. Masa tu jam dah pukul 4.30 petang, pening kepala lagi camne nak uruskan anak-anak. Tapi nasib baiklah keluarga aku tinggal di Sungai Besi, manakala aku di Puchong, jadi  terpaksa minta bantuan mak untuk amik anak-anak ku di sekolah. Aduhai, dah terasa macam karangan budak darjah 1 dah ceritaku ini 😅.
Sebelum ke HUKM tu, sempat tinggalkan anak ketiga tu dengan nenek dia, jadi mudah la sikit urusan kat hospital tu. Sampai di hospital, jam dah pukul 5. Daftar di emergency room dan tunggula sehingga nama dipanggil. Adalah hampir 2 jam nak tunggu. Kain dah basah dengan darah ni. Bila nama dipanggil, menitik ler darah tu ke lantai. Doktor pun check up la... buat scan 2 kali. Scan pun kata baby ok. Dia cakap takde apa yang boleh dia buat, sekarang ni berdoa kepada Tuhan supaya baby tu kekal selamat. Lebih kurang gitu ler ayat dia. Ubat pun takde dia bagi, cuma suruh makan vitamin yang biasa tu la dan dia suruh berehat banyak2. Itu saja. Jam pun dah pukul 8.30 apalagi balikla.😆 walaupun hati tidak tenteram lagi. Sebenarnya banyak lagi benda nak cerita pasal pengalaman bleeding ni, tapi tunggula bleeding kali 2 dalam next entry pulak. Susah la taip entri pakai hp je. Oh yer, selepas balik dari hospital tu memang ada bleeding lagi tp spotting sampai la bleeding kali ke 2. Cuma 1 hari tu je la teruk sampai 4 pads. Tapi bleeding kali ke 2 pun sama gak 4 pads.... tapi cerita yang itu nanti ler dulu yer
😊. K Bye. Wassalam.
Photobucket

0 comments: